skip to main |
skip to sidebar
"Kematian pasti akan hadir jua pada mu walau sejauh mana kamu ingin lari darinya. Ia adalah hakim yang adil, ia adalah tangisan, ia juga perpisahan dan pelenyap kepada semua kenikmatan dunia. Kematian adalah pemutus segala harapan dan angan-angan. Pernahkah kamu memikirkan akan kematian dirimu sendiri ?"
"... kematian merupakan suatu bencana yang sangat mengerikan, hal yang sangat dashyat, pekara yang merungsingkan malahan juga digelar malapetaka yang menghentikan segala nikmat dan kesenangan dunia. Kematian akan menghancurkan seluruh tubuh badanmu, tulang belulang mu, kekuatan mu, harta benda mu, keluarga mu, kehebatan mu, kepandaian mu, pangkat darjat mu yang pula akan menghuraharakan nasib mu kemudiannya."
- Seperti yang telah dimaklumkan di dalam ruangan komentar di dalam artikal keluaran yang lalu, saya ada menceritakan serba sedikit pengalaman saya sendiri bertemu dengan Malaikat Maut yang berlaku 24 tahun yang lalu. Sewaktu itu saya mengalami sakit yang ganjil hingga doktor pun sukar untuk menentukan apakah jenis penyakit itu. Berbulan-bulan lamanya terlantar di hospital, tanpa dapat diperbuat apa-apa, akhirnya kami berusha untuk mencari rawatan alternatif. Malangnya tiada siapa pun yang dapat mengubatinya. Saya tetap begitu juga. Panyakit yang saya alami serupa dengan angin ahmar tetapi bukan angin ahmar. Tubuh badan tidak dapat bergerak dan merasakan apa-apa dari hujung kaki hingga ke leher. Hingga tidak boleh merasa untuk membuang air kecil dan besar. Hanya bantuan dari hospital yang membuat ianya keluar dari tubuh. Kemudian, tubuh tidak dapat merasa apa-apa, tetapi apabila dicucuk dengan jarum ia berdarah. Saban hari saya dikunjungi oleh kumpulan doktor-doktor pakar, namun tiada juga penyelasaiannya.
- Setelah lama menderita begitu, satu subuh secara tiba-tiba saya dikunjungi oleh sekumpulan 7 orang berjubah putih mengelilingi katil. Seorang dari padanya memberi salam dengan menyebut nama kawan dengan lengkap dan kemudian ia bertanya "Jika aku ambil nyawamu di waktu ini, apa yang mampu kamu lakukan ?". Saya tergamam sebentar, kemudian sudah dapat memahami bahawa mereka inilah Malaikat Maut dan menyedari mungkin telah tiba ajalku, maka saya jawab "Tiadalah daya dan upayaku untuk berbuat apa-apa, aku serahkan seluruhnya kepada Allah, jika telah memang sampai sudah ajal bagiku.. aku redha jika Allah juga redha pada ku ". Tetapi mereka tidak berbuat apa-apa, hanya menyampaikan pesanan dan amarannya kepada saya. Saya pula sempat juga memohon untuk disampaikan beberapa permohonan ke hadrat Allah. Tetapi malangnya tiadalah dapat saya kisahkan didalam ruangan ini apa-apa perbualan saya dengannya kerana saya beranggapan bahawa semua perbualan antara saya dan dia itu merupakan rahsia peribadi yang tidak mungkin dapat saya dedahkan kepada sesiapa juga pun. Biarlah ia menjadi rahsia yang saya akan bawa hingga ke liang lahad sahaja.
- Apa yang saya mahu sampaikan di sini ialah suasana di kala itu. Saya memandang dia di dalam keadaan yang biasa, tetapi roh menjadi amat gementar hingga keluar peluh sejuk di dahi. Terasa amat kerdilnya diri di hadapannya, ngeri yang teramat hingga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Walau hingga ke hari ini pun tetap dapat dirasakan akan kesukaran pada waktu itu. Ia benar-benar menginsafkan saya. Tiada terhingga rasa nikmat yang Allah kurnia, memberi waktu untuk mempersiapkan diri berhadapan dengannya suatu hari nanti. saya ibarat mati hidup semula.
- Berbalik kepada jasad yang sedang sakit terlantar diatas katil. Pada keesokan harinya, sekitar jam 2.30 pagi, saya dikunjungi oleh seorang doktor yang memakai kupiah tetapi lengkap dengan pakaian doktornya. Di dadanya tertera tanda nama "Daud". Ia juga seperti doktor-doktor lain yang apabila datang akan memeriksa fail pesakit yang tergantung di hujung katil. Kemudian membuat beberapa ujian, mencucuk jarum dibeberapa tempat. Setelah membelek-belek tubuh badan saya, ia pun menulis di dalam fail pesakit itu sambil berkata "Saya doktor Daud dari bahagian Urology, sekarang saya telah rekomen beberapa ubat untuk dimasukkan ke dalam tubuh awak, minta nurse yang pertama datang nanti untuk melihat arahan yang saya tulis ini... jangan lupa tau !, awak akan pulih esok". Kemudian ia pun pergi.
- Tidak berapa lama selepas itu, nurse yang bertugas untuk waktu itu pun masuk. Saya terus memanggilnya dan memintanya membaca arahan yang telah ditulis oleh doktor Daud tadi. Apabila ia melihat saja arahan itu, ia langsung bergegas pergi mengambil ubat dan mula mengantungkan pada tiang di situ, ia masukan drip air garam galian di dalam tubuh saya. Waktu itu lebih kurang jam 3.40 pagi, kemudian saya terlelep sebentar. Apabila hampir jam 5 pagi saya pun terjaga, tiba-tiba saya sudah boleh duduk di katil tetapi antara pinggang ke kaki dirasakan masih berat. Kemudian nurse tadi datang semula menganti tabung drip air yang telah kosong. Saya duduklah di situ, tanpa berbuat apa-apa. Lebih kurang jam 6 pagi, sekumpulan doktor yang biasa saya jumpa itu pun masuk.
- Mereka amat terkejut melihat saya sedang duduk, lalu mereka semua mengerumun di situ. Mereka lihat fail pesakit, kemudian bertanya berbagai-bagai soalan berkenaan doktor Daud. Saya katakan ia dari unit Urology. Tetapi semua doktor itu juga dari unit yang sama, namun tidak pula ada yang bernama "Daud". Mereka semua kehairanan malah mereka semua pergi mencarinya di unit tersebut tidak juga bertemu.
- Akhirnya, setelah 8 ke 9 kali nurse menukar tabung drip air yang tergantung pada besi, saya semakin sihat. Malahan saya telah pun berjalan-jalan ke sana ke mari termasuk ke tandas untuk membuang air. Bergerak sendiri tanpa bantuan sesiapa. Doktor-doktor kelam kabut, semuanya datang melihat saya di situ kerana beranggapan ia adalah keadaan yang amat ganjil pada mereka... kedengaran kata-kata sebahagian dari mereka "It's a marvellous..god help " sambil mengeleng-gelengkan kepala mereka. Saya sendiri pun merasa hairan, hanya sekelip mata sahaja saya dah sembuh. Doktor-doktor itu telah begitu lama mencuba berbagai-bagai ubat hingga ada yang bertanya ke luar negara berkenaan penyakit saya, tiba-tiba dikejutkan dengan doktor "Daud" punya statement yang berjaya merungkai masalah. Tambah menghairankan lagi, doktor "Daud" itu sendiri tiada di mana-mana bahagian Hospital berkenaan. Telah mereka mencarinya tidak bertemu. Maka pada petang itu mereka memutuskan bahawa saya telah sembuh 100% dan dibenarkan pulang ke rumah. Sehingga sekarang tidak diketahui siapakah doktor "Daud" berkenaan ... ????
- Cuba saudara dan saudari amati cerita saya ini. Terlampau banyak pengajaran yang boleh diambil daripada cerita ini. Tapi yang paling penting ialah Keinsafan, jika kamu berada ditempat saya ini... apa yang kamu akan lakukan ??? dan cubalah teka... siapa doktor "Daud" itu... ???
2 comments:
assalamualaikum.Sgt menginsafkan. moga allah tetapkan iman di dada. saya pernah berhadapan dgn saat2 suami bertemu dgn sakratul maut. azabnya saya lihat, yang merasainya tak dpt nak diceritakan kepada kita yang masih hidup. bagaimana sakratul maut itu.... sehingga sekarang ribaan saya masih panas dgn peristiwa memangku suami yang telah kembali kerahmatullah.
Puan anon, salam
Subhanallah. Semoga roh suami puan dirahmati Allah. Semua itu adalah pelajaran bagi kita yang masih hidup.
Post a Comment