lena

FITNAH DAJJAL
“Wahai manusia, sesungguhnya TIDAK ADA FITNAH YANG LEBIH BESAR di atas muka bumi ini sejak dari penciptaan Adam yang melebihi dari FITNAH DAJJAL. Dan bahawasanya tidak ada satu pun dari para Nabi yang tidak akan mengingatkan kaumnya tentang fitnah Dajjal, sedangkan aku Nabi kamu yang paling akhir dan kamu adalah umat yang paling akhir dan kamu adalah umat yang paling akhir. Ingatlah bahwa tidak diragukan lagi bahawa DAJJAL ITU PASTI DATANG DI KALANGAN KAMU.” - Hadis Sahih riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah dari Abu Umamah (ditahqiq oleh Al-Albani)


1)    TIADA FITNAH YANG SEBURUK PEMBAWAAN DAJJAL.

MISTERI
Masih samar untuk kita mengesan segala bentuk FITNAH yang dimaksudkan oleh Junjungan Besar ini kerana ia merupakan “berita ghaib” yang belum pernah terjadi sebelumnya.  Berkemungkinan kita langsung tidak memahami apa sebenarnya maksud FITNAH DAJJAL itu. Apatah lagi memikir-mikir atau merancang merencana untuk berhadapan dengannya.

MAKSUD
Keadaannya adalah perkara baru, di luar sejarah.  Tiada contoh dapat dinilai BETAPA DAHSYAT fitnah tersebut.  Ia tidak disebut KEKEJAMAN atau KEJAHATAN tetapi dikatakan “FITNAH”.  Apa maksud sebenarnya perkataan FITNAH itu?  Fitnah itu boleh diseiringkan dengan peribadi, tingkah laku serta amalan Dajjal.  Untuk memudahkan faham, Fitnah itu sendiri adalah Dajjal dan Dajjal itu pula ialah Raja Segala Fitnah, tidak pernah berlaku dimana-mana zaman pun kecuali pada zaman ini.

KEFAHAMAN
Sejauh mana kemampuan kita berhadapan Fitnah Besar ini? Fitnahnya telah pun berlansung ketika ini, kita sedang menempuhnya diluar pengetahuan kita. Fitnah yang digeruni oleh setiap Nabi walaupun mereka sentiasa mendapat bimbingan dari Allah SWT.  Apa lagi kita manusia biasa yang amat lemah serta penuh dosa.  Khabar berita mengenai Fitnah ini telah dimaklumkan kepada semua Nabi oleh Allah SWT supaya mengingatkan setiap umat agar sentiasa bersiap sedia menghadapinya.

SENGSARA
Kesengsaraan yang akan kita hadapi tentulah AMAT BESAR berbanding umat terdahulu kerana kita terpilih untuk menempuh ujian yang amat dahsyat ini.  Sayangnya “kegerunan” para Nabi tersebut tidak meresapi ke dalam hati nurani umat terakhir ini.  Malah kita seperti mengambil mudah malah seakan tidak ambil peduli.  Ada pula yang mengambil sikap “tunggu dan lihat” sebelum mengambil tindakan. Adakah kerana jahil (tidak berilmu) atau kerana cuai dan leka?

IMAN
Sebetulnya, ia berkait dengan iman di dada.  Semakin tinggi iman sesaorang, semakin gentar kepada peringatan tersebut kerana orang yang benar-benar beriman akan patuh dan percaya terhadap berita ghaib.  Mereka amat memahami dan yakin kebenaran kata Nabinya dan begitu juga sebaliknya. 

GURAU
Hanya manusia yang bodoh dan dungu sahaja yang tidak merasa bimbang dan takut mendengar berita ini.  Malah dijadikan bahan senda gurau yang melucukan. Mereka secara tidak sedar telah menzalimi diri mereka sendiri.  Betapa ……

TALI PERGANTUNGAN
Sebesar manapun kesengsaraan, penderitaan dan kepayahan hidup orang terdahulu, kaum-kaum Nabi terdahulu, umat-umat Rasul terdahulu, masih tidak dapat menyamai penderitaan yang bakal kita hadapi sebagai manusia yang hidup pada akhir zaman ini.  Ditambah pula dengan longgarnya pergantungan kepada tali Allah, Rabbul Alamin yang merupakan satu-satunya Wali penjaga kita.

TANGISAN
Nabi kita menangis mengenangkan nasib kita, umatnya dipenghujung masa.  Baginda pilu membayangkan kesengsaraan dan kedaifan kita untuk menghadapi musibah yang amat perit ini.  Baginda pernah menyebut umatnya diakhir dunia menghadapi PENDERITAAN YANG TAK TERPERI demi menjaga iman supaya terpelihara, seumpama “menggenggam bara api”.  Bayangkan bagaimana pedih dan sakitnya jika kita tersentuh bara api, inikan pula menggenggamnya.


2)    SETIAP NABI MEMPERINGATI BAHAYANYA FITNAH DAJJAL

BAWAAN DAJJAL
Selain dari Baginda Rasulullah SAW, Nabi-Nabi sebelum baginda pun juga mengkhabarkan berita ini kepada kaum masing-masing.  Kenapa ia perlu disampaikan?  Bukankah ia hanya untuk umat Muhammad sahaja?  Umat akhir zaman.  Ini menunjukkan betapa seriusnya bencana dan segala yang akan dibawa oleh manusia bernama Dajjal ini. 

SIAPA DIA?
Keadaan ini dilihat “seolah” Dajjal ini hidup di semua zaman dan wujud di dalam setiap kaum di dunia.  Namanya sahaja yang berbeza disesuaikan dengan keadaan semasa dan memudahkan faham sesuatu kaum.  Contohnya Dajjal ini dibahasakan sebagai “Anti Christ” (telah dialih bahasa) oleh umat Nabi Isa (sekarang bernama “kristian” yang telah menyimpang dari akidah Nabi Isa).  Kerana “Dajjal” ini juga hanya gelaran, bukanlah “nama” sebenarnya. Tidak mustahil ia bernama Abu atau John atau Maniam atau apa-apa sahaja… Ini juga satu FITNAH kepada kita nanti.
 

3)    UMAT YANG TERAKHIR AKAN BERHADAPAN DENGAN DAJJAL
4)    DAJJAL PASTI DATANG. TIADA KERAGUAN.
5)    IA ADALAH MANUSIA dikalangan Umat Terakhir.
6)    Dajjal menghuru harakan manusia AKHIR ZAMAN


bacalah surah al-kahfi (pesanan baginda Rasulullah saw)

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 fikris hamidi. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan