Tuesday, June 21, 2011

Mengejar Bayangan

Di satu sudud, manusia sentiasa berusaha untuk mengenali Tuhannya di satu sudud lain manusia menafikan kewujudanNya. Ketika sedar mereka mentaatiNya tetapi dalam sekelip mata mereka mendustaiNya. Sebahagian besar manusia tidak tidak menyedarinya. Di waktu pagi mereka beriman di sebelah petangnya mereka kafir. 
apa kaitannya?
Kafir di sini bukan bermaksud menyembah berhala zahir seperti patung atau benda sebaliknya mereka terdinding atau terlindung dari sinar iman kerana terleka dengan dunia serta perhiasannya. Antara tarikan terkuat perhiasan dunia ialah harta, wanita, pangkat dan kuasa. Bila hati tertumpu kepada salah satu atau kesemua perkara ini, hilanglah Allah dari sanubari. Musnahlah iman sehingga mereka kembali tersedar menyebut dua kalimah tauhid.

idaman bagi yang mengidam
Agak ganjil jika dikatakan wang, pangkat dan harta itu seumpama berhala yang tersembunyi. Itulah syirik yang tidak nyata yang amat ditakuti oleh mereka yang mencintai Allah. Namun bagi orang biasa, ia seolah suatu yang lumrah dan menjadi amalan mereka tanpa rasa bersalah.  Mereka menduakan Allah tetapi mereka masih mengaku sebagai orang yang beriman.

Fenomena ini menjadi semakin meruncing pada akhir zaman ini, apabila seluruh kehidupan telah dikuasai oleh media massa. Hati mereka terpukau dengan apa yang terhidang di hadapan mata. Kelekaan semakin hari semakin meluas dan akhirnya meninggalkan usaha mendalami ilmu ketuhanan. 

tuhan ?
Sistem kehidupan sekular juga memainkan peranan penting dalam merosakkan akidah secara tidak langsung. Agama dikeluarkan dari semua aktiviti harian baik sosial, ekonomi atau politik. Nasib baik di negara kita masih ada segolongan manusia yang tetap tegas menolak bentuk kehidupan sedemikian. Malangnya bilangan mereka semakin hari semakin mengecil dan selebihnya umpama buih di lautan. Jika tiada lagi manusia yang benar-benar beriman, nescaya Allah akan menarik balik rahmatnya ke atas kita dan semuanya akan terjerumus ke lembah bencana dan sukar kembali ke jalan yang lurus dan di redhai.

Manusia telah tertipu dengan mudah bila tiada ilmu. Sebab itu Rasulullah SAW menegaskan "Menuntut ilmu itu adalah fardhu bagi kaum muslimin" .

Salah satu perdayaan dunia ialah apa yang dibawa oleh golongan elit dunia termasuk elit di negara kita. Mereka mempamirkan kekayaan, kemegahan, kemewahan dan kemayhuran. Semua ini  mendorong manusia mengejar kekayaan. Terhidang di mana-mana sahaja media terutamanya di TV yang menjadi media popular masa kini. Dipertontonkan gaya hidup mewah penuh prestij dan elegan menjadikan setiap orang tergila-gila dan terbawa-bawa cara hidup sebegini. Diperbesarkan berita tentang manusia yang terkaya di dunia, billonaire, jutawan atau hartawan. 

gaya hidup yang diiklankan
Tiada siapa yang mahu percaya jika dikatakan bahawa kekayaan itu sebenarnya satu bencana kepada manusia. Tumpuan minda telah berubah dan di mind control melalui pelbagai saluran. Keinginan telah terpindah ke tahap cita-cita, maka berlakulah kegelojohan dalam mencari ruang untuk kaya. Mereka mengejar bayang-bayang ini sehingga hilang minat untuk mengenal dan mencintai Tuhannya. Mala petaka akan segera menerpa jika budi dan jujur terhakis.

Apakah yang dimaksudkan sebagai orang kaya? Kenapa orang ingin menjadi orang kaya? Berapa harta yang diperlukan untuk berhenti mengejar kekayaan? Bayang-bayangnya terus berada di hadapan. Inilah maksudnya apabila kita mengejar dunia, dunia akan lari meninggalkan kita, pengejaran yang tidak berkesudahan sehinggalah maut merapatkan diri.

Orang kaya dalam konteks hari ini ialah orang yang mempunyai banyak harta, banyak aset dan prestij.

Tarikan Untuk Menjadi Kaya :

1. Kepercayaan mereka bahawa apabila mereka bergelar orang kaya, mereka akan senang dan bahagia, boleh makan apa saja yang diinginkan, boleh beli apa saja yang dikehendaki.

2. Kekayaan adalah Lambang Kemegahan supaya mereka tidak di pandang rendah oleh masyarakat. Menganggap (sangka) kemuliaan itu terhasil dari kekayaan bukan lagi budi pekerti.

Bermegah diri adalah salah satu sifat Iblis, kerananya Iblis bersikap sombong dan bongkak. Bukankah Allah  dan Rasulullah SAW sudah peringatkan mengenainya? 

Manusia takkan berhenti mengejar kekayaan kerana nafsu sentiasa ingin lebih kaya dan sentiasa merasa masih belum mencukupi. Hati mereka hanya tertarik untuk melihat ke arah orang yang lebih kaya dari mereka menyebabkan mereka  terlupa untuk bersyukur.
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., “Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka’bah?“. Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki”. Lalu Nabi saw. bersabda, “Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu”. H.R. Termizi

DAKYAH MENGEJAR KEKAYAAN KINI SUDAH BERLELUASA, IA MERUPAKAN ALAT YANG BOLEH MELALAIKAN DAN MEROSAKKAN AKIDAH UMAT ISLAM.

Hari ini, pelbagai seminar wujud , dari forex hinggalah menarik duit, kekayaan guna minda, millionaire mind power, dan macam-macam lagi yang tanpa sedar telah melalaikan dan merosakkan akidah kita sebagai Muslim Sejati.

Mereka "percaya" bahawa apabila mereka kaya (banyak duit, harta) mereka boleh hidup senang dan bahagia. Pada hal bahagia itu dari Allah, ada orang kurang berada tapi sangat bahagia, ini membuktikan bahawa jadi kaya dan bahagia itu tidak ada signifikannya. Apabila kita "percaya" kaya itu boleh memberikan "kebahagiaan", kita telah pun mensyirikkan Allah. Ingat, hanya Allah yang boleh memberi kebahagiaan, kerana kita semua tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah s.w.t

Saya memohon maaf kepada mereka yang pernah memasuki atau menganjurkan seminar sebegini. Kita ambil logikanya, contoh menggunakan kuasa minda/reiki untuk menarik kekayaan dan harta. Logik atau tidak logik? Contoh kereta enzo ferrari di kilangkan 90 biji, ada 100 orang yang menggunakan kuasa minda untuk menarik enzo ferrari, antara kaedahnya (jika anda nak dapatkan kereta tersebut, ambil gambar, sebelum tidur dan bangun tidur anda tatap dengan penuh hikmah dan bayangkan kereta tersebut akan berada depan rumah anda), tak mungkin 100 orang tu akan dapat kerana enzo cuma ada 90 saja.


Walau anda bayangkan setiap hari pun gambar enzo tu, Jika Allah s.w.t tetapkan tahun depan lagi 10 tahun anda akan dapat enzo tu, maka 10 tahun lagi lah anda akan mendapat enzo. Jadi bukan kerana kuasa minda yang anda amalkan itu boleh merealitikan apa yang anda inginkan, tapi dengan izin Allah s.w.t iaitu apabila sampai masa dan ketikanya. Manakan mungkin ada 9 jika tiada 8, atau 8 tanpa 7.. atau bayi lahir terus bersilat, semua mesti merangkak dulu. Inilah dipanggil fitrah Alam.

Bayangkan lagi, jika separuh penduduk bumi, boleh guna kuasa minda untuk menarik kekayaan dan harta contohnya, maka akan huru haralah bumi ini kerana ia tidak lagi berpaksikan peredaran masa. Dan untunglah bagi mereka yang terus menyebarkan dakyah ini kerana mereka akan terus menerus kaya dengan hanya membuaikan anda dengan mimpi indah belaka. Sama seperti mengejar bayang.

Berhentilah menganut fahaman yang terang bercanggah ini.

Kenapa kaedah ini mudah mendapat tempat di hati orang Melayu. Kita pernah membincangkan Melayu dan signifikan dengan angka 7, jika anda belum baca boleh refer di sini :http://panjihitamdaritimur.blogspot.com/2009/09/rahsia-di-sebalik-nombor.html

Orang Melayu ialah orang yang sangat suka kepada sesuatu yang bersifat shortcut. Jika boleh lahir saja di muka bumi, mereka ingin terus jadi superstar. Orang Melayu ialah orang yang mudah mengikut-ikut jika ada perkumpulan orang ramai, hanya kerana sifat ingin tahu, kemudian memikir-mikir akhirnya ditipu. Ini diilustrasikan dalam cerita Tan Sri P Ramlee ketika menjual ubat. dalam filem DO RE MI. Tanpa berfikir secara logik, mereka bertindak "mempercayai" itulah ubat yang sebenar. Diharap anggapan ini tidaklah benar, bukan semua orang Melayu bersikap demikian, mungkin majoritinya begitu.


Baiklah kita berbalik kepada tajuk asal iaitu penghapusan sistem kekayaan.

Kenapa kita perlu menghapus sikap mengejar kekayaan?

1. Kita mengucap kalimah syahadah, bukan kalimah duit. Kita mengaku bahawa Tiada Tuhan Selain Allah, Bukan Tiada Tuhan Selain Duit. Kita percaya hanya Allah saja yang berkuasa untuk memberi sihat, kesenangan dan bahagia bukannya duit.

2. Mengejar kekayaan lebih banyak buruk dari yang baik. kerana apa? Apabila kita membayangkan kita akan jadi kaya pada tahun depan, kita akan buat APA SAJA untuk mendapatkan kekayaan tersebut, termasuk menerima rasuah, menindas orang, bersikap rakus dan tamak, berselisih faham dan pentingkan diri sendiri dan ada yang memutuskan silatulrahim kerana menganggap rakan/keluarga adalah penghalang kepada mereka dalam usaha mencapai cita-cita untuk menjadi KAYA.

3. Bayangkan setiap orang mempunyai ciri-ciri di atas, apa akan jadi ke atas dunia? semua manusia sudah tiada pedoman, semuanya menganut agama "kertas" kerana mereka percaya kertas yang diberi nama duit itu adalah Tuhan mereka. Bayangkan manusia berbunuh, mendengki sesama sendiri kerana ingin Kaya. Siapa yang dapat untung? The Hidden Hand. Merekalah yang paling untung kerana manusia kini sudah menganut agama mereka.

4. Negara yang boleh hidup secara aman harmoni, ialah apabila semua rakyat, hidup dalam keadaan sama rata, tiada kaya atau miskin, semuanya sama. Maka tiadalah sifat mendengki, penipuan, jenayah dan lain-lain. Fikirkan kenapa masalah jenayah semakin berleluasa hingga hari ini, Ini semua kerana keinginan nak kaya, nak hidup senang. Menganut agama baru, agama moden iaitu Wang dan Harta.

Di dalam azan terkandung satu kata-kata hikmat lagi sakti iaitu " Marilah bersama menuju kejayaan !"

Inilah yang dianjurkan oleh Islam, bukan penindasan gara-gara kerakusan mereka yang bertuhankan duit. Bagi adik beradik ku sekalian, " ...hang pa kena ingat, matlamat kita fisabilillah bukan menaikkan ekonomi tapi perjuangan kita kerana Allah s.w.t

Apabila jemaah kita kuat, secara tidak langsung ekonomi juga akan naik dan tiada lagi adik beradik yang susah. Kepada adik beradik yang menganut fahaman 36 dan 77. Berhentilah membuat kerja tidak berfaedah, sampai bila hang pa nak jadi samseng. Kita adalah sama. Dah sampai masa kita jadi kuat dan bersatu padu. Bersama kita menuju kejayaan".

Ingat:

Tidak Aku Jadikan Jin dan Manusia Melainkan Untuk Menyembah Aku - Az-Zariyat:56

Inilah matlamat kita hidup di dunia ini.

kredit panjihitamdaritimur  Terima kasih panjihitam, artikel anda amat baik untuk renungan semua.

18 comments:

Anonymous said...

QOUTE:Kafir di sini bukan bermaksud menyembah berhala zahir seperti patung atau benda sebaliknya mereka terdinding atau terlindung dari sinar iman kerana terleka dengan dunia serta perhiasannya.

QOUTE:Agak ganjil jika dikatakan wang, pangkat dan harta itu seumpama berhala yang tersembunyi. Itulah syirik yang tidak nyata yang amat ditakuti oleh mereka yang mencintai Allah. Namun bagi orang biasa, ia seolah suatu yang lumrah dan menjadi amalan mereka tanpa rasa bersalah. Mereka menduakan Allah tetapi mereka masih mengaku sebagai orang yang beriman.

------------------------------------------------


"Kaabah Konkrit" yang tersergam di Makkah dan "Batu Hajarul Aswad" tu pun bahala juga kan?........ternyata bapak segala BAHALA jadi sembahan umat Mohammad SAW.Tu sebab akhir zaman sekitar 100,000 atau satu setiap 1000 orang jer yg di kira beriman.

Anonymous said...

macam perangai makcik hajjah twitter tu jer komen ko ni.

baka tanah dewa said...

June 22, 2011 1:38 PM .............

budak ni line 'hakikat' agaknyer..

woi! mangkok,
berbunyi tu biarlah sampai habis.
buat org konpius ajer.

Anonymous said...

@ Anon June 22, 2011 1:38 PM,

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Kasihan la kamu, kasihan la keturunan kamu,

Untuk mengatakan sesuatu dusta tentang kebenaran yang diturunkan oleh Allah s.w.t, Tuhan yang 1, Tuhan yang tiada sekutu, malah lagi Maha berkuasa, Maha mengetahui segala yang ada di Bumi dan langit.

Di dalam ayat - ayat diturun kepada Muhammad s.a.w, Nabi akhir zaman, Nabi yang dipilih, Nabi junjungan bagi Umat Islam yang waras dan tidak sesat ke jalan yang menuju ke neraka jahanam dan disampaikan kepada para insan yang dicipta dengan kepelbagaian keistimewaan, di kata beberapa kali dengan peringatan yang tegas, Ayat yang diturunkan adalah benar, tiada keraguan malah kesilapan.

Islam itu adalah sempurna, malah mereka yang kafir itu adalah perosak segala - galanya.

Kafir itu bukan tergolong pada mereka yang menyembah berhala, tapi juga mereka yang mengaku beriman pada Tuhan yang 1, lagi Maha Esa, Maha Sempurna, dan Maha mengetahui segala - galanya tapi tidak tertutup penipuan mereka pada insan yang beriman dan diberi ilmu, sesungguhnya mereka itu adalah dalam kerugian.

Solat yang dimulai dengan panggilan azan yang memanggil sekalian umat Islam yang waras dan tidak sesat di jalan yang menuju ke neraka jahanam untuk melakukan sesuatu yang benar lagi dijanjikan kejayaan.

Celaka lah mereka itu jika memikirkan Umat Nabi Muhammad s.a.w ini menyembah batu di ada pada kaabah itu, celaka lah mereka itu jika memikirkan apa yang umat islam lakukan sesuatu yang benar itu serupa seperti kafir yang keliru akan kebenaran itu lakukan.


Untuk mencari kesalahan tentang islam ia amat la mudah bagi mereka yang kafir itu, akan tetapi mereka tidak mempunyai apa pengetahuan tentang islam itu yang dibawa oleh Nabi muhammad s.a.w untuk disebarkan ke serata pelusuk dunia ini, mereka kafir itu silap lagi malang, kerana mereka adalah insan yang keliru lagi sesat pada sesuatu kejadian.

mahad firdaus said...

SALAM SEMUA, TAK MENGAPA KERANA DIA TERNYATA MASIH JAHIL SEGALA HAKIKAT KEJADIAN, DIA TIDAK TAHU TETAPI ENGGAN AMBIL TAHU APA ITU KAABAH DAN HAJARATUL ASWAD.

Yang rugi adalah mereka yang sesat lagi menyesatkan. Mencerca tidak memberi kudis bagi orang beriman, kerana mereka amat maklum akan segala yang dijadikan Allah swt. Makcik twitter tu yahudi melayu... biarlah dia nak berkokok bodoh. Dia rasa dia dah pandai sangat la tu.

Jaga diri kita dan tambahlah ilmu selagi mampu, insya-Allah selamat.

cokodok said...

ano June 22, 2011 1:38 PM ni memang hampehhh...di pacaknya satu komen dia cabut tak kemana.

Tuan blog pun biar terang sikit ulasan tu,bila kau baca sekali harung hampir jer aku setuju dengan komen ano June 22, 2011 1:38 PM tu.Mujur dia letak tamda koma kawin kiri kanan kabah dan aswad tu...

(((QOUTE:Agak ganjil jika dikatakan wang, pangkat dan harta itu seumpama berhala yang tersembunyi. Itulah syirik yang tidak nyata yang amat ditakuti oleh mereka yang mencintai Allah)))......>>> dari ayat ni seolah2 setiap materi tu bahala semuanya ye.?

Anonymous said...

tu sebabnya kena jelas Islam itu mesti sempurna segalanya.... rukun iman,islam dan ihsan,Tak delah jadi keliru cam ni.Sorang kata kot ni sorang lagi kata kot tu.

Padahal sembah Tuhan yang Satu.Yang Esa...bukan ke ada kontradiksi kat situ bila syariat dan hakikat tak selesai lagi.

ah malas nak layan...

Anonymous said...

kabah tu kiblat.kalau ilmu yg kau pelajari tu dah katam.janganlah nk tunjuk hebat bro tak baik...faham tak!!! Allah Subahanahutaala tak suka nanti bala yang datang tu bukan calang2 bro.

Asalnya dulu kau pun tak tau apa2.bila kau dah sampai tahap ni janganlah nak menyoal yang bukan2.ayat2 yang kau taip ni memperlihatkan kau seorang yang lupa daratan.ingat asal kau tu seblum ni.jagan trlalu banga diri dengan ketinggian ilmu yang kau pelajari itu takbur namanya.ada lebih tinggi ilmu daripada kau bro.kalu dah tahu tak payah nak soal2 orang yang tak tahu.jangan menunjuk2.kau belajar ilmu ni nak banga diri apa? dah hilang akal apa ko ni.

bravo said...

kekadang mereka yang tahu skit tu dah nak provok la plak. akirzaman nih macam2 ada manusia. kalau ikhlas semua jadi ok. tak der ler nak eksyen.

Anonymous said...

Hamba nak betulkan sikit. Kafir bukan bermaksud syirik tetapi kafir maksudnya engkar. Mcm iblis tak nak sujud pada Adam yg tuhan perintahkan tu kira kafir la. Sebagai contoh untuk org Islam, Di dlm al quran, tuhan nyatakan zina itu hukumnya sebat. Jadi, sapa2 yg tukar hukuman tuhan kpd selain itu, kira kafir la tu.
Syirik pula menduakan tuhan atau cuba menjadi tuhan spt firaun. Kita tgk sekarang ni byk mufti2 dan jadi tuhan sbb boleh keluarkan hukum halal dan haram ikut suka dia. Apabila kita mengambil hukum selain hukum tuhan maka itulah syirik kerana mengakui ada makhluk lain yg lebih berkuasa mendtgkan hukum selain hukum tuhan. Bukankah tuhan yg menciptakan manusia dan hanya hukumnya yg patut di pegang.
mahadaya-asalama.blogspot.com

Anonymous said...

ku jadikan sekalian alam,
pada setiap alam ku jadikan tuhan2nya,
aku maha kuasa lagi maha bijaksana dalam merancang,
bukan kerja kau wahai hamba untuk memisah-misahkan tuhan yg aku jadikan,melainkan menafikan dan mengisbatkannya.

kerja utama seorang hamba....mengesakan 'allah'
seru sekalian alam.

Anonymous said...

Kalau ilmu sembunyi sembunyi susah lah lagu tu.Tambah akhir zaman ni ,...mana ada masa lagi nak 'slow cat walk'.Dah tak de masa tau.

Salah satu tanda kesesatan itu IALAH MENYAMPAIKAN ILMU SOROK-SOROK,SEPARUH-SEPARUH...dlln.

kalau tak leh terima terpulanglah memasing.

JaiMail said...

Kau ni bercakap jer pandai ,mengomen nombor satu.

Kalau nak buat tak sempat-sempat,nak buat sekali lalu mana bolih.Nak buat anak pun kena plan-plan tau tak.Sebelum hujan mendung dulu,ada guruh baru hujan turun kalau sudah takdir mencatatkan nak hujan hari tu.

Sama juga macam nak menyampaikan agama kena try keras sekejap lepas tu lembut sikit lepas tu baru masuk bab tacing dalaman....lembut berterusan tak bley nanti jatuh nilai agama haq tu.Keras sangat pun tak bley....

Kau pernah dengar tak hadis Nabi SAW....kurang lebih sabda Baginda:" Aku di perintah Allah SWT untuk MEMBUNUH seluruh manusia,sehingga mereka mengucapkan Syahadah, selepas dari itu selamatlah/terjaminlah jiwa,harta anak pinak mereka...."(kalau hadis ni tak lengkap tlg perbaiki,aku tulis spontan je tu)

perhatikan betul(membunuh) ungkapan yg keras tu...

Anonymous said...

Pernah aku dengar hadis tu,yang selalu cerita kat aku dulu kalangan sunni ahlul bait.Hadis ni jarang2 orang nak cerita satu sebab takut disalah tafsir macam Nabi kita jadi pembunuh pula, kedua ada makna tersirat yang sangat dalam tak semua mampu untuk kita "menghurai dan menzahirkannya".

Membunuh itu dalam erti kata menyampaikan orang pada maksud syahadah yang sebenarnya (hakikat Syahadah).Kalau kita biasa dengar org bersyahadah masuk Islam itu kiranya lafaz di mulut dimaksudkan dihati memenuhi tuntuttan syariat. Tetapi Syahadah bawa ke "maut"(bunuh ) tu,lebih dalam maknanya,sampai tahap ma'rifat qalbi.

Tingkatan ma'rifat tu pun ada banyak jumlahnya.Ma'rifat pada syariat,pada tariqat,hakikat.Bergantung pula pada tahap pembahagian keyakinan ....ilmu yakin,ainul yakin ,haqiqatul yakin.....aku terangkan ringkas aje lah.Tak de rotan akar pun jadilah.Nak faham lebih mendalam carilah guru hidup.(Aku baru kena saon tadi pasal lambat relis komen ...hhohoho.)

Jadi nak bebas kita dari kesalah fahaman tauhid dan memahami makna bahala berbagai peringkat tu,kenalah belajar ilmu ma'rifah ini.Ma'rifah tu wajib "awaludin ma'rifatullah"...dah selesai baru faham makna kaabah tu bagaimana sesungguhnya.

Bila mengadap kiblat semasa sholat baru ada "feeling and full submission to Allah SWT",bila buat haji baru penuh keyakinan....jadi tak timbul soal nak menunjuk-nunjuk,takbur riyak dan sebagainya pasal MA'RIFAT itu wajib bro...yang dah tahu kena sampaikan pula tu...

ok adios...

Anonymous said...

mahadaya kat atas tu cuba nak tunjuk pandai la ... kalau nak tegur tu biarlah ada ilmu yang benar. jgn main terjah jer. nak tau makna dia nih aku bagi kat kau.

Kafir - Terlindung dari kebenaran
Syirik - Mengambil 'yang lain' sebagai tuhan selain Allah (termasuk nafsu).
Munafik - Menipu. Berbohong dan Khianat.

Anonymous said...

Peace be Upon U!

BrotherHood,

Just would like to share with my little bit knowledge.

Kafir itu bermaksud setelah ia mengenali ISLAM tetapi dia tidak menghayati kebenaran(berpaling) daripada ALLAH. Kafir the Sadness buih2 diLautan tapi hidup di daratan. Anyhow skrg ni ramaila org macam ni takutnya lg2 org kononnya Alim UlarMak rupanya ular dalam semak(Munafik) lebih2 lg yg terlibat dgn politik tgk rupa mereka tidak bercahaya@Burok tetapi boleh pulak menjanjikan Syurga kerana Kerusi@Anjing Neraka. Kafir belong to Mazmunah.

Tapi bagi orang yg tidak mahu mengetahui ttg ISLAM mereka itu orang merupakan Org yg JAHIL itulah yg di panggil org Jahilliyah.

No Body perfect except the ALLAH al-mighty & Muhammad The Messenger.

Maaf jika terkasar bahasa, tapi tidaklah sekasar bahasa TokGuru&Co.

Anonymous said...

Hamba berilmu dgn kitab2 Malayu yg hamba warisi dari nenek moyang hamba. Hamba tidak percaya dgn bangsa lain yg telah selama ini memperdaya dan menjajah bangsa hamba. Org2 bangsa hamba kebanyakannya jahil dan mengkhianati tuhan dan nabi yg sebenar. Nabi dizamannya tidak bertolak ansur dgn kekafiran sebab itu nabi berperang. Hamba mengikuti nabi hamba dan sudah pasti peperangan itu wajib bagi menghapuskan kebanyakan manusia Islam sesat yg banyak berbuat kejahatan di bumi tuhan ini. Semoga bumi tuhan ini kembali suci dari kesesatan Islam. Al Mahadaya

bapak orang said...

ooo madayo..
pe laa bodo sangat ko ni.
katak pisang kat jamban tok wan aku lg ceredik IQnya dr ko.
belajar pikir pakai otak..bukanya pakai pala lutut!
maap ye...

Post a Comment

 
Copyright 2009 fikris hamidi. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan