Saturday, November 12, 2011

Terowong Syaitan - agenda 2012




The Satanic 9/11 Ritual - ILLUMINATI AGENDA 2012






Perhati dengan teliti apa yang sedang berlaku disekitar anda. Adakah apa yang mereka (Illuminati) rancang itu telah terlaksana? Jawabannya ialah mereka amat berjaya dan cemerlang.



Anda tidak perlu pergi jauh, telitilah agenda mereka dalam negara ini sudah cukup untuk anda menilai tahap keberkesanan perancangan mereka. Sejak kebelakangan ini ia menjadi semakin jelas. Banyak peristiwa yang sebahagiannya masih lagi panas dan hasilnya mampu menggoyah iman. Tujuan mutakhir mereka ialah untuk memadamkan cahaya Islam dari hati kaum Muslimin dalam mana kaum Muslimin tidak mampu berbuat apa-apa.

Illuminati dengan kerjasama secret soceity terutama Jesuits dan Fremasons telah melakukan jenayah terancang di bumi Islam. Kita harus belajar mengenali perancangan mereka agar tidak mudah terjerat. Janganlah kita menjadi ejen mereka secara percuma yang mengundang kemurkaan Allah swt. Setelah kita tahu, pastinya kita dapat segera keluar dari laluan yang mereka aturkan.

Mengucarkacirkan masyarakat Islam dengan menganjurkan kewujudan kelompok elit yang perjuangkan Islam Liberal. Diikuti oleh tuntutan penggunaan nama "Allah" oleh pihak kristian, membuat gimik menjadikan kristian sebagai agama Persekutuan, menghina bendera negara, menghina Agong dan istana, mengajak masyarakat berdemo politik keanakan, memperbanyakkan pusat khidmat seks, mewujudkan kumpulan manusia gilakan hiburan, mencuba murtadkan orang Islam terang-terangan di bulan ramadhan, mempersempit tahap pemikiran politik, menganjurkan seks bebas dan sodom, mempersenda ibadah korban. Bahkan mereka mula menuntut itu dan ini yang semuanya bertentangan dengan Islam. Apa lagi akan mereka lakukan selepas ini sekiranya ejen mereka berjaya memerintah kelak?

Anak muda menjadi sasaran mereka. Bagi yang terpelajar, akan dihasut untuk mengagungkan budaya dan pencapaian Barat yang tentunya menjauhi Islam. Melatih anak muda agar terpesona dengan perjuangan siasah radikal berdasarkan kebebasan bersuara. Demokrasi Liberal dari Sekular menjadi tunjang pegangan kaum muda. Islam selayaknya dipelajari ala kadar dan amat serasi dengan bawaan Islam Liberal.

Mereka yang kurang terpelajar pula di pecahkan kepada beberapa kelompok yang sering mensia-siakan hidup mereka. Mereka dilekakan dengan hiburan dan ada diantaranya telah ditakluk oleh budaya liar. Gulungan yang radikal dan rendah akal diusul untuk melakukan aksi gila yang sukar diterima seperti merempit, berdisco/dadah dan mat metal.


Memandangkan golongan muda merupakan kumpulan rakyat terbanyak, sementara demokrasi sekular pula memenangkan mereka yang memperolehi undi terbanyak, golongan muda ini tentunya akan memberi undi kepada mereka yang memperjuangkan kebebasan duniawi dan keseronokan bukannya kepada yang memperjuangkan akhlak dan agama.

Anda boleh nampak dari sini ke mana demokrasi ini akan membawa kita. Masyarakat yang rosak akan dipimpin oleh mereka yang juga rosak moralnya. Pastinya kejahatan akan terus memuncak sehingga saat huru hara yang amat kita bencikan.

Janganlah anda harapkan Islam dapat diangkat sebagai pemerintah melalui sistem demokrasi sekular ini.

Selamatkan diri dan keluarga anda dari kemelut yang amat menjijikkan ini. Carilah mereka yang dapat membantu anda menghindarkan jerat musuh yang amat jahat ini.

Genggamlah syahadah sekuat mungkin sekiranya anda sudah mendapatnya dari orang yang diamanahkan mentalkinkannya. Jika belum, dapatkanlah bimbingan, berusahalah segera sebelum terlambat.

Dengan syahadah yang murni bersalsilah dari Rasulullah, insyaAllah kita akan selamat.

Saya imbas kembali perancangan mereka dan anda bandingkan dengan pelbagai peristiwa dalam negara kita sejak akhir-akhir ini.


"Behold a Pale Horse" and the Illuminati agenda. 

Here is also a list of the 25 Illuminati princples/goals that Adam Weishaupt set up after the Rothschilds started financing the Illuminati conspiracy.

The following 25 goals apply to America and the rest of the world, this is pretty much a step by step manual on how the Illuminati conspiracy works, basically explains all the long term plans they had back at the Illuminati's founding in 1776.


The Illuminati Goals

1. All men are more easily inclined towards evil than good.

2. Preach Liberalism

3. Use the idea of freedom to bring about class wars

4. Any and all means should be used to reach the Illuminati Goals as they are justified.

5. The right to lie in force.

6. The power of our resources must remain invisible until the very moment it has gained the strength that no cunning or force can undermine it.

7. Avocation of mob psychology to control the masses.

8. Use alcohol, drugs, corruption and all forms of vice to systematically corrupt the youth of the nation.

9. Seize property by any means

10. Use of slogans such as equity, liberty, fraternity delivered into the mouths of the masses in psychological warfare

11. War should be directed so that the nations on both sides are placed further in debt and peace conferences conducted so that neither combatant obtains territory rights.

12. Members must use their wealth to have candidates chosen and placed in public office who will be obedient to their demands and will be used as pawns in the game by those behind the scenes. Their advisors will have been reared and trained from childhood to rule the affairs of the world.

13. Control the press.

14. Agents will come forward after fermenting traumatic situations and appear to be the saviors of the masses.

15. Create industrial depression and financial panic, unemployment, hunger, shortage of food and use this to control the masses or mob and then use the mob to wipe out all those who stand in the way.

16. Infiltrate into the secret Freemasons to use them for Illuminati purposes.

17. Expound the value of systematic deception, use high sounding slogans and phrases and advocate lavish promises to the masses even though they cannot be kept.

18. Detail plans for resolutions, discuss the art of street fighting which is necessary to bring the population into speedy subjection.

19. Use agents as advisors behind the scenes after wars and use secret diplomacy to gain control.

20. Establish huge monopolies that lean toward world government control.

21. Use high taxes and unfair competition to bring about economic ruin by control of raw materials. Organize agitation among the workers and subsidize their competitors.

22. Build up armaments with Police forces and Soldiers sufficient to protect our needs.

23. Members and leaders of the one world government would be appointed by the directors.

24. Infiltrate into all classes and levels of society and government for the purpose of fooling, bemusing and corrupting the youthful members of society by teaching them theories and principles that we know to be false.

25. National and International laws should be used to destroy civilization and enslave and control the people. 




"Lihatlah Kuda Pale - Behold a Pale Horse" dan agenda Illuminati.

Berikut adalah daftar 25 prinsip / tujuan Illuminati yang telah Adam Weishaupt tetapkan selepas Rothschild mula membiayai konspirasi Illuminati.

25 matlamat berikut akan di laksana oleh Amerika dan seluruh dunia, susunan langkah demi langkah, panduan (manual) bagaimana konspirasi Illuminati akan dilaksanakan, pada dasarnya ia memperlihatkan semua rancangan jangka panjang mereka, berdasarkan arahan pengasas Illuminati pada tahun 1776.

25 Objektif Illuminati

1. Aturkan semua manusia supaya lebih mudah cenderung ke arah kejahatan berbanding kebaikan.

2. Anjurkan gerakan Liberalisme (keluar dari dogma keagamaan)

3. Gunakan idea "kebebasan" untuk melahirkan pertentangan atau krisis antara kelas masyarakat

4. Gunakan segala cara untuk mencapai Tujuan Illuminati seperti yang ditetapkan.

5. Perolehi "Hak" untuk berbohong ke atas setiap perkara yang berlaku.

6. Kekuatan sumber dan keupayaan kita harus tidak kelihatan sehingga saat benar-benar telah bersedia dan memperoleh kekuatan yang tidak boleh di permainkan atau kekuatan yang tidak boleh dirosakkan.

7.Galakkan kecenderungan untuk merusuh (secara psikologi) sebagai cara menguasai masyarakat.

8. Pergunakan alkohol, dadah, rasuah dan segala bentuk maksiat secara sistematik untuk merosakkan golongan belia.

9. Miliki harta atau aset dengan apa cara pun

10. Gunakan slogan-slogan seperti hak, kebebasan, persaudaraan sebagai pegangan rakyat jelata dalam peperangan psikologi

11. Peperangan harus diatur, sehinggalah kedua-dua pihak yang bertentangan mengalami masalah hutang yang berat kemudian dianjurkan perdamaian setelah mereka menjadi lemah (tidak lagi berupaya) untuk mengawal kedaulatan wilayah masing-masing

12. Setiap ahli perlu menggunakan kekayaan yang ada untuk menentukan "calon" yang dipilih dan ditempatkan di pejabat awam. Taat kepada tuntutan mereka dan akan digunakan sebagai bidak dalam percaturan orang-orang di belakang layar. Penasihat mereka harus dipelihara dan dilatih sejak kecil untuk menguasai urusan dunia.

13. Mengawal akhbar atau media.

14. Agen akan muncul ke depan selepas mencetus kacau bilau dan berlagak sebagai penyelamat orang awam.

15. Wujudkan kemelesetan industri dan kepanikan/kegawatan kewangan, pengangguran, kelaparan, kekurangan makanan dan menggunakannya sebagai alat untuk mengawal orang ramai ataupun perusuh dan kemudian gunakan perusuh untuk menghapuskan semua penghalang.

16. Menyusup ke dalam pertubuhan rahsia Freemason dan gunakannya bagi keperluan Illuminati.

17. Kendalikan nilai penipuan secara sistematik, dengan menggunakan "slogan" secara lantang dan ungkapan dan taburkan janji hidup mewah kepada masyarakat walaupun semua itu palsu

18. Rancang dengan teliti untuk sesuatu resolusi, membahas halacara pertempuran jalanan, mana-mana yang perlu untuk menyegerakan penguasaan terhadap penduduk.

19. Gunakan agen sebagai penasihat di belakang tabir selepas perang dan gunakan diplomasi secara rahsia untuk mengawal keadaan.

20. Bangunkan monopoli berskala gergasi menuju ke arah penguasaan kerajaan dunia .

21. Gunakan cukai yang tinggi dan wujudkan persaingan yang tidak sihat untuk membawa kehancuran ekonomi dengan menguasai bahan mentah. Aturkan pergerakan para pekerja dan biayai pesaing mereka.

22. Membina kekuatan persenjataan melalui pasukan Polis dan Tentera untuk melindungi kepentingan kita.

23. Ahli dan pemimpin-pemimpin kerajaan sedunia (OWG) akan dilantik oleh para pengarah.

24. Menyusup ke semua kelas dan tahap masyarakat dan kerajaan untuk tujuan menipu, mempermain dan merosakkan golongan muda dengan mengajar teori dan prinsip-prinsip yang kita tahu adalah palsu.

25. Undang-undang Nasional dan Antarabangsa perlu digunakan untuk menghancurkan peradaban, memperhamba dan mengawal orang ramai.



kredit untuk SufiSense

Tuesday, November 1, 2011

Hasutan ... sex ... sex ... sex..


Sia-sia sahaja kita berjuang dan berkorban. Menyangka berada dipihak yang benar. Sedangkan semuanya telah diatur dengan teliti oleh musuh Islam. Bukan Islam pula dipengaruh agar bersatu menjarakkan diri sejauh mungkin dari Islam sementara penganut Islam pula diheret dalam berbagai isu remeh temeh terutamanya perkara sensitif. Dipecah belahkan menjadi sekecil mungkin.

Kita tertipu lagi dan mungkin akan terus ditipu berterusan. Saling berbalah dan menyalahkan. Menghina sesama insan seagama dalam pelbagai ragam dan gaya. Dalam kelompok Islam ini telah dirancang supaya terbahagi kepada tiga kumpulan besar, dua darinya sangat menguntungkan pihak perancang tidak kira ke mana arah kiblat politik mereka. Pertama ialah Wahhabi dan kedua ialah Islam Liberal. Kedua-duanya mempunyai ciri yang hampir sama secara amnya. Membuahkan cara fikir ke arah Islam Moden dan disaran supaya berinteraksi bersesuaian dengan dunia nyata. Pihak ketiga telah dituduh sebagai golongan Islam orthodox, ketinggalan zaman dan berfikiran kolot. Kini wujud satu gerakan mempertikai setiap saranan dan pandangan ulama yang berpegang kepada konsep Ahlussunah wal Jamaah.

Malapetaka ini menjadikan Islam semakin layu dan tidak mendapat sambutan dari pencari kebenaran. Dakwah menjadi semakin berkecamuk. Pendakwah pula bukan terdiri dari mereka yang arif atau benar-benar berilmu menyebabkan Islam mudah dipersenda. Kita dihidangkan pendakwah bekas "seniman" yang telah mendapat hidayah bertukar menjadi penceramah. Malangnya yang didakwahkan hanyalah mereka yang telah pun Islam, bukannya orang bukan Islam. Tidak salah, malah kita berbangga dengan kehadiran bekas "seniman" sebagai pendakwah tetapi biarlah ia berlandaskah kalimah tauhid dan penuh ikhlas tidak menjadi pendakwah parti politik untuk menarik undi.

Akibat dari suasana ini, ramai yang menjadi mangsa. Sebahagian penganut Islam yang sedang mencari jalan pulang juga turut terkeliru dengan pelbagai "fatwa" yang memihak kepada sesuatu puak. Kecenderungan ini menjadi semakin parah. Bukan akidah menjadi tunjang dakwah tetapi lebih menjurus kepada menyalahkan pihak lain dalam permasalahan agama. 

Kegairahan politik jelas memberikan kesan besar kepada kemunduran ini, dan kita pastinya semakin dihanyutkan arus ke lembah "kejahilan" dan akhirnya tidak akan faham apakah itu "Dua kalimah Syahadah" kerana asyik bertengkar mengenai hukum hakam dan pendekatan. 

Bagaimanakah keadaan jenerasi selepas kita? Amat membingungkan. 

Sex telah diangkat sebagai satu subjek penting dalam kehidupan. Di mana-mana terserlah siaran mengenai ""sex"". Bermula di TV, filem, video, majallah dan akhbar, apatah lagi internet rata-rata memuatkan iklan dan adegan sex untuk menyalurkan pemikiran manusia ke arah sex terlarang. Tiada siapa dapat keluar dari kongkongan ini, malah anak kecil yang belum tahu apa itu sex juga sudah mula tertarik kepadanya dan cuba memikirkan apa itu "sex".

Tarikan awal yang menyuntik keinginan untuk mendapat "kelazatan" liar ini disogok pula dengan berbagai kempen yang menyongsangkan kepercayaan agama. Matlamat mereka ialah semua manusia akan meninggalkan kepercayaan agama, jika pun masih dikatakan mempunyai agama, ia cumalah di atas kertas sahaja. Cara hidup mereka tidak ubah seperti haiwan melata. 

Setelah hubungan sex berlaian jantina menjadi laris dan mendapat tempat, hubungan sex luar tabie pula diperiklankan. Negara yang tidak menyokong perjuangan mereka akan dianggap sebagai "kejam" dan dilabel sebagai tidak melaksanakan "hak asasi" manusia sebagaimana sewajarnya. Negara-negara ini akan terus dibelasah dan dimusuhi sehinggalah mengalah terhadap desakan mereka. 

Pemimpin yang mempunyai pengaruh akan diperangkap supaya melakukan aktiviti seksual terlarang, ada diantaranya akan tersalah langkah dan terjerumus dengan mudah ke dalam perangkap yang disediakan. Kemudiannya "berita" disebarkan dalam media. Oleh kerana peristiwa ini melibatkan orang terkemuka, serta-merta ia diangkat sebagai satu skandal. Berita sensasi seperti ini tentulah mendapat perhatian ramai. Sex telah dapat dipromosi dan dijaja ke segenap pelusuk daerah termasuk kampung pendalaman.

Akhbar juga mengambil kesempatan melariskan jualan. Iklan murah ini akan menghadiahkan pelbagai keuntungan kepada pencaturnya. Selain meruntuh nilai dan memalukan penganut sesuatu agama, ia juga dapat "menarik" masyarakat dunia terhadap "kehebatan sex" dan nikmatnya yang pastinya akan membawa kerosakan moral.. Huru-hara sosial dan meruntuhkan keharmonian keluarga. Jesuits seperti menadah nyiru untuk memurtadkan sebayak mungkin orang Islam yang telah terbelenggu dan hilang pedoman. Inilah formula yang dipakai untuk melumpuhkan komuniti Islam di dunia termasuk di negara ini.

Pencatur ini tidak lagi layak dipanggil manusia sebaliknya hanya sesuai dipanggil syaitan. Mereka tidak pernah ambil peduli apa yang masyarakat anggap. Mereka lebih gembira melihat keruntuhan tamaddun manusia terutama musuh terakhir mereka iaitu Islam. 

Masyarakat baru (sekarang dan akan datang) akan terus terpesona dengan iklan yang dipaparkan setiap hari. Mereka terpedaya dengan mudah (mind control) dan akhirnya secara terpaksa mempercayai bahawa semua ini adalah wajar dan adil. Untuk menjaga maruah, mereka terdesak dan cuba mencari alasan untuk mewajarkannya. Semakin moden manusia itu semakin jauh mereka dari "kebenaran" dan akan terus dihasut untuk menghalalkan "kepalsuan". Kejahilan yang dipaksakan ini akan terus memberi kesan negatif dan tentulah tidak mudah melepaskan diri darinya. 

Untuk mempermudahkan mereka melakukan kejahatan terhadap diri sendiri, umat Islam yang telah dimangsakan ini akan mengalih perhatian kepada Islam Liberal yang jelas tidak begitu pentingkan peraturan agama. Akhirnya mereka menuju ke arah "murtad" secara sah. Itulah klimaks segala caturan Jesuits yang amat licik.

Fitnah yang mengelabui hati setiap individu kini akan menjadi semakin berkecamuk dan akan tiba waktunya ia menjadi kronik. Sukar dipastikan dimana silapnya. Berlakulah insiden saling salah menyalahkan. Ada yang salahkan pemerintah (lazim), ada pula yang salahkan ibu bapa dan tidak kurang pula yang menyalah para ulama. Jarang terdengar kumpulan yang menyalahkan "diri sendiri" termasuk mereka yang berkedudukan tinggi dalam agama dan disanjung sebagai orang alim.

Masa ini adalah paling sesuai Dajjal menzahirkan dirinya, maka berduyun-duyunlah manusia mengikutinya Malang yang menimpa Umat Terakhir ini amat dahsyat, tiada siapa dapat selamatkan mereka kecuali beruasaha membersihkan diri sendiri mulai dari sekarang. Untuk itu. carilah syahadah murni yang tidak tercemar dan genggamlah seeratnya. Berbaiahlah kepada manusia yang diamanahkan memegang kunci syahadah ini sebelum diperdaya Iblis.

Pesanan: Jauhilah himpunan manusia penganut Iblis "Queer Without Fear"

Wallahu a'lam.

 
Copyright 2009 fikris hamidi. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan