Saturday, June 25, 2011

Pusat Bumi - Ummul Qura, induk bagi kota-kota

Allah berfirman: ‘Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al Qur’an dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya..’ (asy-Syura: 7)



Qs.5 Maa’idah:97. "Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia". Ayat ini menunjukkan dengan jelas bahawa Allah telah maktubkan Kaabah sebagai "Rumah Suci" di dalam alQuranul Karim.
Makkaul Mukarramah
Saya petik ayat di atas sebagai pendahuluan artikel ini kerana teransang dengan hujahan seorang blogger yang membuat tuduhan bahawa Kaabah itu adalah berhala kaum Muslimin  Saya membuat carian di Google dan menemui sebuah blog yang dirasakan ada sesuatu muslihat terkandung dalam rencana yang ditulis, berdasarkan tajuk-tajuknya. Saya amati tulisannya untuk pastikan adakah dia yang meninggalkan komen mengenai "berhala" dalam blog ini yang telah membangkitkan kemarahan beberapa orang pembaca.. Setelah membuat beberasa semakan, akhirnya saya pasti memang dialah yang cuba melakukan provokasi beberapa kali di blog saya sebelum ini. Blog beliau ialah "kaabahituberhala"

Blog ini seperti yang diduga, lengang dan tidak mendapat sambutan samalah seperti yang terjadi kepada blog Asalama yang kini semakin sepi. Ada beberapa pengikut yang mungkin terdiri dari para simpatis atau rakan-rakannya. Walaupun begitu, terdapat sedikit kelebihan berbanding blog Mahadaya yang berbentuk kuno itu. Paling menarik, hujahan blogger bernama-nick "baca quran"  itu banyak menggunakan dalil serta berlandaskan ayat-ayat alQuran, contohnya seperti di bawah:
"Walaupun Al Quran tidak menjelaskan secara terperinci cara-cara penyempurnaan aktiviti ritual agama Arab pagan – apa yang jelas ialah – segala apa yang diamalkan oleh orang-orang muslim diseluruh dunia hari ini – tiada satu pun diantaranya diperintah oleh Allah dalam Al Quran – pendek kata – Allah tidak pernah menetapkan aktiviti-aktiviti ritual ini sebagai satu komitmen kepada hamba-hambaNya. Dan Allah telah memberi peringatan kepada hamba-hambaNya: tetapi menafikan beberapa firmanNya".
My Photo
icon atas nickname baca quran
Hadis telah ditolak mentah-mentah dengan andaian ia tidak boleh dipercayai kebenarannya dan hanyalah cakap sianu kepada si anu. Katanya:
Untuk meyakin pengikut-pengikut mereka - setiap cebisan-cebisan maklumat yang dikumpul dikatakan ianya disampai oleh jejak keaslian rantai salasilah. Mereka mengunakan rumusan yang aneh dengan berkata seperti berikut:
"Mengikut dari si-anu dan si-ani - yang mendengarnya dari si-anu atau si-ani - sepupu atau bapa saudara kepada si-anu – yang mendengarnya dari si-anu atau si-ani – yang mendengarnya dari si-anu semasa dalam perjalan mereka dari Syam ke Murbut – bahawa Nabi telah bersabda itu dan ini – dan itu dan ini......” .
Daripada beberpa artikel yang dikeluarkan saya dapati manusia ini berbangsa Melayu yang fasih, nampak berpelajaran dan dapat menulis dengan baik . Bagi saya beliau seorang yang agak kreatif juga kerana mampu mencari selidik beberapa sumber dari alQuran. Dalam setengah hal, dia menganggap dirinya lebih bijak, lebih sempurna berbanding orang Islam (Melayu), menyangka dirinya mempunyai ketajaman berfikir (bukan pak turut).

Sayangnya kajian yang dilakukannya tidak dibuat secara menyeluruh dan gagal menemui sesuatu yang tersirat disebalik ayat-ayat alQuran itu. Dari sini kita dapat menelah sesungguhnya dia telah gagal mencapai nur yang dilimpahkah Allah melalui RasulNya dan hanya mampu mentafsirkanya dengan akal yang sejengkal itu. Dengan berbekal akal yang kecil seperti itu, apakah dia mampu mencapai kebenaran?
"Pakar-pakar Pak Turut ini mengelabukan penipuan-penipuan mereka dengan cara berkata ”Hadis ini mengikut sanad yang betul” – walaupun mereka sendiri tidak tahu siapa yang mula membuat cerita tersebut. Orang-orang bukan Arab apabila mereka dengar perkataan ”Sanad” – mereka akan terpegun dan terus menjadi bisu. Mereka tidak akan menyoal lebih lanjut ulamak-ulamak Melayu yang menjadi Pak turut ini."
Kita boleh lihat hujahnya yang dangkal itu, andainya alQuran itu tidak diperturunkan dari ulama kepada ulama secara turun temurun sebagaimana hadis, bagaimanakah pula dia dapat membacanya pada hari ini dan mempercayai kandungannya pula. Jika hadis disifatkan sebagai kata-kata yang tidak boleh dipercayai, bagaimana pula halnya dengan alQuran?

Dia hanya bermain dengan akal semata-mata. Di sinilah terlucutnya kebijaksanaannya berhujah. Hanya mereka yang tidak berilmu sahaja yang mungkin akan dapat dipengaruhi. Hujahnya kelihatan "bodoh" dan "Membodohkan". Dia hanya menyesatkan dirinya sendiri walaupun ada niat tersembunyi cuba memperlekeh.kepercayaan kaum Muslimin. Kenyataannya iman itu tidak dapat dijual beli.

Pada satu keadaan saya merasakan blogger ini seorang "Bukan Islam" yang berusaha mempengaruhi sebilangan anak muda atau kaum intelek mengikut kepercayaannya. Tidak mustahil pula ia adalah orang Jesuit yang menggunakan jarum secara halus mempengaruhi anak bangsa meninggalkan Islam. Satu bentuk tipu helah Jesuit dalam usaha meruntuhkan kekuatan Muslimin di Malaysia? Di satu sudud lain pula menggambarkan dia telah hanyut jauh dibawa arus "anti hadis" sehingga menjadi manusia bingung. Kemungkinan juga dia seorang murtad akibat telah tenggelam punca.

Terkejut pula saya bila saya gunakan carian Google mengenai "kaabah", lamannya "kaabah itu berhala" mendapat tempat istimewa dalam carian. Seolah Google juga membantu mempopularkan blognya. Apakah ada konspirasi di sana? Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Dalam pada itu, saya terjumpa pula satu blog Hindu yang menghujah bahawa Kaabah dan Hajaratul Aswad itu milik orang Hindu. Hal ini memang melucukan.
"Hindus have been referring their Deity moon goddess Durga as “Allah” in Sankrit in their chants since early period of Hinduism”; Ref: http://www.hinduism.co.za/kaabaa.htm
He also chose Hindu God Lord Siva’s temple “Kaaba” (built by King Vikramaditya* for Moon God Siva) as Islam’s holiest place and required all Muslims to pray and bow towards it. In addition he picked Hindu pilgrimage Haj as the highest form of worship and the only worship which washes all the sins away. He made black stone (Hajar Aswad ,the symbolic lingum (private part ) of Lord Siva , which was made a part of Siva temple Kabah by King Vikramaditya), as the most revered stone of of Islam , to be touched and kissed by all pilgrims.
Penulis mendakwa bahawa pendapatnya berdasarkan sejarah dan kajian yang dilakukan terhadap kitab suci Hindu. Pada saya, jika benar pun ianya ada tertulis di sana (tentunya berkias), ia bukanlah bermakna Kaabah itu sebahagian dari hak orang atau agama "Hindu" sebaliknya kitab tersebut menceritakan kebenaran yang gagal mereka cungkil kerana telah tersasar jauh. Dr Zaki Naik telah berjaya mengupas hakikat Veda itu (Kitab Suci Hindu) adalah sebuah kitab yang asalnya dibawa oleh seorang pesuruh Allah.

Dr Zaki Naik

Semakin hari semakin ramai orang yang melalut membuat pelbagai andaian yang tidak realistik malah ada yang berkeadaan seperti orang mabuk dan tidak siuman. Saya amat terperanjat bila mengetahui begitu ramai kalangan yang mengambil berat mengenai Kaabah, pusat ritual Kaum Muslimin. Samaada ingin memperbaiki keimanan dengan mengkaji rahsianya atau mempertikai kebenaran atas tujuan untuk menghina atau menentang Islam.

Ada pula pihak yang membuat tuntutan gila yang tidak masuk akal. Apa pun tujuan mereka, secara sepadu mereka yang mempertikai Kaabah ini cuba membuktikan kepada dunia bahawa Kaabah itu adalah "berhala" dan agama Islam adalah agama pagan dari Arab. Semoga Allah mengampuni mereka atas kejahilan ini.

Pertama kali saya temui mengenai isu ini ialah sekitar 5 tahun yang lalu. Saya dapati gerak kerja Jesuit melalui laman-laman web Indonesia dengan garangnya telah membangkitkan tuduhan bahawa Kaabah itu adalah "berhala" orang Islam. Walaupun saya terasa marah pada mulanya, akhirnya ia memberi kekuatan pula kepada saya untuk mencari jawapan yang konkrit terhadap tuduhan melampau ini serta membantu saya mendapatkan bukti bahawa hujahan mereka itu tersangat lemah dan dangkal. Jika Kaabah itu berstatus berhala sebagaimana "salib" atau patung, kenapa kaum Muslimin tidak membuat replika atau duplicate untuk disembah di rumah atau masjid sebagaimana berhala agama-agama lain?

Dalam pada itu seorang blogger telah memberi satu contoh yang baik:
"Jika kaabah itu mampu diusung dan dibawa ke Malaysia sekalipun, arah kiblat tetap menghadap ke Baitul Haram. Ianya merupakan simbol penyatuan umat. Kami hanya menghadap ke arah satu kiblat. Jika diteliti sejarah nabawiyah, muazzin akan naik ke atas Kaabah untuk melaungkan azan. Dan jika dibandingkan dengan agama lain, pernahkan mereka memijak kepala patung Jesus atau pun Mary ketika beribadah di gereja? Sejadah yang digunakan ketika beribadah, antaranya ada gambar kaabah. Orang Islam memijaknya tanpa ada perasaan melakukan satu kesalahan kerana, bagi orang Islam Kaabah itu bukanlah Tuhan.
Tidak menghairankan pada ketika itu kaum kristian Indonesia menggunakan isu ini kerana mereka sedang bergelut dengan hujahan pendakwah-pendakwah Islam di sana yang telah bangun dengan berani menempelak kepalsuan agama Kristian. Kisah penipuan Paulus telah ditelanjangi dengan hebat dan juga berkaitan isu memakan daging babi, perkara ini amat melemaskan penganut keristian tersebut dan atas gugatan ini timbullah serang balas yang tidak kurang hebatnya dari mereka.

Pemuda Islam Indonesia dan ada juga dari Malaysia harus dipuji kerana mempunyai inisiatif mempelajari beberapa versi bible (mencontohi Syeikh Ahmad Deedat) dan mampu membahas kepalsuan yang wujud di dalam (alkitab) bible berbahasa Indonesia. Sebenarnya tindakan pemuda Islam ini adalah semata-mata bertujuan untuk mempertahankan diri dari serangan ganas penganut Keristian Indonesia terhadap Islam oleh gerakan para mubaligh kristian begitu ghairah untuk memurtadkan seluruh Muslimin Indonesia dan seperti yang kita tahu ia sekarang telah menular ke Malaysia.

Dari sinilah mula timbulnya berbagai propaganda baru atas bantuan penyelidik Jesuit menyerang keutuhan penganut Islam. Mereka melakukan hebahan secara besar-besaran melalui gereja dan internet dengan menggunakan beberapa ciri kelemahan (pada sangkaan mereka) yang mereka anggap mampu memberi tekanan kepada Islam.

Antara yang popular ialah menyamakan umat Islam adalah kaum pagan dan Islam adalah agama pagan Arab. Nabi Muhammad saw adalah pengikut Syaitan, Nabi Muhammad saw mengambil ajaran Bukhaira dan bapa saudara isterinya mencipta agama palsu dan banyak lagi. Orang Islam didakwa penyembah batu (Kotak hitam dan batu hitam) di Makkah.  Satu lagi serangan hebat ialah dengan cara meruntuhkan kredibiliti Rasulullah saw, mendakwa Baginda seorang yang gila seks mengahwini ramai wanita. Peribadi Baginda dihina dengan dahsyat dengan memanipulasi kisah Saidatina Aisyah ra yang mengahwini Rasulullah saw pada usia muda.

Serangan terhadap peribadi Rasulullah saw sudah semakin kendur setelah ramai intlektual Islam segera membuat kajian terperinci kisah Saidatina Aisyah ra ini, dan akhirnya mendapati hadis yang digunakan oleh Jesuit tersebut adalah sesuatu hadis yang lemah serta diragui ketepatannya bersandarkan perawinya. Selain dari hadis tersebut, mereka tidak berupaya membuktikan kebenaran dakwaan mereka. Namun golongan bawahan masih lagi menggunakannya sebagai senjata serangan brutal yang tidak berilmiah. Serangan yang lainnya tidak menggugat kaum Muslimin kerana hujah mereka tidak disokong oleh fakta kukuh.

Mengenai isu Kaabah juga akhirnya mereka menghadapi kebuntuan, namun masih ada beberapa kerat dari mereka yang masih menyanyikannya. Lagu yang mereka dendangkan menjadi semakin serak dan sumbang. Sebetulnya, memang benar janji Allah. Mereka telah sesat dan Allah tambahkan lagi kesesatan mereka. Hati mereka telah terlalu hitam untuk menerima cahaya.

KAABAH Yang Mulia

Qs.5 Maa’idah:97: Allah telah menjadikan Ka’bah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.

Al-Quran secara khusus, berkali-kali menyebut kota ini dengan pelbagai nama yang berjumlah sebelas semuanya. Antaranya Makkah, Bakkah, Al-Baladul Amin, Al-Haramul Amin, Ummul Qura dan Al-Baldah Al-Tayyibah. Bahkan, Allah bersumpah dengan kota suci ini serta memberikan kelebihan dan keistimewaan besar, yang tidak diberikan kepada kota lain. Di pinggir Kota Makkah, iaitu di Jabal Nur pula, turunnya wahyu llahi yang pertama iaitu surah Al-Alaq. Selepas itu wahyu turun berturut-turut kepada Nabi Muhammad saw melalui Jibril, ayat suci al-Quran yang turun di kota ini dinamakan ayat Makkiyyah, manakala yang turun di Madinah dinamakan ayat Madaniyyah.

Abdullah bin `Adi bin Al-Hamra meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah saw bersabda, maksudnya: "Demi Allah! Kamu (wahai Makkah) adalah tanah Allah yang terbaik dan yang sangat dicintai oleh-Nya. Andai kata aku tidak diusir dari kamu, aku tak akan berpisah (daripada kamu)." Hadis riwayat Ahmad, Ibn Majah dan Tirmidhi).

Ada pihak mengatakan  piring parabola astro perlu di hadapkan ke arah kiblat untuk mendapat siaran yang lebih jelas. Saya tidak begitu pasti mengenainya, tetapi ianya mungkin satu kebetulan kecuali dapat dibuktikan secara saintifik. Andaian mereka adalah disebabkan Mekah itu pusat bumi dan terdapat satu tenaga atau gelombang yang terpancar dari sana yang lebih kuat dari tempat lain. Mungkin ada pembaca yang dapat memberikan info yang lebih spesifiks mengenainya.

Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama ke bulan telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Neil Amstrong pula secara tidak sengaja telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat kepada planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui penelitian Ilmiah dan juga satu siaran vedio dari Apollo 11 yang kemudiannya telah di ghaibkan oleh pihak NASA. Ketika Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : “Planet Bumi ternyata tergantung di satu area yang sangat gelap, siapakah yang menggantungnya?.”

Terdapat satu "spot" di dalam kegelapan tersebut yang memancarkan cahaya yang sangat terang. Pihak NASA telah membuat ujikaji dan menemui fakta yang memeranjatkan. Cahaya tersebut terpancar dari Bandar Makkah. Selain dari itu para angkasawan melaporkan terdapat satu gelombang pendek yang aneh, setelah menelitinya ia dikesan terpancar dari kaabah menyambungkan Makkah dengan sesuatu di angkasa lepas.

Planet  Bumi juga dikesan mengeluarkan radiasi yang sukar diterjemahkan oleh saintis. Radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya dari Kaabah. Mengejutkan lagi adalah radiasi tersebut bersifat infiniti (tidak berujung), hal ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars dan radiasi tersebut masih wujud dan berlanjutan. Para pengkaji Muslim mempercayai bahwa radiasi ini adalah satu sinar yang menghubungkan Kaabah di Bumi dengan Kaabah di langit (Baitul Makmur).

Saintis secara rasminya telah mengumumkannya di Internet, 21 hari kemudian laman tersebut telah hilang dari senarai (ghaib) dan pastinya mempunyai sesuatu tujuan tersembunyi dibalik penghapusan website tersebut.

Mungkin wawancara ini dapat membantu mengesahkan dakwaan tersebut

Gambar-gambar Satelit, yang muncul kemudian sekitar tahun 90-an, menekankan hasil yang sama ketika kajian lanjutan dilakukan yang tertuju kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan analisa geografi untuk meneliti tempoh waktu daratan itu dicipta.

Telah menjadi teori yang kukuh secara ilmiah bahwa lempeng bumi terbentuk dalam usia geologi yang amat panjang, bergerak secara teratur di sekitar lempeng bumi Arab. Lempengan ini terus memusat ke satu arah seolah-olah menunjuk arah Makkah.

Kajian ini dilaksanakan untuk tujuan yang pelbagai, bukan atas maksud untuk membuktikan Makkah adalah pusat bumi. Kajian ini telah diterbitkan di dalam banyak majalah sain di Barat.

"Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al Qur’an dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya." (asy-Syura: 7)

Kata ‘Ummul Qura’ berarti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya menunjukkan Makkah adalah pusat bagi kota-kota lain. Lebih dari itu, daftar kata "ummu (ibu)" itu mempunyai arti yang penting di dalam kultur Islam.

Sebagaimana maksud ungkapan ibu (induk) maka Makkah juga merupakan sumber bagi semua negeri lain, sebagaimana dijelaskan. Secara tidak langsung, perkataan ‘ibu Qura’ memberi kelebihan Makkah mengatasi semua kota lain di bumi.


Makkah atau Greenwich

Ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.

Nabi SAW bersabda maksudnya: "Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit".

Berdasarkan kajian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia.

Berdasarkan pertimbangan yang saksama terbukti bahwa Makkah berada tengah-tengah bumi sebagaimana yang dikuatkan oleh kajian dan gambar-gambar geologi yang dihasilkan olah satelit, maka benar-benar diyakini bahwa Kota Suci Makkah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. Hal ini akan mengakhiri kontroversi lama yang dimulai empat dekad yang lalu. Adakah pembinaan Jam Gergasi di sisi Kaabah menjurus kepada tujuan ini? Sila lihat artikel sebelum ini berkaitan Abraj alBait.

Ada banyak argumendari sudud penyelidikan georgrafi membuktikan bahwa Makkah merupakan wilayah "zero" sangkar bujur yang melintasi kota suci tersebut, dan jelas ia tidak melewati Greenwich di Eropah. GMT dipaksakan pada dunia ketika  sebahagian besar neger-negara di dunia berada di bawah jajahan Inggris. Jika waktu Makkah yang diterapkan, maka mudah bagi setiap orang untuk mengetahui waktu sholat. Perbentangan ini agak prejudis, tetapi itu adalah kebenarannya.


Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu kawasan yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, ertinya ialah apabila kita menggunakan kompas di sana, jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarikan yang sama besarnya antara kedua kutub.




Penelitian saintis mengungkapkan bahwa batu Hajarul Aswad merupakan batu tertua di dunia dan ia juga didapati aneh kerana boleh terapung di atas air. Di sebuah muzium di Barat, ada tiga potongan kecil batu tersebut yang telah terpecah akibat satu peristiwa, pihak Barat mengambil kesempatan melarikan serpihan kecil itu ke Eropah. Pihak muzium juga mengatakan bahwa batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem bumi. Bermakna ia tidak terdapat di mana-mana kawasan di bumi ini. Kebenaran tersingkap lagi. Apakah masih mereka mahu mempertikaikannya?

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, “Hajar Aswad itu diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adam lah yang menjadikannya hitam. ( Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877) )

Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam semua urusan dunia atau kehidupan disamping untuk akhirat.

Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat. Hal sedemikian turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur berbanding di tempat lain. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

Telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tisu badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula menjadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini.

Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah. Bagi yang bukan Islam sila kaji dengan kepakaran ilmiah terhadap fakta ini dan pasti akan mendapat kebenaran-Nya.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, setiap umat Islam perlu mengetahui arah Kaabah, walaupun di mana mereka berada, kerana Kaabah merupakan kiblat untuk kita menunaikan solat. Berbagai kaedah digunakan bagi menentukan arah kiblat seperti melihat arah matahari terbit atau terbenam, dan juga menggunakan kompas. Menyedari betapa pentingnya hal ini, Profesor Hosien Kamal El Din Ibrahim dari Mesir telah mencuba satu kaedah baru bagi menentukan arah kiblat dari seluruh penjuru dunia. Beliau banyak menerbitkan artikel-artikel saintifik di bidang kejuruteraan awam.

Untuk itu beliau telah melukis peta dunia yang baru, yang dapat menunjukkan arah Makkah dari kota-kota lain di dunia. Dengan menggunakan perkiraan matematik dan kaedah "spherical triangle" Prof. Hosien mendapati kedudukan Makkah betul-betul berada ditengah-tengah daratan bumi. Penyelidikan beliau ini membuktikan bahawa bumi ini berkembang dari Makkah, di mana Makkah adalah "pusat bumi". Penyelidik-penyelidik lain kemudiannya mengakui ketepatan kiraan beliau apabila mereka menggunakan program komputer bagi membuat kiraan dan melukis peta tersebut.

Sebelum itu, Abi Fadlallah Al-Emary yang meninggal dunia pada tahun 749 Hijrah turut melukis peta yang menentukan arah kiblat. Peta tersebut terdapat di dalam kitabnya "Masalik Al Absar Fi Mamalik Al Amsar". Beliau menggunakan kaedah astronomi bagi menentukan arah kiblat. Seorang lagi pemikir Islam, Al-Safaksy (meninggal tahun 958 Hijrah) turut melukiskan peta dengan menggunakan pendekatan astronomi. Penyelidik-penyelidik zaman moden kemudiannya telah mengkaji kedua-dua peta tersebut dan membandingkannya dengan kaedah astrologi moden. Mereka mendapati kaedah yang digunakan oleh Al-Emary dan Al-Safaksy adalah sangat tepat dan kedua-dua peta tersebut membuktikan Makkah dan Kaabah adalah "pusat bumi". Hasil kajian ini telah diakui benar dan diisytiharkan oleh "The Egyptian Scholars of The Sun and Space Research Center" yang berpusat di Kaherah, Mesir." http://wwww.mhccgroup.com/article/articleview.cfm?AID=19581

TARIKAN GRAVITI BUMI BERPUSAT DI SEKITAR KAABAH!


Bagi yang belum berpeluang,keinginan kesana pasti ternanti-nanti.Tiada siapa yang sangka suatu ketika dulu ianya merupakan sebuah padang pasir yang kering-kontang kini menjadi tumpuan seluruh umat Islam.Disitulah letaknya Kaabah sebagai pusat bumi dan disitu jugalah sumber air zam-zam yang tidak pernah putus-putus simpanannya.

Ramai yang telah menyetujuinya dan tak kurang juga memandang sinis terutamanya golongan bukan Islam dan muslim yang hanya berfikiran logik semata-mata. Apatah lagi Stephen Howking yang tidak mempercayai Tuhan, makin bertambah dungulah dia yang sememangnya telah dungu dari cahaya kebenaran jika diberi peluang untuk mengkaji kehebatan kuasa Allah di bumi Makkah itu.

Bagi yang memahami hukum fizik dan mereka-mereka yang mengkaji mengenai kehebatan Makkah pasti menemui sesuatu yang baru.Dikota Makkah keadaan gravitinya adalah sangat stabil. Mengikut pengiraan sains yang dipelopori pihak barat, Kutub Utara dan Kutub Selatan melebihi daya gravitinya berbanding equator (garisan Khatulistiwa).Perlu diingatkan, Equator atau Garisan Khatulistiwa adalah garisan tengah yang membahagikan antara dua kutub bumi.

Tetapi kutub magnetik (diutara dan selatan) bumi adalah berbeza sama-sekali.Ia tidak berada tepat diatas kutub Utara dan Selatan.Malahan ia condong beberapa darjah dan berjauhan sebanyak 810km dari Kutub Utara dan 2826km dari Kutub Selatan.(Pengiraan diambil pada tahun 2005 melalui satelit pengesan medan magnetik).

Bagi pengiraan jarak dari peta magnetik (jangan rujuk peta atlas dunia yang biasa), Makkah adalah amat hampir dengan garisan tengah antara kedua-dua kutub magnetik itu. Kekuatan medan magnetnya juga hampir-hampir sifar iaitu 1 darjah ke timur. Perlu diingat disini bahawa pengiraan ini adalah dari keupayaan manusia yang hakikatnya amat sedikit ilmunya berbanding ilmu Allah.

Sudah tentu ilmu Allah tidak terbatas, tidak keterlaluan jika kita katakan bahawa Makkah itu benar-benar di atas pusat dunia, kekuatan graviti yang amat tinggi.  Ia disokong pula oleh rumusan Golden Ratio yang telah lazim di gunapakai dalam industri perkilangan, kejuruteraan dan akitek.

Sebelum ini, kiblat umat Islam adalah kearah Masjid Al-Aqsa dan disitulah pusat bumi ketika itu.Kemudian melalui perintah Allah ke atas Nabi S.A.W, kiblat ditukarkan kearah Kaabah di Makkah. Menurut seorang professor, telah terjadi gempa bumi dan pergerakan platlet bumi di tanah Arab. Kesannya pusat bumi telah beralih arah ke Kaabah, Makkah. Kuasa Allah mengatasi segalanya.

Jadi apa rasionalnya kita mengaitkan gejala graviti dan medan magnetik di Makkah ini? Ya memang rasional malahan memang terbukti dari segi saintifiknya. Mengikut saintis, pengaruh graviti banyak memainkan peranan untuk merangsangkan kelenjar pineal yang terletak di otak tengah untuk mengawal kekuatan imun badan.Imun badan kita menjadi kuat secara semulajadi tanpa sebarang vaksin. Cuba kita teliti satu dari amalan sunat orang Islam, tidur menghadap tibuh ke arah kiblat. Begitu juga kedudukan mayat yang dibaringkan di liang lahat. Adakah segalanya sia-sia?

Apabila graviti makin kuat, maka banyak ion-ion negatif berkumpul disitu. Memang terbukti bahawa mereka yang sebelum itu mengalami sakit-sakit badan, bila tiba di tanah suci kesakitan yang dialami hilang dengan serta-merta. Tekanan graviti yang tertumpu di situ memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan. Jadi keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh badan menjadi lebih baik dan lancar jika dibandingkan keadaan manusia di tempat-tempat lain di sekitar dunia.

Bagi medan magnetnya yang sifar pula adalah disebabkan tarikan untuk kedua-dua medan adalah seimbang. Ketika tawaf mengelilingi Kaabah, tenaga anda seperti dicas semula dan mendapat kekuatan serta kesegaran yang luar-biasa.Perasaan dan tubuh anda akan rasa tenang, segar dan bertenaga. Sebenarnya, dengan bertawaf mengikut lawan jam juga memberi satu tenaga hayat secara semulajadi kepada alam semesta. Buktinya Neil Armstrong ketika berada di luar angkasa, beliau mengesan satu gelombang yang hebat telah dipancarkan dari bumi.

Setelah diselidikinya, gelombang itu berpunca dari Kaabah.Beliau mencari dimana hujungnya gelombang yang dipancarkan itu berakhir, tetapi tidak di temuinya. Gelombang itu tidak berpenghujung atau infiniti. Ia melimpahkan kekuatan iman dan keyakinan bahawa Baitul Haram (Makkah) itu bersambung terus ke Baitul Makmur (Langit ke tujuh). Andai kata seketul batu jatuh dari Baitul Makmur, ia pasti akan mengenai Kaabah di bumi kita. Maka gelombang yang dikesan oleh Neil Armstrong itu dipercayai terus-menerus hinggalah ke Baitul Makmur di mana tempat tawaf para malaikat.

Kemudian apakah kesannya apabila tanah Makkah Al-Mukaram yang tidak diganggu medan magnetik serta berkeadaan graviti yang stabil dan tinggi itu? Menurut pakar sains, tanah-tanah yang mempunyai graviti yang tinggi mengandungi kandungan garam dan air yang banyak.Terbukti sememangnya Makkah itu tidak kering dengan air zam-zamnya. Dipercayai juga dengan kepekatan graviti sungai-sungai dibawah tanah akan terhasil dengan banyaknya. Betapa pentingnya bekalan air yang berterusan andai kita di alam peperangan. Disinilah atas rahmat dari Allah S.W.T,  Dia telah menganugerahkan air zam-zam buat kita semua untuk digunakan baik ketika keadaan tenang mahupun genting.

Andaikata umat Islam keputusan bekalan makanan dan minuman, maka Makkah Al-Mukaramlah yang akan mencukupinya. Tidak hairanlah jika berlakunya peperangan besar, Makkah yang akan menjadi benteng Kota terakhir umat islam, paip air zam zam telah di bina oleh kerajaan Arab Saudi menghubungkan Masjidil Haram dengan Masjidil Nabawi di Madinah.  Dua kota ini tidak dapat ditembus oleh Dajjal laknatullah. Sudah pasti kita tahu yang air itu merupakan satu keperluan utama bagi manusia. Tiada siapa tahu rancangan Allah yang Maha Perancang lagi Bijaksana.

Dipercayai di akhir zaman kelak,ketika kemunculan sang dajjal laknatullah itu akan menguasai dunia ini terutamanya bekalan air.Dipercayai juga ketika diakhir zaman kemarau yang berpanjangan akan berlaku (mungkin kesan dari perang nuklear?),haiwan ternakan banyak yang telah mati,tumbuh-tumbuhan terbantut dan tercemar,sungai-sungai kering serta hujan berasid.Ketika itulah sang dajjal laknatullah akan “mengofferkan” bantuannya.Jadi apa yang perlu dilakukan?Larilah…carilah perlindungan di kota Makkah dan Madinah.InsyaAllah disitu terjamin keselamatan kita buat umat Islam.

Adakah dajjal akan mengambil bekalan-bekalan air yang telah tercemar sebagai minuman? Tidak,..tidak sama sekali, kerana dia telah membuat perancangan lebih awal. Lihatlah apakah yang ada di monumen-monumen tinggalan tamadun-tamadun purba dahulu? Stonehenge, pyramid, Easter island dan pelbagai tapak sejarah lain mengandungi mata air yang banyak serta bertekanan graviti yang tinggi serta pusat kuasa magnetik. Dia dajjal sang kutuk itulah yang membina monumen-monumen tersebut sebagai persediaan huru-hara di akhir zaman. Cuba lihat hadis dibawah:

Nabi S.A.W bersabda “Sesungguhnya Dajjal itu akan berada di bumi selama 40 pagi di mana dia akan tiba pada setiap sumber air tetapi tidaklah dia dapat menghampiri 4 buah masjid iaitu Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Masjid At-Thur dan Masjidil Aqsa” (Riwayat Imam Ahmad.Sahih rujuk Fath Ar-Rabbani 24:26).

Lihatlah sehebat-hebat dajjal laknatullah itu,lebih hebat lagi Allah yang Maha Besar.Perancangan dajjal tidak dapat menandingi perancangan Allah. Allah telah menetapkan keselamatan kaum mukminin sejak dari awal lagi dengan Air Zam-Zam yang tidak putus-putus bekalannya didalam Kota yang amat kebal dan ampuh dari sebarang senjata iaitu Makkah Al-Mukkaramah. InsyaAllah Kota Makkah juga bakal menjadi saksi akan kemunculan pembela umat Islam yang berdarah daging dari Rasullullah S.A.W. Amin… http://wyna95nubies.blogspot.com/2011/05/tarikan-graviti-bumi-berpusat-di.html
kredit untuk  IBRAHIM ABDULLAH dari Halaqah

KAABAH DAN MISTERI KEWUJUDANNYA

Adakah Allah menjadikan Kaabah dalam keadaan tergesa-gesa? Mengapa banyaknya bukti terkini yang terbongkar serta tidak dapat dinafikan pula bahawa Kaabah itu berada di Pusat Dunia? Bagaimana Kaabah ditetapkan kedudukannya? Apa kaitannya dengan planet bumi secara keseluruhannya? Adakah ia termasuk antara yang terawal dijadikan oleh Allah? Apa itu tawaf? Kenapa tawaf bertentangan arah jam? Apa pentingnya tawaf kepada manusia? Kepada Bumi? Kepada Alam? ..... Insa-Allah saya akan cuba ulas sedikit masa lagi.

14 comments:

Mata Pedang said...

Subhanallah !!! Ya Azizulrahim...

Anonymous said...

Sebenarnya definasi Makkah/Kaabah sebagai pusat bumi adalah masih kabur lagi bagi kami yang membacanya.Hakikatnya kami kekeliruan.Pusat bumi yg bagaimana saudara maksudkan.Sedangkan bumi ini tidak bulat 100%,bumi ini membujur sedikit.

Sudah beberapa kali bumi ini di unjurkan dengan garisan2 pemetaan tetapi tetap tidak dapat satu paksi bulat yg solid. Sebab itu dalam peta dunia terpaksa di bina dua kutub (utara/selatan).

Makkah adalah Kiblat bukan pusat dunia.Kalau anda ingin melihat pusat dunia masuk link sini:

http://ddsdtv.blogspot.com/2010/06/earths-core.html

"Earth core" itulah pusat dunia.graviti,magnetisme dan apa juga tenaga elektromagnetik di bumi berasal dari sini...itulah yg sebenarnya Pusat Bumi.

Core bumi ini sentiasa bergerak dan berputar laju. Dalam filem The Core kalau teras ini berhenti berputar semua permukaan bumi akan berubah cuaca dan rupa bentuk persekitaranjadi aneh.

Elektromagnet akan membentuk petir,kilat dan bertukar jadi kuasa lesar yg bolih membunuh.Bumi akan jadi panas keterlaluan dan musim salji yg membeku keras membatu.Kalau nak tahu samada graviti di sini lebih kuat atau di kaabahkah yg lebih kuat dan stabil kaji sajalah di core ini.Putaran liquid core ini berlapis-lapis ada yang lapisan bergerak ikut arah jam dan ada yng bertentangan.

Jadi kaabah bukan pusat bumi tetapi kiblat ummat Islam.Kiblat bukan tempat nak kira berapa kekuatan graviti atau taburan ion-ion positif atau negatif tetapi kiblat ialah Focal point dan Focus point wajah-wajah yang kudus mengadap dan mengabdi pada Tuhannya.Tempat tumpuan penglihatan.Bukankah Rukun Ihsan itu bersangkutan dengan MELIHAT DAN DILIHAT...


"wajahtu wajiya liladzi fatoros samawati wal ardi"(ini lah kiblat)

Wallahualam.

aiman said...

>>>>>Berdasarkan kajian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia.

Berdasarkan pertimbangan yang saksama terbukti bahwa Makkah berada tengah-tengah bumi sebagaimana yang dikuatkan oleh kajian dan gambar-gambar geologi yang dihasilkan olah satelit, maka benar-benar diyakini bahwa Kota Suci Makkah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. <<<<<<


------------------------------------------------


Pernah dengar tak kedudukkan matahari tepat di atas kaabah.Dengan fenomena ini kita bukan sahaja bolih menentukan arah kiblat umat Islam tetapi Masa Dunia juga.

Menara tinggi pada binaan Masjid dan mana-mana kawasan ibadah umat Islam bukannya "Sun Pillar"(idea sesat paganisme sembah matahari)...tapi itulah "Sun Dial" pengira masa semula jadi semenjak dulu lagi.

Kalau dulu ingin menentukan masa sholat menggunakan kaedah sebatang kayu di pacak di kawasan lapang.Dengan melihat bebayang kayu kita dapat menentukan masa Sholat.Dengan membina menara tinggi kita dapat melihat kedudukkan bebayang dengan lebih tepat lagi.

Ok..selingan dari itu, katakan pula cahaya matahari terlindung (akibat awan tebal atau asap gelap nuklear/gunung berapi di penghujung akhir zaman) jadi di kawasan manakah yg membolihkan kita dapat melihatnya lagi?

itulah fungsi menara....

Anonymous said...

Slam,

Menarik cerita masa semulajadi tu.Dikatakan ketika zaman nak kiamat dunia akan kehilangan cahaya matahari kerana asap tebal yang berlansung berbulan-bulan lamanya.Asap hitam akan melindungi cahaya matahari.Ini ikut Hadis Nabi SAW "....lalu ketika itu ada sahabat bertanya bagaimana nak mengira waktu sholat kami pada masa tu wahai Rasullullah...jawab Nabi saw,kamu kiralah ikut kenyakinan kamu sendiri".Ketika itu masa pada jam pun tak bolih nak pakai, maka kedudukkan kawasan tinggi dan bina menara sesuatu yg praktikal untuk melihat matahari.

sekadar tambah nasik jer...

Anonymous said...

Aku rasa kita tawaf sekeliling kaabah ikut arah bertentangan gerakkan jarum jam sebab ikut putaran bumi pada paksinya.

Dua jenis putaran bumi.Satu yang berputar pada paksi dan satu lagi berputar mengelilingi matahari.

so ada sesipa nak komen balas.

Nurrohi said...

Salam Tuan,
Alhamdulillah, syukran atas artikel-artikel tentang Kaabah.Semakin dikaji,semakin terasa Kebesaran dan Kehebatan Allah. Mana lagi tempat yg paling selamat melainkan berlindung "di RumahNya".Apa lagi yg lebih indah bila dapat menjadi tetamuNya lebih-lebih lagi kalau dapat menjadi "khadamNya".Terus menanti artikel selanjutnya.

abatasa said...

Terima kasih semua

Salam, Syukran saudara nurohi. Komen anda sebelum ini banyak membantu, tq.

Salam anon June 26, 2011 4:43 PM, agak baik pandangan anda. Sememangnya ada kaitan.

Salam saudara June 26, 2011 3:58 PM
Terima kasih atas info tersebut. Apa yang saudara sebutkan itu ada kebenarannya, namun kita akan sentiasa meneroka sesuatu yang terselindung bagi menambah ilmu. Fakta sains tidak akan lari dari apa yang disampaikan oleh Allah dan Rasulnya. Sedikit sebanyak akan membantu jenerasi baru berminda sains menerima hakikat bahawa Allah adalah satu2nya kuasa mutlak mengatur segalanya. Banyak lagi fenomena berkait fakta sains yang belum terungkap. Fatorossamawatiawalardh itu satu kata kunci untuk pusingan lain, kaabah itu kiblat syarie. Dari situ ia akan menuju ke sana. Saya tidak menolak pandangan saudara, yerima kasih.

abatasa said...

Salam,

Saudara anon, bertepatan kewujudan fungsi menara itu selain untuk tujuan azan. Allah mengatur segalanya, manusia hanya melaksana seperti yang telah ditetapkanNya. Syukran atas keterbukaan minda anda. Kedudukan Greenwich mula dilihat tidak tepat dan akhirnya Makkah akan menjadi kajian selanjutnya. Samalah kita nantikan perkembangannya. terima kasih.

eh.YaKe said...

Anon June 26, 2011 3:58 PM

Bila sebut 'pusat', tak bermakna ia titik tengah di dalam bumi. Contohnya pusat manusia tak terletak dalam perut kita tapi kat luar bahagian kulit. Semasa kita masih dalam kandungan, pusat kita adalah penghubung bayi dengan ibu. Segala zat dan oksigen kita terima melalui pembuluh darah yg bersambung ke pusat. Sama dengan pusat bumi di mekah. Lokasi kaabah adalah penghubung antara bumi kita dengan langit.

Ada benda buat aku sentiasa berfikir dan tertanya-tanya.. Okey kita panggil lokasi kaabah sbg pusat bumi. Apa pula panggilan utk kawasan/titik pada bumi yg betul2 bertentangan dengan kaabah? Bila kita tgk globe, tak silap aku kawasannya terletak pd lautan . Lantas aku terfikir apa yg ada kat situ? Singgahsana dajjal? istana iblis? piramid bawah laut? stargate? atau lubang menuju ke teras bumi? Ada tak mana2 saintis yg buat kajian kat situ? Ataupun org barat pernah menjalankan kajian secara rahsia di situ? Aku harap ada mana2 saintis islam yg berani utk mengkaji di kawasan tersebut.

Hajarul Aswad adalah batu dari syurga. Syurga ada byk tingkat. Aku rasa perbezaan antara tingkatan syurga dan neraka terletak pd jumlah dimensinya. Rujuk ttg M-Theory. Kita punya jasad 3 dimensi pd alam 3 dimensi. Bayangkan jika terdapat jasad 4 dimensi pd alam 4 dimensi. Sudah tentu terlalu nikmat makan makanan 4D dengan jasad 4D. Aku rasa batu hajar aswad memiliki lebih 3 dimensi. Cuma kita gagal mengesannya. Aku rasa jer, mungkin aku salah.

Ada benda yg aku sgt tak faham iaitu
"Baitul Haram (Makkah) itu bersambung terus ke Baitul Makmur (Langit ke tujuh). Andai kata seketul batu jatuh dari Baitul Makmur, ia pasti akan mengenai Kaabah di bumi kita."

Ayat diatas tu hadis ke atau ajaran ciptaan ulama? Ayat diatas diterima turun temurun dari ulama nenek moyang kita yang hidup pada zaman yg mana pengetahuan ttg bumi dan langit sangat kurang. Pada masa itu, mungkin terdapat 'wali'/ sufi/ guru mursyid yg dianggap hebat tapi mengatakan matahari mengelilingi bumi.

Bukankah bumi ini hanya 1 objek di alam semesta 3 dimensi kita. Bumi berputar pd orbitnya dan mengelilingi matahari. matahari juga bergerak. Begitu juga galaksi. Jadi 'arah hala atas kaabah' sentiasa bergerak dan tidak tetap. Sebab itu perumpamaan batu yg jatuh ke kaabah dr baitul makmur sgtlah menghairankan. Aku rasa jawapannya ada pd M-Theory.

Mungkin kaabah adalah penghubung dunia 3 dimensi dengan dunia 4 dimensi (langit ke-2). Penghubung bumi dengan langit. Seterusnya pd dr 1 langit pintu ke pintu langit yg seterusnya hingga ke baitul makmur.

abatasa said...

Salam, jauh betul sdr eh.yake ni berfikir. Tak apa, teruskan mencari, setiap persoalan ada jawapan samaada dapat cepat atau lambat. Para Wali Allah ada jawapannya, tetapi tidak akan di buka sewenang2nya bimbang manusia tak faham dan salah anggap. Allah sengaja jadikan begitu sebagai satu tandatanya terus menerus dari manusia yang dikurniakan fikiran. Lepas jumpa satu akan ada soalan baru.... hinggalah manusia itu pupus. Itu adalah Ilmu Allah yang tidak habis untuk diteroka. Ada yang tersasul hingga tercampak keluar dan hilang imannya ada yang mendapat rahmat bertambah kukuh imannya. Begitulah Allah menguji hamba-hambanya. Yang penting bersangka baik pada Allah swt dan Muhammad Rasulullah saw. Pasti akan mendapat hidayah.

eh.YaKe said...

Aku suka berfikir dan mengkaji sejak kecil. Adakalanya aku jumpa sesuatu yg aku yakin benar. Tapi ada kalanya aku tersungkur dan tertipu dgn syaitan. Kengkadang syaitan menggoda kita dgn guna prinsip taichi iaitu lawan kekerasan dengan kelembutan. Kengkadang syaitan sanggup korbankan pawn, bishop atau kuda membuat kita leka dan yakin dan jumpa kebenaran kecil tapi terjerumus dalam kebatilan yg besar. Sebab itu aku kena sentiasa waspada dan jgn ulangi kesilapan yg sama.. Sentiasa merujuk kepada insan2 yg lebih mengetahui..

Aku nak tanya lagi. Adakah bulan, marikh, jupiter juga memiliki pusat masing2? Kawasan dimana jika angkasawan bawak kompas, kompas itu tak tunjukkan mana2 arah? Adakah keunikkan lokasi kaabah juga terdapat di planet2 yg lain? Atau kajian tersebut belum dilakukan?

Katakan jika suatu masa nanti, manusia boleh tinggal di bulan, adakah manusia boleh bersolat berkiblatkan satu kawasan di bulan yg memiliki ciri2 lokasi kaabah?

Ataupun berjuta-juta tahun dahulu, terdapat peradaban jin di planet marikh dan mereka juga disuruh bersolat kearah kaabah mereka tp kemudian mereka engkar?

Jika bulan atau planet lain x miliki ciri2 unik kaabah, maka ia seharusnya jd tanda keistimewaan kaabah di bumi.

Soalan lain, aku pernah terbaca terdapat pendapat mengatakan kaabah sudah wujud sejak zaman nabi Adam lagi dan musnah akibat banjir zaman nabi Nuh. Mengikut hadis bukhari dan muslim, dikatakan nabi Adam memiliki saiz 60 hasta. Adakah saiz kaabah semasa zaman nabi adam juga besar?

Tak semestinya kita boleh dapat jawapan2 ini, tp mungkin kita boleh fikirkan bersama-sama.. Aku suka bertanya dan berfikir lebih dr org lain tp kemampuan aku utk mendapat jawapan tak sehebat org lain. Jadi aku harap ada org yg boleh kongsikan jawapannya bersama-sama.. Tak sekarang pun mungkin pd masa akan datang..

abatasa said...

Persoalan yang menarik, sama-lah kita fikirkan. Kita kena ambil ingatan bahawa sebaik2 makhluk ialah Manusia melebihi Malaikat apatah lagi Jin. Sebaik-baik manusia pula ialah kekasihNya, Muhammad saw. Kaabah itu adalah untuk manusia yang di mulai oleh Malaikat di Arasy. Setiap sesuatu yang dijadikan adalah untuk Muhammad... tentulah apa yang dilakukan oleh Rasulullah saw itu sebaik2 perbuatan sebagai ikutan seluruh manusia juga jin. Cuba kaitkan.

Monalisa said...

semua yang kita tahu adalah apa yang kita baca dan kaji sendiri. terpulang samada kaji dgn research, or bace kitab2 or baca buku saintifik..
so eh.YeKe... (saya jawab dalam english coz i don't really have a good malay, maaf ya)
the answer your question on kaabah location on moon and how do we pray on moon is it cannot be answered. no one has ever done a research on that. and Allah SWT is the one who knows what happened in the past. if ever the westerns had done some research on that, they'll not gonna reveal it just like that to us. because everything that you read in the papers, web, and other information packages are filtered before it could be published. every little thing. do you really think that what u know now is the truth? the truth is hidden for the purpose that only they knew.

so it is good for you to have the "initiative" to ask and the "wants" to know more. but remember, no matter how much that we want to know more, don't go overboard and question things that are not suppose to be question. nanti jadi syirik pula sebab mempersoalkan kejadian ciptaan Allah SWT...(just a reminder, don't misunderstand me)

Anonymous said...

perghh..byk sangat ilmuan ilmuan dlam komentar ni...ada yg cuba mengupas,ada yang tidak percaya sampaikan keluarkan fakta sains...huhh....bagi aku laa....aku percaya apa yg Allah inginkan.Kan Allah ada mengatakan "Kun Fa Ya Kun".Tak perlulah nak mengupas menjela jela.Yang penting aqidah kita tidak lari.Banyak benda ghaib yang tak mampu kita fikirkan...Itu semua kerja Allah s.w.t.dIa cuma suruh kita berfikir sahaja tentang kebesaranya.Sebab dia boleh lakukannya.MAHA MENGETAHUI.Kalau batu tu nak dicampakkan dari mana mana pun samapai ke kaabah pun boleh...

Post a Comment

 
Copyright 2009 fikris hamidi. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan