Memandangkan kerajaan sedang mengambil langkah perlu, semua pihak diminta menghormati kesucian ajaran dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia seperti termaktub dalam perlembagaan.
Bagi menjamin suasana aman dan harmoni di antara penganut yang berlainan agama, maksud dan rujukan kalimah Allah dalam konteks umum hendaklah menepati sifat yang ditetapkan oleh Islam kerana amalan ini sejak sekian lama diterima baik oleh semua penganut agama lain di Malaysia,” titah Seri Paduka.
Rabu lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan perintah yang dikeluarkan sebelum ini yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah Herald-The Catholic Weekly.
Penangguhan ini berjaya diambil berikutan persetujuan Kementerian Dalam Negeri serta Ketua Paderi Roman Katolik Malaysia demi kepentingan rakyat dan negara. - Petikan Berita Harian.
"Saya menasihatkan pihak gereja untuk membuat laporan polis jika diugut atau terus menghubungi saya di talian 019-2823701 agar kita boleh bertindak," katanya.
Sementara itu, Musa berkata, polis turut memantau laman web yang dikesan menjadi batu api dengan menggalakkan orang ramai melanggar undang-undang.
Katanya, polis tidak teragak-agak untuk menahan penulis blog yang sengaja mencetuskan rasa tidak senang dan kemarahan orang ramai di bawah akta hasutan.
"Kita memantau dan memeriksa laman web serta blog dan jika kita dapati mereka menggalakkan orang ramai melanggar undang-undang, kita akan mengambil segala tindakan yang difikirkan wajar," katanya. - petikan dari Utusan Malaysia.
“Perkataan Allah itu ialah Tuhan Yang Maha Esa, tidak berbilang lebih dari satu dan tidak ada sekutu bagiNya (sama ada dinamakan bapa, anak dan apa sahaja). Allah mengikut bahasa Arab yang fasih dan nyata bermaksud, Dia Sahaja Tuhan, Yang Maha Esa, tidak ada lagi tuhan yang lain daripadaNya. Perkataan Allah itu daripada perkataan aL-Ilah dengan menambah al kepada perkataan asal Ilah yang bermakna Tuhan secara umum. Apabila diletakkan alif dan lam (al) menjadi yang khusus satunya yang dikenali dan diyakini benarnya, kemudian dimudahkan sebutannya dengan membuang beberapa huruf, maka disebut Allah. Penambahan al dalam bahasa Arab bertujuan makrifah (yang dikenali) secara khusus yang tidak boleh dikelirukan dengan kepercayaan salah, iaitu "berbilang tuhan”.
"Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain daripada Allah". Kemudian jika mereka (ahli kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam". (Surah Ali Imran: 64)
Serangan Ke Atas Gereja
Masing pihak cuba menjadi jaguh dan menafikan itu dan ini sambil membuat andaian masing-masing. Sebagai bijak pandai dalam siasah tentu sekali mereka amat sensitif kepada sejarah dan juga kesan-kesan sejarah. Mengapa mereka kelihatan tersangat dungu dalam membahaskan soal besar seperti ini. Adakah mereka benar-benar tidak tahu (perancangan yang disusun oleh musuh Islam) ataupun mereka sengaja berpura tidak tahu demi kesejahteraan 'kepentingan politik' mereka. Mustahil mereka langsung tidak faham pergerakan MASONS dan ILLUMINATI dalam melaksana agenda yang terkandung dalam "Zionis Protocols" itu.
Ulasan Datuk Ibrahim Ali mengenai isu ini, "kejadian itu seakan-akan dirancang sewaktu umat Islam mahu mengadakan demonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan Gereja Katholik selepas solat Jumaat hari ini."
Beliau mengingatkan semua pihak supaya tidak cepat membuat kesimpulan menuduh perbuatan orang Islam kerana terdapat pelbagai kemungkinan dalam kejadian tersebut.
"Perkasa (Badan NGO) tidak menolak kemungkinan ia adalah kaedah 'psikologi balikan' untuk memburukkan orang Islam dan pada masa sama meruntuhkan ekonomi negara.
"Cuba kita lihat kebetulan yang ada, sewaktu umat Islam mahu mengadakan demonstrasi, ada pula pihak yang bertindak membakar gereja," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. ..............
According to the Catholic Hierarchy organization, there are about 784,000 Catholics in our country of 24.74 million or 3.17% of the total population. Can anyone believe that such a tiny minority of the country's population could threaten the position of Islam in Malaysia or undermine the Islamic faith?
Mahathir, from whom one would expect a higher sense of public responsibility, has been reported to have said that he is concerned that the term 'Allah' may be used in such a way that could inflame the anger of Muslims, or in his own words, 'they may use it on banners or write something that might not reflect Islam'. This is a statement that stoops so low that it is almost beyond belief that it could have come from a former prime minister." Dr Lim Teck Ghee Jan 6, 10
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:“Bersegeralah kamu semua untuk melakukan amalan-amalan yang baik sebelum datang tujuh perkara: Adakah kamu semua menunggu sehingga menjadi fakir yang melalaikan diri kamu semua, atau pun kekayaan yang menjadikan diri kamu curang, atau sakit yang membawa kebinasaan tubuh badan, atau tua yang menjadi nyanyuk, atau mati dengan tiba-tiba, atau pun kedatangan pengaruh dajjal yang ianya adalah seburuk buruk makhluk yang tidak dapat dilihat yang memang dinanti-nanti kedatangannya, ataupun datangnya hari qiamat pada hal hari qiamat itu adalah hari yang paling dahsyat bencananya serta pahit pula penderitaannya”Riwayat Hadith At-Tarmizi
3 comments:
belajar banyak
salah satu coment dajjal...lihat diatas ''miss jae''
Saya dah erase... memang menjijikkan.
Post a Comment