Wednesday, June 23, 2010

Anak Muda... Bangunlah, Selesaikan Tugasmu.

Imam Mahadi akan muncul....

ANAK MUDA!
Berhentilah dari bersandiwara gila dan gurau senda.
Bukakan matamu seluas luasnya, lihat sekelilingmu dan lupakan keenakan dunia.
Tiada masa untuk berbangga dan sengketa
Ketahuilah hanya anda, ANAK MUDA !!
Pewaris dunia fana dan bakal mentadbir seluruh alamaya.
 DEMI MASA 
Perhalusi nasihat alGhauth dengan mendalam. Ambil anisiatif perbaiki diri agar layak menyertai gerakan alMahdi. Tentera alMahdi hanya layak disertai oleh pemuda beriman kental, mencintai mati kerana Allah dan setianya tidak berbelah bahagi kepada pemerintah daulah yang bakal muncul, Shoib bin Soleh panglima kepada khalifah daulah fil akhir zaman, alMahdi.

Lupakanlah... Tinggalkanlah mereka yang Fasik, tinggalkanlah mereka yang Kufur, biarkanlah mereka yang tersesat lebih-lebih lagi yang suka menyesatkan, tinggalkanlah mereka yang galak melalak sombong dan bongkak. Lupakan saja... hiburan yang meloyakan. Tiada waktu untuk semua itu lagi...  JIKA TIDAK, ANDA AKAN TERSASUL DAN AKAN MENYERTAI MEREKA - kongsi gelap kumpulan 999..

Ketahuilah, anda semua sedang berada dalam penjara Dajjal Laknatullah, bergelumang dengan FITNAHnya. Telinga anda dibingitkan, mata anda disilaukan, hati anda dibolak balikkan, terlelonglah jasad anda semua.... kecuali mereka yang "beriman", mereka yang tidak sesekali rela menyembah selain Allah swt. Tiada "tuhan" melainkan DIA. Bukan penyembah harta, bukan penyembah pangkat, bukan penyembah politik, bukan penyambah kemewahan dan wang ringgit, bukan penyembah artis, bukan penyembah "cinta asmara", bukan penyembah segala-gala yang ada di DUNIA....
..
...... Semua itu adalah BERHALA..... 
berhala yang bakal menjadi bahan bakar di NERAKA...

 Jauhilah semua itu jika anda mahu bersama tentera Allah, tentera langit dan tentera Pemuda Bani Tamin. Shoib bin Soleh (bukan Tun, Tan Sri, Datuk dan berbagai lagi simbol yang hanya untuk bermegah-megah, gila pangkat dan harta).

Persudikan diri BERTASBIH 24jam tanpa henti kerana itulah makanan dan minuman mereka (tentera Allah). Segala yang ada adalah milik Allah, semuanya bertasbih kepadaNya berselawat dan salam kepada Baginda Junjungan, rasulNya. Kecuali mereka yang ingkar...Hanya sedikit sahaja lagi jawatan kosong yang masih ada.. khas untuk anda, anak muda! Hanya 1000 dari SATU JUTA umat manusia layak bersama dalam gerombolan ini. Satu dari Seribu orang. Dan..... ingatan untuk anda!  Jangan biarkan diri anda tergolong dalam kumpulan besar alDajjal... 999 dari 1000 orang.

Keluarkanlah diri anda segera dari nya wahai anak muda...  .... masih ada waktu.

alGhauth Syeikh Abdul Qadir al-Jilani

24 comments:

Orang Gombak said...

Salam saudara abatasa2,

Boleh saya tanya?
Siapakah Soleh Bin Syuib??
Sbb sy ada bertanyakan kpd seorang yg arif, katanya Syuib Bin Soleh adalah seorang warga Indonesia, dia suka bermain kata2, bila diuji, diam seribu bahasa, bila kita pergi, dia mendakwa dialah pemimpin panji hitam dan segala...

Adakah ada Syuib Bin Soleh selain yg dinyatakan tsbt? Atau Syuib Bin Soleh yg disebut ini adalah insan yg berlainan dgn Syuib Bin Soleh yg saudara maksudkan???

Dan boleh ceritakan sedikit, apakah dia kongsi gelap 999 yg saudara maksudkan? Dan apakah definisi 999 drpd 1000??

WAllahua'lam,
Wassalam...

-Orang Gombak

SHAHi @ Umat Terakhir said...

assalamualaikum,

sekadar mahu bertanya...

shoib bin soleh?

siapa?
adakah saudara pasti?
kenapa pasti dengan kepastian itu?
kredibiliti shoib?
geneologi shoib?
sebab kenapa shoib?
shoib ada pengetahuan setara para nabi?

shoib ada 'jawapan' untuk tiap bahagian penting yang Allah biar 'tergantung' tanpa jawapan dalam Quran?

adakah saudara pasti shoib itu akan datang bersama jawapan-jawapan terhadap persoalan Quran sebagaimana Muhammad menjawab semua persoalan tergantung dalam Taurat dan Zabur apabila ditanya Yahudi?

penjelasan mendalam aspek berkaitan individu shoib bin soleh?

sesetengah ayat dalam Quran tidak disertakan keterangan mendalam mengenai sesuatu perkara, ia bersebab... kerana akan ada utusan yang akan membawa jawapan sebagaimana Muhammad menjawab segala persoalan Yahudi.

begitu juga Ezra diutus kepada Yahudi sebagai memberi jawapan kepada baris-baris Taurat tulen yang hilang selepas 100 tahun.

sama juga dengan Isa yang hadir memberi jawapan kepada semua kekeliruan Yahudi berkenaan Taurat..

begitu juga Muhammad, hadir baginda menyampaikan ayat2 sebenar dan kisah sebenar sebagaimana yang pernah dikhabarkan Allah kepada Musa perihal Nuh, Ibrahim dan semua utusan-Nya serta sejarah manusia dan hukum peraturan-Nya setelah diputar belit Yahudi. Muhamamd juga menyediakan jawapan (melalui pengetahuan/wahyu) mengenai siapa Isa yang sebenarnya.

para utusan lazimnya hadir bersama 'jawapan'.. saya juga tertunggu-tunggu jawapan itu semua.

saya juga tidak memaksudkan al-Quran itu tidak lengkap, mohon jangan salah tafsir.. :) hanya sesetengah bahagian dalam Quran tidak disertakan keterangan mendalam..

bukan mahu memprotes pandangan saudara, tapi sekadar mahu penjelasan... maaf jika terkasar bahasa.

..salam ummah..

Dragon Malaya said...

salam,

shahi, wiseman yang banyak soalan.. :)
apa2 pun..setuju dengan saudara shahi..

sape tu shoib soleh? anda pasti? jangan tergelincir... jalan lurus pun kadang2 ada licin jugak (ujian dari Allah), hati-hati... jangan sampai tergelincir..

abatasa said...

Salam semua, terutama sahabat saya OG dan SHAHi. Terima kasih kerana sudi membaca dan bertanya khabar terhadap berita PBT. Kepada Sdr OG, sebahagian ceritanya saudara sudah maklum kerana saya sudah tersasul sebelum ini. Maaf dipohon. Ada beberapa rahsia yang terpaksa saya simpan dan saya berpendapat ianya tidak wajar dimaklumkan kepada umum. Saya telah mendapat "amaran" supaya tidak membukanya.

Saya rasa sebahagian pembaca sudah tahu mengenai kisah kebangkitan pemimpin dari timur ini, namun hanya segelintir sahaja yang benar2 tahu mengenai identiti, persediaan dan gerakan sebenar kumpulan tentera alMahdi ini. Mungkin masanya belum sesuai diketengahkan dilaman web yang penuh pengintip ini. Lagipun ia adalah rahsia besar kita, maaf kerana menyembunyikannya.

Syuib bin Salleh (alMansur) adalah nama samaran sahaja bukan nama sebenar. Terpaksalah dikaji maksud Syuib dan maksud Salleh, supaya dapat sedikit gambaran. Begitu juga Muhammad dan Abdullah (alMahdi).

Walaupun begitu saya paparkan sebahagian dari beberapa hadis yang meriwayatkan nama-nama ganjil ini agar boleh menjadi panduan saudara semua membuat kajian seterusnya.

Wallahu aklam, sekali lagi ucapan terima kasih.

abatasa said...

11. Sabda Nabi SAWDaripada al-Hasan, bahawa Nabi SAW menyebut bala yang akan menimpa kaum keluarganya, hinggalah Allah mengutuskan Panji-panji Hitam dari Timur. Sesiapa yang menolongnya akan ditolong pula oleh Allah. Sesiapa yang menghinanya akan dihinakan pula oleh Allah, hinggalah mereka mendatangi seorang lelaki yang namanyna seperi nama aku. Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka Allah pun membantu dan menolongnya." (Nuaim bin Hammad)

12. Sabda Nabi SAW "Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji." (Al-Hafiz Abu Naim)

13. Sabda Nabi SAW, "Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan Al-Haris bin Harras, yang di hadapannya ada seorang lelaki yang dikatakan al-Mansur, dialah yang akan memudahkan urusan atau membela keluarga Nabi SAW seperti pihak Quraisy yang membela Rasulullah SAW. Wajib setiap mukmin menolongnya atau banginada bersabda, "Wajib setiap orang mukmin menerimanya." (Abu Daud, an-Nasa'I, al-Baihaqi & al-Husin)

14. Sabda Nabi SAW, "Apabila kamu melihat Panji-panji Hitam telah diterima di sebelah wilayah Khurasan, maka datangilah dia sekalipun terpaksa merangkak di atas salji kerana padanya itu ada Khalifah Allah iaitu al-Mahdi." (Abu Nuaim)

15. Sabda Nabi SAW, "Sesungguhnya ketika zahir al-Mahdi, menyerulah malaikat dari atas kepalanya, "Ini al-Mahdi Khalifah Allah, maka kamu ikutilah dia." Seluruh manusia tunduk dan patuh kepadanya dan mengecapi kasih sayangnya. Sesungguhnya al-Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan adalah yang berbaiat kepadanya di antara Rukun dan Maqam, yang pertama adalah sejumlah pasukan Badar (314 orang). Kemudian Abdal dari Syam mendatanginya, dikuti oleh Nujabak dari Mesir dan Asoib dari Timur. Setelah itu Allah mengutuskan kepadanya tentera dari Khursan dengan Panji-panji Hitam dan mereka menuju ke Syam. Allah menutus kepadanya 3,000 malaikan dan ahli (Ashabul) Kahfi adalah anatara pembantunya."

16. Sabda Nabi SAW. "Sesiapa yang berpegang (teguh) dengan sunnahku ketika umatku sedang rosak, baginya seratus pahala syahid." (Iman Muslim)

17. Sabda Nabi SAW, "Ada tiga orang adik-beradik yang saling berperang sesama sendiri berhampiran tempat simpanan Kaabah kamu. Ketiga-tiganya adalah anak seorang khalifah. Kemudian tidak seorang pun anatara mereka yang menjadi khalifah. Kemudian muncullah Bendera Hitam dari arah Timur, lalu mereka membunuh kamu semua (yang sedang berperang saudara itu) dengan satu pembunuhan yang (sangat banyak) belum pernah berlaku sebelum ini oleh sesuatu kaum." Kemudia baginda menuturkan sesuatu yang tidak saya ingatinya. Kemudian baginda bersabda, "apabila kamu semua melihatnya, hendaklah berbaiat kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana dia adalah Khalifah Allah, iaitu al-Mahdi." (Ibnu Majah)

18. Sabda Nabi SAW, "akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakin pemerintahnya." (Ibnu Majah)

19. Sabda Nabi SAW, "Apabila keluar Panji-panji Hitam dari arah Khurasan, tidak akan ada sesuatu apa pun yang dapat menolaknya hinggalah dipacakkan di Ilya." (At-Tarmizi)

abatasa said...

oh ya terlupa kepada persoalan yang dibangkitkan oleh saudara OG,

999 dari anak-cucu Adam adalah penghuni neraka. Mereka juga digelar Yakjuj dan Makjuj.

sila rujuk maklumat ini:
http://akhzam.blogspot.com/2010/01/satu-dari-seribu-01-999-1000-anak-adam.html

Orang Gombak said...

Salam saudara abatasa,

Terima kasih atas himpunan Hadis-hadis yg saudara kemukakan disini. Tapi, tiada pun hadis yg merujuk kpd insan atau jiwa yg bernama atau yg membawa maksud Syuib Bin Soleh? Jika ada boleh saudara tunjukkan yg nombor berapa? Boleh sy mendalaminya nanti...

Untuk pengetahuan saudara, jawapan tentang siapa Syuib Bin Soleh ada tertera di blog Atok Zamany, silalah bertandang ke sana dan rujuk perbahasan mengenainya dalam Bab 4 Artikel ttg Ajaran Sesat...

Tapi jika jiwa atau peribadi yg dimaksudkan itu berlainan dgn yg diceritakan atok zamany, itu sy tidak tahu... Mngkn lain org yg dimaksudkan...

Apapun, terima kasih atas penjelasan 999 dr 1000, namun ianya masih kabur walaupun sy sudah membaca link yg saudara berikan itu.

WAllahua'lam,
Wassalam...

ali said...

abatasa,
saya ingin bertanya adakah perang armagedon dan juga kemunculan imam mahdi sudah hampir, saya tertanya2 kerana para saintis telah meramalkan akan berlakunya ribut matahari kemungkinan pd 2012 atau 2013 yg boleh merosakkan sistem telekomunikasi dan ini bertepatan dgn keadaan dimana selepas perang armagedon manusia tidak berperang menggunakan senjata canggih tetapi berperng gunakan pedangdan kuda.
saya masih lagi di bangku sekolah dan berasa buntu dan pening memikirkan masalah ini dan tidak tahu mahu melakukan apa,
saya mohon agar saudara boleh memberi kata2 nasihat kpd saya, atau apa2 persiapan yg perlu dilakukan.
saya berharap sangat saudra membalas komen saya ini
terima kasih,

ABATASA said...

Salam saudara OG

Tidak mengapa, kan kita semua masih belajar... mencari kebenaran. Saya sudah ke blog KubraZamanyNews. Begitu panjang soalan saudara, baguslah mempunyai semangat untuk mengetahui sesuatu dengan mendalam.

Syuib bin Salleh yang disebut oleh datuk zamany itu hanya penyamar sahaja. Sama seperti mereka yang mengaku sebagai Imam Mahadi. alMansur juga Pemuda Bani Tamin a.k.a. Syuib (lihat hadis diatas disebut Asoib dari timur no. 3, 6, 13, 15. dia juga yang bertemu haris harras sebelum menyerahkan daulah kepada alMahdi) itu belum muncul lagi... Yang ditemui di Indonesia itu mungkin orang upahan THH untuk memancing susuk sebenar Asshuib tersebut - bukan nama sebenar beliau.

wa

ABATASA said...

Saudara ali. salam

Terima kasih kerana berminat mengetahui perkara ghaib yang telah disampaikan oleh junjungan saw itu. Sehingga hari ini para pengkaji baik yang beragama Islam atau bukan Islam masih buntu dan tidak dapat meneka segala perkhabaran ghaib tersebut. Perang armageddon adalah sebuah cerita yang dipetik dari beberapa riwayat israiliat dan juga dalam kandungan kitab "bible" orang kristian.

Berbagai pendapat mengenainya tetapi yang lebih popular ialah peperangan antara tentera Tuhan (God) menentang Dajjal (anti-christ). Ini versi bible: Ia berlaku apabila sungai Dajlah telah kering sebagai laluan pasukan "King of the East" (versi Islam: Pemuda Bani Tamim - pembawa Bendera Hitam dan pengikutnya)menyeberanginya menuju ke Palastin menentang Dajjal.

Bagi umat Islam, hadis junjungan saw sudah cukup banyak menceritakan mengenainya walaupun tidak menyebut "armageddon". Sebahagiannya adalah seperti yang saya sebutkan diatas.

Persoalan mengenai kelumpuhan teknologi seperti yang saudara sebut itu hanyalah salah satu andaian para pengkaji termasuk ahli sains moden. Bagi kaum Muslimin pula ia dipersetujui bagi mennyesuaikan dengan sabda junjungan saw, namun ia bukanlah mutlak. Boleh jadi begitu atau sebaliknya hanyalah satu kiasan sahaja.

Walau apapun, kita sememangnya berada pada fasa terakhir "akhir zaman". Tidak mustahil gelombang pusaran magnatik chakrawala melumpuhkan sistem gelombang di bumi. Memandangkan penggunaan sistem eletronik dan radio aktif telah digunakan secara meluas (hampir kesemua peraslatan), seluruh sistem tamaddun manusia akan menjadi kaku dan hilang fungsi. Tiada lagi api letrik, tiada lagi air paip apatah lagi jentera perang supersonik. Semua akan menjadi sejarah.

Nasihat saya, bersedialah hadapi itu semua dengan mendekatkan diri kepada Allah. Berbanyakkah selawat dan tasbih... insyaAllah sauadara akan terselamat.

Orang Gombak said...

Salam saudara Abatasa,

Terima kasih atas kenyataan saudara yg sedikit sebanyak bisa meyakinkan saya. Jadi benarlah dugaan saya yg mengatakan cerita yg diceritakan oleh Atok Zamany tsbt adalah org atau jiwa yg berlainan dgn Syuib Bin Salleh yg dimaksudkan pada akhir zaman ini.

Kalau begitu, sudah faham lah saya. Dan jagalah ia, jangan bocorkan di tempat yang salah ya. :)


Merujuk komen saudara kepada saudara Ali, satu soalan dari saya, jika saudara dapat jawab...

11 Rejab 1433H jatuh pada hari apa??


WAllahua'lam,
Wassalam...

ABATASA said...

sdr OG salam kembali.

Atok Zamany tidak akan beritahu walaupun dia tahu,... rahsia besar. Lipat bumi (ada yang panggil "sapu angin") pun dia tahu tu. Pun rahsia juga. Guna bila benar-benar perlu sahaja.

Terima kasih atas nasihat saudara itu, insyaAllah saya akan lebih berhati-hati.

Nak teka nih,
hmmm jumaat? aha agak saja.... hari apa ye sebenarnya?

Mahmadun 'Abd ALLAH said...

Salam.

Sememangnya 99% orang Islam sedang sesat dalam sangkaan beriman. Mereka salah tafsir Syahadah Tauhid dengan meletakkan kurungan (yang berhak disembah). Saya telah laknat seorang atau 2 orang ulamak yang telah mati dalam blog MO. Pengikut mereka berpegang bahawa dengan tidak menyembah berhala saja sudah berlepas diri dari syirik padahal mereka terlepas pandang ajaran Nabi (s.a.w) sambungan Syahadah Tauhid, "wahdahu la sharika lahu (Yang Esa, tiada dipersekutukan dengan sesuatu apa sekali pun...dengan sesuatu apa sekali pun...dengan sesuatu apa sekali pun...ingatlah sampai kiamat!)".

Mereka bersangka 72 golongan sesat, 1 golongan yang selamat hanyalah Ahli Sunnah wal Jamaah yang paling besar padahal 1 golongan yang selamat cuma 1/73 ~ 1% dari umat Islam bertaraf para Auliya yang tidak pernah belajar di Al-XXXXX kerana disitulah yahudi berselindung disebalik jubah guru.

Tahniah kpd Bani Jawi kerana telah bangun setelah tidur setelah lebih 200 tahun. Tahniah juga kerana telah faham rahsia di sebalik rahsia nama. Sekarang kita mula nampak apa yang dimaksudkan dengan "tipu helah-NYA Maha Hebat".

Sekarang kita renung pula ke hakikat. Adakah ALLAH menciptakan Zat...atau adakah Zat mewujudkan ALLAH? Bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir-lah setiap saat sampai bergetar ibu jari kaki kiri agar mendapat jawapan-NYA.

aliffmy said...

Salam, terima kasih saudara Zaidi Ali, semoga saudara dirahmati Allah swt. Memang benar apa yang saudara sebutkan itu, ramai yang tergelincir dalam sangkaan. 1 golongan itu pula terbahagi 3, hanya satu dari tiga itu yang benar2 selamat. Jika kita termasuk kalangan 1/73 pun dikira cukup baik... semoga mendapat hidayah berterusan... amin.

ali said...

Terima kasih saudara abatasa,
kerana sudi membalas komen saya.
saya akan cuba berubah dan memperbaiki diri saya yg berdosa ini.
Saya berharap umat islam akan kembali teguh dan kita semua diredai oleh allah s.w.t.

Mahmadun 'Abd ALLAH said...

Salam. Rahmat-NYA juga kepada sdr. alFAz.

Kita semua ibarat pelakon filem AKUKEBUMI FANTASIA. Perlu kenali Tuan Pengarah dan fahami Skrip baik-baik supaya kita dapat menghayati watak 'Abdullah dengan sepenuh ikhlas, khusyuk serta tawadhuk. Cuma belum pasti lagi siapa Pelakon Mukhlisin Terbaik.

Anonymous said...

Teringat video Teknologi Zikir pemindahan kubah di suatu "pulau"... di sana kah?

Mahmadun 'Abd ALLAH said...

Salam [Yg dimuliakan-NYA sdr Abatasa].

Semakin saya menghayati Al-Quran dan Al-Hadith, semakin risau saya dibuatnya. Apabila dibandingkan HR Bukhary dgn HR Muslim dgn HR Abu Dawud dgn Malik Muwatta semakin bertambah2 risau. HR Bukhary lebih nampak 'genuinity' namun ada sikit yg palsu. Dalam HR Muslim teramat banyak yang dipinda. Bukan Imam Bukhary / Muslim yg meminda. Masalah pd perawi. Banyak juga riwayat yang bercanggah dgn sifat2 ALLAH, Nur Malaikat dan Nur Muhammad. Banyak juga yg bersifat bid'ah. Bid'ah2 dan riwayat Israiliyat ini banyak menyumbang kepada kesesatan akidah dan ibadah. Apabila saya hayati Surah Yunus (Alif Lam Raa) semakin saya rasakan ayat-ayat "Katakanlah..." sebenarnya merujuk kepada seluruh manusia yg memohon hidayah-NYA. Pemahaman intipati surah Yunus ialah: Ikut Al-Quran, ikut Sunnah Muhammad, ikut sunnah semua Rasul Utusan tetapi JANGAN ikut golongan yang memesongkan takwil-takwil dan memutar-belit Ayat dan Hukum ALLAH yg telah lengkap sempurna. Hidayah cuma datang dari ALLAH dan bukannya dari imam2 di kalangan manusia. Di akhirat kelak akan ditanya (rujuk surah Yunus):
1) Kenapa kamu berpaling setelah datang hidayah?
2) Kenapa kamu tidak ikut Al-Quran?
3) Kenapa kamu mengada-adakan hukum?
4) Kenapa kamu mengikut saja tanpa meneliti?
5) Kenapa kamu tidak memahami sendiri Al-Quran tetapi percayakan takwil orang lain?
6) Siapa imam-imam kamu?
7) Siapa Empunya syafaat & perlindungan?
8) Kenapa ikut bida'ah?
9) Kenapa tidak ambil tahu kalimah-kalimah ALLAH?
10) Bukankah tanggungjawab masing-masing mengetahui hal agama? Bukankah balasan akhirat hak individu.
11) Bukankah ALLAH telah beri peringatan berkali2?
12) Kenapa kamu tidak mohon petunjuk dari Ayat-ayat ALLAH?

Maka dipanggillah semua imam2, pemimpin2, thoghut2 sembahan, ahli-ahli kitab penyesat agama, ulamak2 yang tak takut Tuhan, ustaz-ustaz yg jahil berhukum, jemaah-jemaah yang lalai dan diadili dengan sehalus-halusnya segala ibadah dan kesesatan yg manusia lakukan.

"Hidayah hanya datang dari Tuhan Yang Maha Menunjuki...bukan dari manusia biasa yg bukan rasul, kerana manusia biasa tidak dapat lari dari cengkaman syaitan dalam qalbi."

Firman2 penting:
اتَّبِعُوا مَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ مِنْ رَبِّكُمْ وَلَا تَتَّبِعُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ ۗ قَلِيلًا مَا تَذَكَّرُونَ
"Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengambil wali (pemelihara) selain-Nya. Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran (dari Al-Quran)."(QS.7:3)

قُلْ هَلْ مِنْ شُرَكَائِكُمْ مَنْ يَهْدِي إِلَى الْحَقِّ ۚ قُلِ اللَّهُ يَهْدِي لِلْحَقِّ ۗ أَفَمَنْ يَهْدِي إِلَى الْحَقِّ أَحَقُّ أَنْ يُتَّبَعَ أَمَّنْ لَا يَهِدِّي إِلَّا أَنْ يُهْدَىٰ ۖ فَمَا لَكُمْ كَيْفَ تَحْكُمُونَ

Katakanlah: "Apakah di antara sekutu-sekutumu ada yang menunjuki kepada Haq?" Katakanlah: "ALLAH-lah yang menunjuki kepada Haq". Adakah DIA yang menunjuki dengan Haq itu lebih berhak diikuti ataukah orang yang tiada diberi petunjuk, melainkan dia diberi petunjuk? Mengapa dengan kamu? Bagaimana kamu memutuskan?

Saya setuju 99% umat Islam sedang bersangka beriman sebaliknya dalam kesesatan akidah & bid'ah ibadah. Apa nak jadi? Hanya ALLAH-Hu Al-Makar yang mampu mengubahnya!

Berpeganglah kepada perjanjian Al-Quran dan Sunnah Nabi yg sebenar-benarnya dari Yang Maha Benar semoga tidak kita tersesat. Amin!

Mahmadun 'Abd ALLAH said...

maaf. Ayat kedua dari QS. Yunus Ayat 35.

'bradokapak' said...

Jikalau hati adalah sultan,

Maka akal adalah menterinya;

Jikalau nafsu adalah syaitan,

Maka puasa adalah pengikatnya.

Raihlah Ramadhan kali ini dengan penuh makna. Sambutlah kedatangannya dengan gembira. SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1431H daripada kami, warga kerja di BK.blogspot kepada anda semua para pembaca. Puasa jangan tak puasa!! :)

Al Mahadaya said...

Nabi Mahamada adalah nabi dari keturunan Melayu dan hamba bakal buktikan. Di dlm Al Quran, tidak terdpt tempat yg bernama Mekah. Nabi hijrah dari kota Mekah ke Madinah dan dimanakah kota Mekah ini? Aceh dan Kelantan disebut serambi Mekah, jadi dimanakah sebenarnya Mekah? Penipuan arab dibuat dgn meletakkan baris dan tanda bagi mencipta agama Islam, maka terdpt rahsia besar yg disembunyikan iaitu agama tuhan yg sebenar iaitu agama semua nabi2, rasul2 serta org2 beriman. Agama yg tuhan redha menurut al quran ialah agama nabi Ibrahim, maka sesiapa saja yg tidak mengikut firman/perintah tuhan ini dikira kafir/engkar perintah tuhan. Boleh salahkan nabi padahal nabi dilantik tuhan hanya menyampaikan firman tuhan bukan selain itu? Hukum/perintah selain hukum/pentah tuhan jelas sesat kerana menurut al quran, tuhan adalah raja manusia, jadi sebagai raja bolehkan titah/firmannya di gantikan atau ditukar oleh hamba/nabi yg di suruh sampaikan amanat raja/tuhan? Fikir2kan kerana neraka itu adalah azab tuhan selama2nya.

abatasa said...

sudahlah tu maha daya.... anda hidup dalam igauan cuma. jangan jadi pembohong dan penipu daya...

anda mempunyai pegangan yang sangat longgar tentang agama Allah. tersangat cetek. namun merasakan anda amat arif malah lebih arif dari para wali Allah... nauzubillahi min zalika.

alQuran bukan hanya munuskrip seperti lain2nya.. hanya yang mendapat hidayah sahaja tahu segala rahsia yang tersembunyi.

berhentilah dari kerja anda yang sia2 itu. jauhilah dari api neraka yang amat panas membara. kenalilah benar2 siapa anda, siapa diri anda yang terperi, siapa sebenar2 diri anda, kenalilah sebenar2 muhammad yang wujud sebelum terbentuknya jasad adam. insaflah.

janganlah jadi: 'sesat' dan 'menyesat'kan. nauzu..

Anonymous said...

Mahadaya the real "MANGKOK SOMPEK"..ko dah takde kerje lain ke?pi laa main jauh-jauh.

Irwan Hakimi said...

Salam. Carilah siapa Pemuda Bani Tamim di blogku Lautan Biru. http://lautan-biru.blogspot.com/

Post a Comment

 
Copyright 2009 fikris hamidi. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan