Saturday, October 8, 2011

Mala Petaka untuk Malaysia bila toleransi umat Islam semakin dicabar


Raja-Raja Melayu sangat prihatin terhadap masalah perpaduan ummah di hari ini. Ummah kelihatan berada dalam babak yang begitu taksub untuk menang 'sorak' tanpa memikirkan kampung lamannya mungkin tergadai.

Raja-Raja sedang memerhatikan pendirian taksub kepimpinan politik di kalangan ummah, memilih untuk berpatah arang berkerat rotan, bergembira melihat yang kalah menjadi abu dan berpuas hati walaupun yang menang akan menjadi puntung-puntung arang; pimpinan politik di kalangan umat Islam hari ini tidak lagi menghayati semangat biduk berlalu kiambang bertaut.

Dalam suasana pimpinan politik di kalangan umat Islam tidak lagi mahu bersepakat, umat Islam perlu mempunyai platform penyatuan yang kukuh - platform penyatuan yang bebas dari politik berparti.
Satu kelainan bermula. Raja dan Sultan Melayu mula mengorak langkah menjadi penghulu kepada umat. Satu perubahan positif mendaulatkan Islam di negara ini dan ini akan membantu menghalangkan serangan brutal beberapa pihak terhadap kedudukan Islam dalam Persekutuan.

Islam dinodai oleh bukan Islam dan malangnya ia diizinkan oleh individu Islam yang berkepentingan. 

Kemelut demi kemelut melanda Malaysia, negara yang selama ini diterima dengan penuh kesedaran sebagai sebuah negara merdeka yang bertuankan bangsa Melayu, ia diterima tanpa sebarang prejudis. Selama ini juga Islam telah diterima sebagai agama negara dengan rela oleh semua warganya. Sebelum ini semuanya berlangsung dengan baik, tiada usaha menggugat kedudukannya yang telah dinobatkan dengan rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan. Akhir ini, gugatan muncul bertali arus. Islam dinodai dengan rakus. Hal ini mewujudkan kecelaruan yang sungguh menyedihkan.

Tidak dinafikan kemelut ini bakal semarak menjadi krisis. Islam dirobek dan tidak mustahil ia bakal dinafikan terus jika ada peluang dan Melayu pula akan disama ratakan dengan bangsa pendatang. Tiada lagi kelebihan setelah dirampas haknya. Sedikit sebanyak ia menghiris hati dan menggurus perasaan suatu bangsa yang telah banyak berkorban menyerahkan sebahagian dari haknya kepada saudara dari bumi asing.

Negara kini bakal berdepan dengan pelbagai asakan luaran dan dalaman sama ada secara terbuka mahupun sebaliknya. Kecenderungan baru semakin meningkat. Semuanya membawa kepada kehancuran. Semua ingin dicorak semula termasuk perkara-perkara yang bersabit dengan agama. Segala-galanya mahu diubah kononnya atas nama demokrasi, hak asasi manusia, kebebasan, keterbukaan, liberalisme dan pluralisme.

Kemusnahan ummah kini akibat pencerobohan baru, berselindung si sebalik perjuangan dan kemodenan. Licik dan halus, berbeza ketika zaman lampau angkara pencerobohan Alfonso di Albuquerque, Stamford Raffles, Francis Light mahupun Yamashita.

Pencerobohan baru meliputi perlanggaran kalimah suci "Allah" sehinggalah kepada manipulasi fakta sejarah, mempersendakan lagu kebangsaan dan menghina bendera negara. Siapa dalang disebalik semua ini?

Hakikatnya semua ini akan menjadikan Islam sebagai mangsa secara langsung atau tidak. Tujahan terhadap pemerintah diseret bersama kebencian terhadap bangsa dan agama pribumi. Sesuatu yang amat menyakitkan.

Ia telah pun berlaku. Persoalannya apakah yang perlu dilakukan selepas ini? Cabaran yang dihadapi oleh umat Islam bukan di dalam dewan besar, moden dan serba dingin tetapi di luar sana - seluruh pelosok tanah air. 

Cabaran umat Islam semakin kritikal. Ekonomi orang Islam yang merupakan golongan majoriti masih jauh tertinggal dibelakang, kemiskinan terus menghantui dan menyepit, perpecahan pula menjadi-jadi dan kuasa yang ada kini semakin mendekati hujung tanduk. 

Satu kongres melibatkan umat Islam dan didokong sokongan padu raja-raja Melayu telah diadakan baru-baru ini. Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, Ia sesuatu yang luar biasa yang mana belum pernah Raja dan Sultan terutama Yang Di Pertuan Agung menghadiri kongres sebegini. Ini menunjukkan bahawa sesuatu yang gawat telah melanda bangsa ini. Maka kongres itu menuntut lebih banyak gerakan susulan untuk mencetuskan gelombang kesedaran baru. Kedudukan Islam harus dipelihara sebaiknya.

Kekuatan dan perpaduan umat Islam akan melimpahkan faedah besar buat kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia tidak mengira bangsa dan agama. Ia telah dibuktikan selama puluhan tahun. Kedaulatan Islam adalah center of gravity dalam konteks keselamatan nasional.

Pada akhir titah, Raja Nazrin sebagai pemangku Sultan perak sebak selepas menitipkan doa. Kita turut terharu sambil mengenangkan kian banyak pencerobohan baru, serta apa kesudahan nasib umat Islam di tanah air ini nanti.


"... Peruntukan 'Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai' bermakna Islam adalah agama utama di antara agama-agama lain yang dianuti di negara ini. Islam bukan setaraf dengan agama lain, bukan duduk berganding bahu atau berdiri sama tegak.

''Ia duduk di atas, ia berjalan dahulu, terletak di tempat medan dan suaranya lantang kedengaran. Ini bermakna Kerajaan bertanggung jawab memelihara, menyemarak dan mengembangkan Islam seperti mana yang termampu dilakukan oleh Kerajaan sekarang, dan agama-agama lain hendaklah diatur suai dan di hala tuju ke arah yang menjamin supaya ia diamalkan dengan aman damai dan tidak menggugat kedudukan utama agama Islam...."

Setelah 54 tahun tanah air mencapai kemerdekaan, setelah 13 Raja Melayu secara bergilir bertakhta di singgah sana Ketua Utama Negara, setelah 12 kali pilihan raya umum dilangsungkan, dan setelah enam Perdana Menteri memimpin Kerajaan Persekutuan, pentafsiran Perlembagaan dengan perspektif yang menghormati sejarah penubuhan Malaysia, amatlah penting diperingatkan semula, malah wajib terus diperingatkan sepanjang masa.

Segala persetujuan yang telah dicapai wajib dihormati. Prinsip-prinsip asas terutama menyentuh Islam dan Melayu tidak boleh sama sekali dikompromikan.

Walau apa sekalipun alasan, walau apa muslihatnya, matlamat jangka pendek oleh mana-mana pihak, jangan sampai ke peringkat menggadaikan nasib ummah di hari ini dan di hari muka.

Ummah wajib berdiri teguh - berpendirian tegas, tidak berundur ke belakang walau setapak sekalipun. Pencerobohan-pencerobohan yang dilakukan di masa lalu, hari ini perlu dibayar dengan harga tinggi oleh ummah.


Ucapan penuh Raja Nazrin pada kongres ini wajar direnung bersama bagi mentafsirkan kegawatan yang melanda umat ini sekarang.

Raja Dr. Nazrin Shah menyampaikan Titah DiRaja sempena Kongres
Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 2011
di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur,

SEGALA puji tertentu bagi Allah Subhanahu Wata'ala yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan bagi Nya (pula) segala puji di akhirat, dan Dialah saja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.

Hamba-Mu ini, dengan hati yang bening - ingatan yang hening, melafazkan seikhlas tutur dari denyut nadi - menzahirkan setulus kalam dari pancaran hati, kalimah kesyukuran yang setinggi-tingginya atas anugerah rahmat dari Mu jua Ya ALLAH, mengangkatkan martabat Hamba-Mu ini untuk menyempurnakan satu tanggung jawab fardu kifayah di pagi ini.

Dengan segala kerendahan sifat - kelemahan kudrat, hamba-Mu mohon mendapat petunjuk dan panduan dari Mu jua.

Selawat dan kesejahteraan ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, semulia-mulia kejadian. Demikian juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda yang merupakan bintang-bintang penunjuk mencernakan cahaya, seterusnya ke atas sekalian para Tabiin dan para ulama yang berperanan sebagai penyuluh daripada kegelapan. Semoga memperoleh ihsan daripada Allah SWT sehingga ke hari kebangkitan.

"Wallahi, Wabillahi, Watallahi' Maka dengan lafaz ini berikrarlah kami dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana Undang-undang dan Perlembagaan Negeri yang telah disah dan dimasyhurkan dan yang akan disah dan dimasyhurkan di masa hadapan ini.

Dan lagi kami berikrar mengaku dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam negeri."

Demikian lafaz ikrar sumpah jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara. Status Ketua Utama Negara bukan sekadar simbol hiasan. Status Ketua Agama Negara menuntut kepada penyempurnaan tanggung jawab besar memenuhi amanah.

Terkandung lima kata kunci dalam sumpah jawatan tersebut iaitu: Undang-undang, Perlembagaan Negeri, Agama Islam, Adil dan Aman. Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia ini, dianjurkan, menyusuli ketetapan yang diperkenankan dalam Persidangan Majlis Raja-Raja.

Menjunjung titah duli-duli yang maha mulia raja-raja, patik merafak sembah junjungan kasih setinggi-tingginya atas limpah perkenan duli-duli tuanku, memberikan pengiktirafan ke atas batang tubuh patik, menyempurnakan hasrat duli-duli tuanku, untuk patik menzahirkan titah diraja atas tema 'Majlis Agama Islam Pemacu Transformasi Ummah'.

Setiap yang tersurat dizahirkan dari yang tersirat. Ketetapan Majlis Raja-Raja memperkenankan kelangsungan Kongres ini, perlu direnung secara tajam, diamati secara halus dan diselami secara mendalam.

Betapa keprihatinan yang tersirat dalam ruang minda Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja Melayu tentang senario semasa negara; senario semasa negara yang harus dirangkaikan dengan lima kata kunci yang terkandung dalam sumpah jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong; senario semasa negara berkaitan Islam, survival ummah dan perpaduan ummah, soal keluhuran Perlembagaan, soal kedaulatan undang-undang, soal keadilan, soal keamanan; serta lebih utama keprihatinan duli-duli yang maha mulia itu, sebagai pewaris kepada tujuh wasiat yang telah diperkenankan kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu oleh sembilan Raja Melayu pada tarikh 5 Ogos 1957, lalu memberikan perkenan menurunkan tanda tangan persetujuan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Perlembagaan Persekutuan secara nyata menetapkan kewajipan penting Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, selaku Ketua Utama Negara untuk memelihara kesucian agama Islam pada setiap masa.

Tanggung jawab penting tersebut didukung bersama oleh sembilan Raja Melayu di negeri-negeri. Tanggung jawab penting tersebut telah sekian lama diamanahkan kepada Raja-Raja Melayu dan Raja-Raja Melayu telah menyempurnakan amanah tersebut dengan memastikan kesucian Islam tidak ternoda, syiar Islam terus dikembangkan dan umat Islam dilindungi dari penyerapan fahaman lain hingga boleh dimurtadkan.

Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada negeri menggubal undang-undang untuk mempertahankan agama Islam dan penganutnya dari dipengaruhi unsur-unsur agama lain.

Islam mula berakar di negeri-negeri Tanah Melayu sejak kurun ke-14. Islam terpahat kukuh di persada sejarah negara. Islam telah tersebar di negeri-negeri Kedah, Kelantan, Pahang dan Terengganu lebih awal dari Melaka.

Dengan pengislaman Raja Melaka dalam tahun 1409, Islam bertapak lebih kuat di alam Melayu, dijadikan agama rasmi Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1458) Kesultanan Melaka dianggap sebagai salah sebuah Kerajaan Islam yang ulung di Asia Tenggara, berperanan sebagai pusat penyebaran Islam di Nusantara.

Risalah Islam memberikan impak besar kepada jiwa dan minda masyarakat Melayu. Islam mengisi kandungan rohani, begitu serasi - begitu sebati dengan jiwa dan budaya Melayu.

Ajaran Islam diterima pakai sebagai asas yang mutlak dalam kehidupan umat Melayu di Malaysia. Islam mengubah anutan agama umat Melayu kepada satu agama wahyu yang ditanzilkan oleh Allah SWT.

Proses pengislaman di alam Melayu berlangsung dalam masa yang singkat dan merupakan tenaga terkuat yang mencorakkan kepercayaan, nilai dan sikap masyarakat.

Ajaran Islam cepat menyerap di kalangan umat Melayu kerana Islam merupakan satu keratan lapisan yang diletakkan atas sistem kepercayaan yang sedia wujud, memperlihatkan kebijaksanaan umat Melayu melakukan asimilasi, menyesuaikan sistem kepercayaan lama dengan yang baru.

Islam memberi dimensi baru kepada minda Melayu. Ia telah mencetuskan satu revolusi pemikiran di kalangan umat, berupaya menyemai nilai dan semangat keagamaan yang luhur. Islam telah merobah bukan sahaja struktur zahir masyarakat Melayu malah turut menyentuh struktur batinnya.

Berpalinglah pandangan hidup umat Melayu, gugur dari singgahsana alam seni dan mitos yang khayal, berpindah ke alam akal dan budi yang menuntut kepada gaya tertib yang lebih teratur, berjaya membina daya rasionalisme dan intelektualisme di kalangan umat, mengangkat adab dan susila serta kesedaran terhadap kemuliaan insan dan keagungan Tuhan.

Beberapa pengubahsuaian lantas berlaku dalam sistem pemerintahan dengan pengenalan identiti baru. Raja dan kerajaan diberi taraf baru, menghapuskan konsepsi lama yang menganggap Raja sebagai 'penjelmaan tuhan di bumi', status yang meletakkan Raja sama taraf dengan tuhan, beralih kepada konsepsi bahawa Raja adalah 'bayangan ALLAH di muka bumi (zillulah fi al-Ard)" . Hubungan batiniah Raja dengan para dewata ditinggalkan, di sebaliknya talian spiritual dirangkaikan dengan Allah dan Rasul serta kekudusan tokoh para aulia dan anbia.

Berdasarkan konsepsi baru ini, Raja hanya bertaraf wakil atau khalifah di bumi dengan sifat-sifat kemanusiaan. Kuasa Raja disandarkan dengan hukum kerana Raja juga tidak boleh mengingkari tuntutan syarak. Kemuliaan Raja dinilai dari sudut amal makruf Baginda menyempurnakan tanggung jawab, lantas menginsafkan Raja bahawa kuasa pemerintahan adalah satu amanah ILAHI yang sama sekali tidak boleh disalahgunakan.

Raja wajib menjunjung amanah pemerintahan dengan melaksanakan keadilan untuk kesejahteraan rakyat mengikut hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Islam dan Melayu adalah tunggak utama Tanah Melayu. Undang-undang Islam diguna pakai untuk mentadbir negeri-negeri di Tanah Melayu. Melaka telah mengkanunkan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka berdasarkan Hukum Syarak. Di Perak, Undang-Undang 99 juga digubal berdasarkan prinsip Hukum Syarak; Terengganu, Kelantan dan Kedah menyerap pengaruh Islam dalam pentadbiran masing-masing.

Selepas kejatuhan Melaka, kerajaan-kerajaan Melayu di Tanah Melayu meneruskan tradisi pemerintahan beraja yang kekal berpandukan undang-undang Islam sehingga munculnya penglibatan Inggeris dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu.

Inggeris telah memisahkan urusan pentadbiran negeri dengan agama Islam. Proses peralihan kepada sistem pentadbiran perundangan Inggeris telah dilakukan dari negeri ke negeri. Hal ehwal Islam ditadbirkan secara berasingan dengan penubuhan institusi-institusi khusus untuk urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu.

Di Perak, pentadbiran Islam dipertanggungjawabkan kepada beberapa Orang Besar Negeri yang dilantik oleh Sultan. Salah seorang Orang Besar Delapan, Imam Paduka Tuan dilantik memegang jawatan Kadi.

Di pertengahan abad ke-19, terdapat gelaran-gelaran Imam Seri Raja Kota Lama Kanan, Imam Siraja Pakih Kota Lama Kiri, Imam Malaikat Amin Ketior, Imam Siraja Diraja Geronggong, Imam Seri Jidin Sayong, Imam Siraja Mahkota Bota, Imam SyakuI-Islam Pasir Salak dan Imam Siraja Dalam Istana Sultan.

Dalam abad ke-20, Majlis Orang Besar-Orang Besar dan ulama ditubuhkan untuk mengambil tanggung jawab mengurus tadbir hal ehwal Islam di Perak .

Amat ketara, urus tadbir berpaksikan Islam yang merangkumi aspek perundangan, toleransi, ekonomi dan sosial ketika itu, telah diterima sebagai cara hidup masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama di bumi ini .
Pengiktirafan tersebut selanjutnya diterjemahkan melalui kes Raman - lawan Laton, apabila Mahkamah Rayuan bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu memutuskan bahawa Islam adalah 'lex loci of the land'.

Begitu ketara Inggeris mengakui hakikat bahawa Islam merupakan satu-satunya agama yang diiktiraf sebagai agama bagi negeri-negeri Tanah Melayu, berkedudukan tertinggi berbanding agama-agama lain.

Berasaskan hakikat tersebut, Hakim Abdul Hamid yang menganggotai Suruhanjaya Reid telah bersetuju dengan memorandum yang dikemukakan oleh Parti Perikatan supaya Islam dijadikan agama bagi Persekutuan Tanah Melayu.

Parti Perikatan adalah gabungan parti-parti politik yang mewakili masyarakat Melayu, masyarakat Cina dan masyarakat India, tiga kaum utama di kalangan penduduk Tanah Melayu.

Dengan pertimbangan bahawa sudah terdapat 15 negara di dunia ketika itu meletakkan agama dalam Perlembagaan mereka, Hakim Abdul Hamid mengakui bahawa Islam memiliki kedudukan istimewa di negeri-negeri Tanah Melayu dengan menyatakan:

"If in these countries a religion has been declared to be the religion of the State and that declaration has not been found to have caused hardships to anybody, no harm will ensure if such a declaration is included in the Constitution of Malaya.


''In fact in all the Constitutions of Malayan States a provision of this type already exists. All that is required is to transplant it from the State Constitution and to embed it in in the Federal".

Tradisi pengiktirafan Islam sebagai agama Negara telah diterjemahkan melalui persetujuan yang dicapai oleh kaum-kaum dan kumpulan-kumpulan agama yang menghuni Tanah Melayu untuk menerima Perkara 3(1), meletakkan di dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan Perkara 3(2) untuk menjamin hak-hak, keistimewaan, kuasa prerogatif Raja-Raja di negeri-negeri.

Islam adalah 'Magna Carta', satu kontrak sosial yang tersirat, dan adalah komponen yang terkandung di dalam Perlembagaan, satu kontrak sosial yang tersurat di negara ini.

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang diperlengkap dan diperkukuh dengan beberapa peruntukan lain, telah memartabatkan Agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan; dan hakikat akan penerusan kedaulatan Raja-Raja Melayu di Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya di kenali sebagai Malaysia.

Adalah penting untuk Perlembagaan Persekutuan ditafsirkan secara menyeluruh untuk memastikan kesemua peruntukan yang terkandung di dalamnya adalah berikat dan berkuasa.

Perkara-perkara utama mengenai Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh ditafsir secara harfiah.

Ia perlu ditafsirkan secara holistik, dikaitkan dengan peruntukan-peruntukan lain yang berkaitan, demi memastikan, tujuan sebenar peruntukan-peruntukan tersebut tidak dimanipulasikan hingga menidakkan hak yang nyata kepada umat Islam.

Dalam kes Dato' Menteri Othman Baginda & Anor melawan Dato Ombi Syed Alwi bin Syed Idrus , Ketua Hakim Negara ketika itu, Yang Amat Arif Raja Azlan Shah memutuskan antara lain:

"In interpreting a constitution two points must be borne in mind. First, judicial precedent plays a lesser part than is normal in matters of ordinary statutory interpretation. Secondly, a constitution, being a living piece of legislation, its provision must be construed broadly and not in a pedantic way - with less rigidity and more generosity than other Acts" (see Minister of Home Affairs v Fisher (1979) 3 All ER 21)

Yang Amat Arif Raja Azlan Shah seterusnya menyatakan:

"It is in the light of this kind of ambulatory approach that we must construe our Constitution. The Federal Constitution was enacted as a result of negotiations and discussions between the British Government, the Malay Rulers and the Alliance Party relating to the terms on which independence should be granted. One of its main features is the enumeration and entrenchment of certain rights and freedoms. Embodied in these rights are the guarantee provisions of Article 71 and the first point to note is that, that right does not claim to be new. It already exists long before Merdeka, and the purpose of the entrenchment is to protect it against encroachment."


Segala yang terpahat di dalam Perlembagaan adalah dalam semangat menjunjung Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu yang secara tegas menetapkan antaranya, Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Tanah Simpanan Melayu diperuntuk dan dipertahankan, kedudukan istimewa Orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain dilindungi, kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah Negara kekal terjamin.

Perkara-perkara ini tidak boleh dipinda di dalam Perlembagaan semata-mata melalui suara majoriti dua pertiga ahli-ahli Dewan Rakyat atau ahli-ahli Dewan Negara tanpa perkenan Raja-Raja.

Perkara-perkara ini tidak boleh sewenang-wenangnya dijadikan modal politik untuk kepentingan politik. Perkara-perkara tersebut adalah prinsip asas, prinsip utama yang tidak boleh sama sekali diperdagangkan.

Islam adalah agama yang memiliki benteng perlindungan dan taraf keistimewaan mutlak di dalam Perlembagaan Persekutuan.


Yang Arif Hakim Mohd. Noor Abdullah dalam penghakiman kes Meor Atiqulrahman Ishak dan yang lain - lawan - Fatimah Sihi dan yang lain, telah memberikan tafsiran berikut:

"... Peruntukan 'Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai' bermakna Islam adalah agama utama di antara agama-agama lain yang dianuti di negara ini. Islam bukan setaraf dengan agama lain, bukan duduk berganding bahu atau berdiri sama tegak.

''Ia duduk di atas, ia berjalan dahulu, terletak di tempat medan dan suaranya lantang kedengaran. Ini bermakna Kerajaan bertanggung jawab memelihara, menyemarak dan mengembangkan Islam seperti mana yang termampu dilakukan oleh Kerajaan sekarang, dan agama-agama lain hendaklah diatur suai dan di hala tuju ke arah yang menjamin supaya ia diamalkan dengan aman damai dan tidak menggugat kedudukan utama agama Islam...."

Setelah 54 tahun tanah air mencapai kemerdekaan, setelah 13 Raja Melayu secara bergilir bertakhta di singgah sana Ketua Utama Negara, setelah 12 kali pilihan raya umum dilangsungkan, dan setelah enam Perdana Menteri memimpin Kerajaan Persekutuan, pentafsiran Perlembagaan dengan perspektif yang menghormati sejarah penubuhan Malaysia, amatlah penting diperingatkan semula, malah wajib terus diperingatkan sepanjang masa.

Segala persetujuan yang telah dicapai wajib dihormati. Prinsip-prinsip asas terutama menyentuh Islam dan Melayu tidak boleh sama sekali dikompromikan.

Walau apa sekalipun alasan, walau apa muslihatnya, matlamat jangka pendek oleh mana-mana pihak, jangan sampai ke peringkat menggadaikan nasib ummah di hari ini dan di hari muka.

Ummah wajib berdiri teguh - berpendirian tegas, tidak berundur ke belakang walau setapak sekalipun. Pencerobohan-pencerobohan yang dilakukan di masa lalu, hari ini perlu dibayar dengan harga tinggi oleh ummah.

Abdullah Munsyi mencatatkan bahawa dalam adat resam Melayu, pengajian al-Quran diperkenalkan kepada anak sebelum mempelajari Bahasa Melayu; tetapi Raffles pada 1810 telah menganjurkan supaya pelajaran bahasa Melayu hendaklah diasingkan dari dasar pelajaran Al-Quran. Satu arahan yang pada hakikatnya merupakan senjata halus, memulakan pemisahan pengajian Islam dalam sistem pendidikan di kalangan ummah.

Muhammad Nejatullah Siddiqi, yang dianggap penulis paling berpengaruh di kalangan generasi pertama ahli Ekonomi Islam, menghuraikan bagaimana sistem pendidikan yang diwarisi di negara-negara Islam memisahkan pendidikan sekular dengan agama lalu menghindarkan peluang kepada umat Islam menguasai pengetahuan ekonomi.

Pelbagai muslihat yang dilakukan di masa lalu, hari ini telah menidakkan ummah kepada haknya; betapa kedaulatan Kesultanan Melayu Johor terhakis sepenuhnya dari lakaran sejarah Singapura dan betapa pula Kedaulatan Kesultanan Melayu Kedah di Pulau Pinang turut dipadam, dan betapa Melaka pada hari ini sudah tidak beraja lagi; dan betapa Hukum Kanun Melayu dihakis dari menjadi sumber undang-undang setelah diketepikan dengan penerimaanCommon Law Inggeris.

Penghakisan martabat agama Islam di bumi ini bukanlah sesuatu yang tidak mungkin terjadi atau tidak dirancang secara tersirat baik dari dalam mahupun dari luar negara. 

Jika dihalusi, usaha-usaha pencerobohan terhadap Islam bukan sahaja tampak berlaku, tetapi berlaku dalam terang lagi bersuluh. Ia mungkin bermula dengan satu jamuan - satu nyanyian, satu perkhemahan - satu lawatan; ia mungkin bermula dengan segenggam garam - setahil emas, ia mungkin bermula dengan satu kalimah - satu ceramah.

Beta pernah menzahirkan peringatan bahawa pencerobohan besar bermula dari perbuatan kecil. Ia mungkin bermula dari sebuah surau, atau sebuah madrasah, atau sebuah masjid atau sebuah mimbar.

Ia bermula dari satu ungkapan, satu ucapan, satu khutbah, satu tazkirah atau satu doa; ia bermula dari pencerobohan kecil dan jika dalam menghadapi pencerobohan kecil, umat Islam masih belum insaf, masih berdegil dan masih sombong mempertahankan ego, masih memilih untuk bertelagah, maka umat Islam sebenarnya telah memberikan petanda yang salah; petanda seolah-olah menggalakkan pencerobohan lebih besar boleh dilakukan ke atas umat Islam dan terhadap institusi Islam.

Hari ini, kemusnahan ummah dan watan tidak lagi perlu menghadapi pencerobohan dari Alfonso de Alburque atau Raffles atau Francis Light atau Yamashita atau Mac Michael.

Pencerobohan-pencerobohan baru boleh berlaku melalui manipulasi fakta sejarah, melalui perbuatan mempersendakan lagu kebangsaan, melalui penghinaan bendera negara, melalui pelanggaran menghormati kalimah suci Allah yang sekian lama eksklusif kepada umat Islam. Keangkuhan semakin berlaku - toleransi umat Islam semakin dicabar.

Ummah kelihatan semakin dilemahkan, ia mungkin berpunca dari satu kenyataan, satu ungkapan. Ia mungkin berpunca daripada satu kekaburan dasar atau satu tafsiran yang salah; ia mungkin berpunca dari perlakuan rasuah atau perbuatan pecah amanah. Walau apa puncanya, ia laksana anai-anai yang semakin membesarkan busut - yang semakin mereputkan ummah.

Umat Islam wajib menghayati semangat "Bersatu teguh, bercerai roboh". Umat Islam wajib mengambil iktibar dari peristiwa penyatuan yang dicerminkan oleh kaum lain dalam mempertahankan maruah mereka.

Dua patah perkataan yang terselit di antara ribuan perkataan dalam sebuah novel, yang dianggap menghina kaum mereka, telah menyatupadukan warga berketurunan India Malaysia untuk membantah secara habis-habisan.

Meskipun tidak ada niat penulis novel untuk menghina mana-mana kaum, tetapi atas semangat mempertahankan maruah bangsa, warga Malaysia berketurunan India dari pelbagai kumpulan politik, baik yang bersama kerajaan mahupun yang tidak bersama kerajaan, para akademik dan pelbagai organisasi, bercantum tekad - bergabung usaha, bersatu suara - bersatu tindakan atas nama mempertahankan maruah.

Tuntutan mereka menghasilkan kejayaan. Semangat bersatu sedemikian atas nama maruah bangsa, sewajarnya dijadikan teladan. Islam akan terhakis apabila tanggung jawab terhadap urusan Islam gagal dipantau secara tegas. Islam telah mula dijadikan instrumen bertujuan meraih pengaruh dan mendapatkan kuasa, sehingga ke peringkat sedia berkompromi kepada perkara-perkara prinsip menyentuh akidah.

Hari ini nama suci Allah, dilaporkan telah digunapakai tanpa menghiraukan sensitiviti umat Islam - tanpa mengendahkan potensi yang boleh mengelirukan akidah anak-anak Islam - tanpa mempedulikan betapa terhirisnya perasaan ummah.

Nama suci Allah yang termaktub di dalam al-Quran diambil dan dijadikan terjemahan kepada perkataan God. Allah adalah kalimah yang amat suci di kalangan umat Islam, kini turut dinamakan kepada simbol pujaan agama lain.

Kalimah suci Allah bukan sekadar 'nama am' yang bermaksud 'Tuhan' walau apa bentuknya. Kesucian kalimah Allah amat tinggi di sisi Islam. Kalimah tersebut bila dicetak pada kertas, tidak boleh dipijak, tidak boleh dijadikan bahan bungkusan, tidak boleh dibawa ke dalam tandas. Allah adalah nama khas, Tuhan Maha Suci - Tuhan Maha Agung.

Allah adalah satu-satunya Tuhan berdasarkan Kalimah Syahadah yang dilafazkan:

"Bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah";

Amatlah bahaya jika prinsip asas agama diredakan untuk dijadikan bahan tolak ansur politik. Sesungguhnya insiden yang sedang berlaku, merupakan ujian besar kepada umat Islam di bumi ini.

Ujian yang mungkin sengaja diturunkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala terhadap umat Islam, menguji keikhlasan kepimpinan Islam di bumi ini; ujian Ilahi terhadap ketegasan umat Islam keseluruhannya, di kalangan ummah, ulama, barisan pemimpin, organisasi politik hatta Raja-Raja.

Ia adalah ujian terhadap ketegasan umat Islam untuk mempertahankan kalimah tauhid, Keesaan Ilahi, Allah yang "satu" lagi berkuasa di atas segalanya, Allah yang mengamanahkan kuasa di kalangan mereka yang telah ditentukan. Dalam menghadapi cabaran besar ini, berpegang dan yakinlah kepada kalam Allah mengikut yang terkandung dalam ayat 26 Surah Al Imran yang bermaksud:-

"Katakanlah (wahai Muhammad): 'Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki; Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"

Berpeganglah kepada kebesaran Ilahi, dengan bersendikan keteguhan iman, untuk berani menegakkan yang hak, menentang perlakuan mungkar.

Yakinlah bahawa kuasa itu adalah amanah Allah, datangnya dari Allah, dan ALLAH akan memberi berkat, memberi petunjuk, memberi perlindungan dan memberi kemenangan kepada mereka yang memiliki kekuatan untuk mempertahankan kesucian kalam tauhid.

Hanya sanya kerana politik, umat Islam jangan sampai hilang pedoman untuk tidak menghalang sesiapa sahaja "mengALLAHkan" apa sahaja yang mereka anggap tuhan. Satu keredaan yang membuka jendela kepada proses yang berpotensi menyimpangkan akidah.

Sudah terlalu lama umat Islam di bumi ini, berfikiran selesa dengan status bangsa, status agama dan status sejarah. Sudah terlalu lama umat Islam berfikiran selesa sebagai pewaris kepada tanah air pusaka bangsa.

Sudah terlalu lama umat Islam berpendirian selesa sebagai penduduk majoriti di sebuah negara merdeka, sudah terlalu lama umat Islam bersandarkan keselesaan kepada tiang politik yang disifatkan kukuh. Keselesaan umat Islam telah mengulitkan mereka leka tidur di siang hari bermimpikan bahagia.

Hari ini segala-galanya telah berlalu. Tanpa sesuatu langkah strategik - langkah berani, umat Islam dibimbangkan sedang menghitung hari, berada di ambang untuk menghadapi nasib bermusafir kelana di rumah sendiri. Ada kalanya umat Islam yang berani bersuara tentang bangsanya dan umat Islam yang berpendirian tegas untuk mempertahankan kesucian agamanya, dianggap melakukan dosa kepada negara-bangsanya.

Ummah mengimpikan pencapaian ekonomi yang lebih baik, profesion pekerjaan yang lebih baik, taraf hidup yang lebih baik, urus tadbir negara yang lebih baik.

Ummah mengimpikan pemerintahan adil lagi saksama; pemerintahan yang berlandaskan undang-undang yang tidak dilaksanakan secara diskriminasi, melalui badan kehakiman yang berintegriti; pemerintahan yang menghormati kesaksamaan gender, keadilan sosial, menyediakan kemudahan pendidikan yang dapat membangunkan potensi insan.

Ummah mengimpikan negara yang bebas dari kekacauan dan persengketaan; negara yang mengagihkan kemakmuran secara saksama. Sesungguhnya masih ada jurang di antara menggapai harapan dengan realiti, lalu mencetuskan pelbagai reaksi - pelbagai kebimbangan - pelbagai keresahan.
Raja-Raja Melayu sejak zaman berzaman memiliki sifat prihatin terhadap kelangsungan bangsa dan kesucian agama, dua perkara yang begitu dekat di hati Raja-Raja Melayu.

Rekod-rekod perundingan membuktikan, semasa era pentadbiran Inggeris, Raja-Raja Melayu senantiasa mengingatkan Inggeris untuk memastikan berlakunya perimbangan terhadap pribumi dalam program yang diperkenalkan oleh Inggeris baik dari segi pendidikan, pertahanan, pekerjaan, penghijrahan, pembukaan tanah dan pelbagai perkara lagi.

Raja-Raja Melayu sangat prihatin terhadap masalah perpaduan ummah di hari ini. Ummah kelihatan berada dalam babak yang begitu taksub untuk menang 'sorak' tanpa memikirkan kampung lamannya mungkin tergadai.

Raja-Raja sedang memerhatikan pendirian taksub kepimpinan politik di kalangan ummah, memilih untuk berpatah arang berkerat rotan, bergembira melihat yang kalah menjadi abu dan berpuas hati walaupun yang menang akan menjadi puntung-puntung arang; pimpinan politik di kalangan umat Islam hari ini tidak lagi menghayati semangat biduk berlalu kiambang bertaut.

Dalam suasana pimpinan politik di kalangan umat Islam tidak lagi mahu bersepakat, umat Islam perlu mempunyai platform penyatuan yang kukuh - platform penyatuan yang bebas dari politik berparti.

Majlis Agama Islam (MAJLIS) di bawah payung naungan Raja-Raja perlu berada di barisan hadapan memenuhi peranan kritikal ini. Roh Islam wajib dikembalikan. Islam itu adalah sumber kekuatan perpaduan yang amat hebat.

Islam berperanan sebagai penentu identiti, sebagai peta spiritual di dalam hidup, memberikan panduan dan makna, tujuan dan harapan, serta berperanan sebagai faktor tersangat penting untuk membina perpaduan. Dalam konteks negara ini, Islam memberikan identiti ummah dan identiti negara.

Islam adalah benteng pertahanan kekuatan ummah, benteng pertahanan yang gagal ditembusi oleh setiap kuasa yang pernah melakukan penjajahan politik, penjajahan budaya, penjajahan ekonomi di bumi ini.

Islam tidak wajar dilihat melalui lensa politik, kerana lensa politik boleh berubah. MAJLIS adalah institusi bukan politik, institusi yang bertanggung jawab secara langsung kepada Raja-Raja sebagai Ketua Agama Negeri.

Majlis Agama Islam diwujudkan melalui Undang-undang Tubuh Negeri sebagai Pihak Berkuasa Utama Negeri mengenai hal ehwal Islam selepas Raja Pemerintah. Institusi ini hendaklah berstatus bebas sebebasnya dari pengaruh dan campur tangan politik berparti; dan Raja pada setiap masa wajib memastikan takhta kekal di atas politik kepartian.

Majlis Agama Islam Negeri berada dalam kedudukan yang boleh memenuhi dua peranan secara bijaksana untuk memastikan kelangsungan Islam dan survival umat Islam di negara ini.

Dalam perkara-perkara yang tidak bercanggah dengan semangat Perlembagaan dan dalam perkara-perkara yang tidak menderhaka kepada Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu, 'MAJLIS' wajiblah memenuhi peranan pelengkap, bekerjasama erat dengan kerajaan yang dipilih secara demokratik; tetapi dalam apa juga usaha yang bercanggah dengan semangat asal Perlembagaan dan berunsur menderhakai Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu, 'MAJLIS' wajib secara tegas - secara lantang, berpegang kepada prinsip, menolak serta menentang; serta segera menyembahkan kepada perhatian Raja-Raja cadangan-cadangan alternatif demi mempertahankan syiar Islam - demi menjamin ummah tidak berakhir dengan nasib berdagang di bumi sendiri.

Peranan MAJLIS kini semakin kritikal dan masa tidak memihak kepada umat Islam kerana kekayaan ekonomi dan kekayaan intelek masih belum memihak kepadanya.

Majlis Agama Islam wajib keluar dari kepompong pendekatan yang usang dan berani mencabar tradisi yang jumud. Dalam mendukung tanggung jawab besar terhadap ummah, 'MAJLIS' perlu melakukan perekayasaan, membawa minda keluar dari sangkar kurungan ciptaan Inggeris, mencelikkan pandangan untuk berupaya merangka rancangan dan tindakan yang lebih substantif.

Hassan Al Bana dalam Usul Ishrin menggariskan Islam ialah sistem yang syumul merangkumi seluruh aspek hidup, Islam adalah negara dan watan, pemerintah dan umat, akhlak dan kekuatan, rahmat dan keadilan, kebudayaan dan undang-undang, ilmu dan kehakiman; Islam merangkumi material dan harta benda, usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah, tentera dan fikrah, akidah yang benar dan ibadat yang sah.

Insan yang menerima Islam sebagai pegangan agamanya, memiliki ikatan dan komitmen yang mendalam kepada Tuhan Maha Pencipta. Islam adalah Addin, satu cara hidup yang lengkap dan berkesinambungan, mengaitkan kehidupan di alam dunia dan di alam akhirat, perlu dibincangkan secara berintegrasi tanpa memisahkan komponen duniawi dengan komponen ukhrawi.

'MAJLIS' wajib menghayati tafsiran sedemikian dalam hasrat melakukan transformasi peranan, transformasi agenda dan transformasi pendekatan.

Justeru, peranan MAJLIS harus diluaskan, dimerdekakan dari minda lama yang dengan sengaja disempitkan oleh Inggeris. Peranan MAJLIS hendaklah ditakrifkan secara bijak, disuntik dengan tenaga pemikiran dan tenaga pelaksana berwibawa untuk menghasilkan idea bernas dan program dinamik.

Selagi tindak tanduk MAJLIS tidak bercanggah dengan semangat Perlembagaan, Negara hendaklah mengiktiraf MAJLIS sebagai institusi strategik, berpotensi menyempurnakan tanggung jawab fardu kifayah, berperanan sebagai benteng terakhir dan terpenting untuk menjamin kelangsungan Islam dan survival ummah walau apa pun senario politik yang berlaku di dalam negara.

MAJLIS perlu menimbangkan empat platform untuk diberikan fokus utama untuk berperanan lebih berkesan dalam membela nasib ummah.

Pertama: menyemak dan menghalusi dasar-dasar negara dan pelaksanaan dasar agar tidak bercanggah dengan semangat Perlembagaan dan tidak bertentangan dengan wasiat Raja-Raja Melayu.

Kedua: mengenal pasti, memantau, membantu dan memperlengkap usaha-usaha Negara untuk membangunkan taraf ekonomi, taraf pendidikan dan taraf sosioekonomi ummah.

Ketiga: menerokai usaha untuk membangunkan modal insan dan modal sosial di kalangan ummah agar tidak tercicir dan ketinggalan dengan menyuntik perisian dan komponen latihan yang lebih relevan dengan keperluan guna tenaga semasa dalam institusi-institusi pendidikan agama di semua peringkat terutama di luar bandar.

Keempat: Memaksimumkan kegunaan infrastruktur agama Islam sedia ada seperti masjid dan surau, dipelbagaikan aktiviti dan dibangunkan sebagai pusat pembangunan kecemerlangan ummah. - sumber


......................


Sebelum ini saya dapat mengesan kesedihan yang dialami oleh seorang ulama dari sebuah parti politik dimana pandangannya kelihatan agak berlainan nada dengan para pemimpin yang lain. Dari sudud keagamaan, ketegasan dan kekuatan prinsip, beliau sepatutnya mengetuai parti itu jika mahu selamatkan maruah ummah yang sedang bernaung di bawah payung partinya.

Kemungkinan itu kelihatan amat mustahil buat waktu terdekat. Kiblat mereka (pemimpin semasa) semakin condong kepada keazaman menjadi pemerintah berbanding menjaga agama. Hal ini terlalu pahit untuk di telan.


1


2

Sudah tiba saat kehancuran bila kebenaran diganti dengan kebatilan. Itulah intipati dari keluhannya.

Monday, August 15, 2011

MURTAD - lihatlah gerakan jesuit ini

Gejala yang sengaja dirancang sempena Ramadhan alMubarak untuk dihidangkan sebagai cabaran terhadap ketolenrasian, kesederhanaan dan kesabaran umat Islam negara ini. 

Mereka ingin lihat apa yang Islam dapat lakukan, apakah Tuhan Islam mampu menghalang dan paling penting, mereka ingin tahu sejauhmana kekuatan iman umat Islam Malaysia memepertahankan agamanya. Dari sini, tindakan susulan akan dilaksanakan.

Tidak mustahil akar dan banirnya juga akan dibungkas memberi laluan kepada kristian mendominasi negara. Semua ini bergantung kepada ketegasan kita menjaga agama suci ini. 

Mereka masuk dari segenap arah, dalam (Wahabi dan liberal) dan paling ketara sekarang ialah dari luar (kristian dan politikchauvinis) sebagai satu cabaran. Ia saling kait mengait. Mampukah kita menghalangnya?


MURTAD: Apinya Semakin Marak



Apa tindakan kita? ... "Diam, Tutup Mulut" ? ...  Perhati dan Merungut ?... 

Apakah tindakan dari mereka ini? Juga turut "DIAM"? 

  

   

  




    

  
  
 

  


  

  


   

 





    

 

  

  

 

 

  

   

  


   

 

 

   

 

Pada 3 Ogos lalu, JAIS memeriksa gereja DUMC selepas mendapat maklumat kehadiran sebilangan orang Islam pada majlis makan malam di gereja berkenaan.

Ketika pmeriksaan dilakukan kira-kira jam 9 malam, seorang penceramah menyampaikan ucapan dengan menyelit bacaan ayat al- Quran dan terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut Islam.

Berpandukan kepada siasatan awal, mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Di bawah seksyen itu, seseorang yang didapati melakukan kesalahan memujuk, mempengaruhi atau menghasut seseorang yang beragama Islam supaya cenderung kepada mana-mana agama bukan Islam, atau supaya menjadi penganut atau anggota mana-mana agama bukan Islam, atau supaya meninggalkan atau tidak suka kepada agama Islam.

Mereka boleh disabitkan mengikut seksyen kecil (1) dan jika didapati bersalah boleh dikenakan penjara sehingga satu tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.


MURTAD menggemparkan Malaysia, siapa bersalah? Berlaku situasi saling salah menyalahkan.




Salah Siapa? Kini dikaitkan dengan "wang"



UMNO bersalah dalam gejala MURTAD?



PAS - AKIDAH DIKETEPI DEMI KUASA, PUTRAJAYA?

Akidah adalah soal masa depan ummah yang akan dihisab di akhirat kelak. Kerana itu ia perlu ditangani oleh seluruh umat Islam di negara ini, khususnya yang diamanahkan menjadi pemimpin.




hadapi delema perjuangan
Apakah pemimpin PAS Pusat tidak lagi beramanah?

Apakah pemimpin PAS sudah tidak takut dihisab di akhirat?

Dilema apa ada dalam diri pemimpin besar PAS seperti Presiden, Musyridul Am PAS, TImbalan Presiden dan Naib-Naib Presidennya?

Siapa diharap menjadi banteng umat Islam bagi memastikan umat Islam tidak terus dimurtadkan?

Dewan Pemuda PAS Pusat pimpinan Nasrudin Hassan semalam berikrar untuk menjadi benteng mempertahankan akidah umat Islam.

Namun mampukah beliau pada ketika PAS Pusat membuat pendirian yang berbeza khususnya dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang memalukan seluruh umat Islam di Malaysia?

Pemimpin seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Abdul Aziz serta pucuk pimpinan Pas sehingga sekarang gagal menyatakan pendirian menyokong tindakan JAIS yang memeriksa Gereja Methodist Damansara Utama yang dikatakan cuba memurtadkan 12 individu Islam.




PERKASA
Malah, jika PAS Pusat sudah enggan melakukannya, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sedia mengambil alih tugas PAS untuk menjadi benteng mempertahankan kesucian agama Islam. 

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata semalam, keputusan tersebut terpaksa dibuat walaupun badan itu bukan pertubuhan politik kerana PAS yang selama ini mendakwa parti Islam dan pernah bercita-cita mahu menubuhkan negara Islam, gagal berbuat demikian.

Menurut Ibrahim, sejak bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas tidak lagi mementingkan soal agama, sebaliknya apa yang dikejar oleh parti itu adalah undi, sehingga sanggup membisu dan menghalalkan apa sahaja perbuatan yang dilakukan oleh musuh Islam.

Hakikatnya parti PAS amat maklum bahawa murtad kini menjadi ancaman serius kepada kemuliaan agama Islam di Malaysia.

Namun, PAS bagaikan meletakkan isu ini ke tepi untuk sementara waktu demi bekerjasama dengan puak-puak bukan Islam untuk kepentingan politik dan kuasa.

Bagi PAS hari ini, mendapatkan kuasa dan berkongsi kuasa dengan kafir harbi lebih utama dalam menundukkan UMNO yang juga memperjuangkan Islam.

Dengan data Mahkamah Syariah menunjukkan seramai 863 individu Islam telah memohon untuk menukar status agama mereka sejak 2000 hingga tahun lalu, PAS tidak melihat isu ini sebagai mendesak.

Kerana itu PAS tidak berani membuat pendirian sedangkan Nasrudin begitu bimbang dengan masalah murtad ini kerana masalah murtad adalah isu akidah yang melepasi sempadan politik.

Berikutan itu Dewan Pemuda Pas Pusat sekali lagi mendesak pucuk pimpinan parti itu supaya membuat pendirian rasmi berhubung isu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Malah bagi memastikan masalah murtad tidak menjadi barah kepada umat Islam pada masa hadapan, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat itu mendesak agar kerajaan meluluskan Akta Murtad dengan segera dan menjadikan mata pelajaran Pengajian Islam sebagai subjek wajib lulus.

Beliau mengulangi pendirian Dewan Pemuda Pas Pusat menyokong penuh tindakan JAIS memeriksa Gereja Methodist Damansara Utama selepas mendapat maklumat terdapat cubaan memurtadkan 12 individu Islam walaupun dikecam pihak tertentu dalam parti berkenaan.

Nasrudin menjadi mangsa terbaru selepas Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali dikecam pemimpin Pas pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beberapa hari lalu, kerana beliau mengeluarkan kenyataan keras mahu mempertahankan akidah umat Islam sekalipun dengan darah dan nyawa.

Namun beliau tidak berganjak daripada pendirian terdahulu yang tegas tidak mahu menggadaikan maruah Islam hanya kerana kepentingan politik.

Oleh Hambali Abdul Latiff keredit untuk Hambali


Penulis ingin bertanya, sejauh mana pula tindakan yang diambil oleh parti Melayu UMNO? Di mana Pemuda UMNO? Apakah hanya PAS sahaja yang harus menjadi tumpuan? Saya lihat UMNO juga terkedu dengan fenomena ini dan sejak dahulu lagi telah gagal menyelesaikan kemelut ini. PKR pula hanya diam membisu, kenapa?

Mungkin BERJASA mempunyai sesiviti yang lebih berbanding tiga kelompok parti politik Melayu itu? Adakah ini menunjukkan politik demokrasi sudah tidak berupaya menjaga agama? Beri pandangan anda.


Mana yang lebih penting antara politik dan agama?


Saturday, August 6, 2011

Bencana Ramadhan 1 Malaysia - kemelut untuk bangsa bernama Melayu..

DEBU YANG MERIMASKAN!

MURTAD direlakan? Dimanakah hukum Islam? Tindakan PAS sedang diperhatikan dengan teliti oleh rakyat Malaysia.

Bencana untuk para pejuang yang komited memelihara kesucian agama. Demi keperluan yang mendesak, pluralisma dilihat sedang meniti era untuk menggantikan Kitabullah. Para pejuang agama akan disingkir demi kepentingan duniawi. Sukar untuk dipercayai apa yang berlaku hari ini ekoran dari pertembungan sengit antara hukum Allah dan hukum Sekular.

Hassan Ali digugur dari jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor serta merta susulan tindakannya menentang aktiviti gereja memurtadkan orang Melayu.


Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor Hasan Datuk Hasan Mohamed Ali telah digugurkan sebagai pesuruhjaya PAS Selangor.

Mesyuarat pertama Jawatankuasa kerja PAS Pusat yang dipengerusikan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, petang semalam menamakan Dr Abd Rani Osman sebagai pengganti Hasan.

Menurut Abdul Hadi yang dipetik Harakahdaily perlantikan berkuatkuasa serta merta.

"Kita telah membuat perlantikan dan dipersetujui sebulat suara.

"Perlantikan ini berkuatkuasa serta merta dan setiausaha akan mengantar surat kepada mereka," katanya di Pejabat Agung PAS sejurus selesai mesyuarat pertama itu.

PAS mengadakan lantikan baru ini berikutan semua jawatan lantikan dalam jawatankuasa dan pimpinan tertinggi PAS pusat sesi 2009-2011 terlucut dengan sendirinya berikutan pemilihan baru yang diadakan pada Muktamar Agung parti kali ke-57, dari 3 hingga 5 Jun lalu.
Dicatat oleh begudol di Monday, June 13, 2011

kemelut PAS Selangor - Siapa Pejuang? Untuk Siapa? 
Saya amat terharu dengan insiden ini dan tidak ingin membuat sebarang spekulasi. Apa yang dipaparkan hanyalah sebagai makluman kepada pembaca semua apa yang berlaku dan kemana halatuju perjuangan sebuah pertubuhan yang amat jitu perjuangan keislamannya suatu masa dahulu.

Sejak kecil saya amat mengkagumi perjuangan mereka malah dapat dianggap sebagai salah seorang penyokong tegar (pada masa itu bersimbulkan Bulan Bintang). Setelah minda terbuka melalui beberapa sessi perbincangan dan analisa fakta terhadap kedudukan sebenar berbekal beberapa bukti pasti, akhirnya saya menarik diri dari menjadi penyokong setia "putih hijau" malah mengambil sikap menolak sebarang bentuk perjuangan partisan, menolak sistem demokrasi dan memilih untuk menanti kembalinya sistem siasah sebenar bersandarkan alQuran dan Sunnah.

Saya menganggap PAS kini adalah mangsa keadaan dan mula tergelincir akibat caturan dan kepentingan politik semasa. Mereka sedang terperangkap dalam arus kuat dan mulai lemas. Semakin hari semakin jauh mereka tersasar dari jalan perjuangan pemimpin ulama terdahulu. 

Sekularisma berwajah pluralisma sedang menggempur untuk menguasai kepimpinan parti tersebut. Saya amat mengasihani mereka. Masih ramai saudara mara dan rakan taulan saya yang masih kekal dan belum memahami percaturan sekular ini. Ketaksuban telah menghalang mereka keluar dari kepompong politik demokrasi yang berbau busuk ini.

Mungkin peristiwa di Selangor ini akan dapat mematangkan pemikiran para penyokong tegar parti siasah ini. Menyokong mereka sama seperti menyokong secara terbuka aktiviti "pemurtadan" kaum muslimin Malaysia. Bencana yang menguji kekukuhan iman disebalik "fitnah" yang tersembunyi. Nasrani atas bantuan Yahuni sedang melahap dengan rakus terhadap bangsa yang selama ini begitu kukuh pegangan terhadap Islam.

Saya sudah tidak mampu lagi untuk terus bersubahat dalam kehancuran umat pada hari ini setelah mengetahui puncanya. Saya akan berusaha melepaskan diri darinya. Saya doakan semoga PAS segera berubah dan kembali semula ke landasan asal yang dibina sejak merdeka.

Kenyataan Pemuda PAS Pusat mengelak dari membincangkan persoalan pokok iaitu semakin berleluasanya kerja  "MEMURTADKAN" Umat Islam di Malaysia, malah menyalahkan tindakan Dato' Dr Hassan dan JAIS.  PAS kelihatan begitu berhemah dan toleran terhadap gereja berbanding sesama Islam. 



KL, 6 Ogos 11: Semua rumah ibadat tidak boleh diceroboh dan sebarang bentuk pencabulan tidak dibenarkan melainkan dengan “kuasa dan hak.” Kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan

Lebih selesa bercakap dari sudut ajaran Islam, Nik Abduh berkata setiap rumah ibadat perlu sentiasa dijaga dan dihormati. Bagaimanapun tegas beliau sekiranya ada bukti mengaitkan dalam usaha untuk memurtadkan orang Islam tindakan boleh dilakukan tapi mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

“Dari sudut Islam semua rumah ibadat termasuk gereja tidak boleh ada apa-apa pencabulan kecuali dengan kuasa dan hak yang dibenarkan selain mempunyai bukti yang kukuh, baru ia (serbuan) boleh dilakukan.

“Kita tidak boleh membunuh kecuali dengan hak, kita tidak boleh mencuri kecuali dengan hak, sama seperti rumah ibadat... rumah ibadat ini perlu dijaga, kalau nak buat serbuan perlu ada bukti yang kukuh,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Nik Abdul berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya, Rabu lalu.

Pada kejadian malam Rabu itu, kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis Gereja Methodist Damansara Utama tanpa waran kira-kira 10 malam. Majlis itu dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum. Bagaimanapun tindakan Jais itu mendapat kritikan banyak pihak.

Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mempertahankan atas alasan ada bukti pihak terbabit mahu memurtadkan umat Islam. Ditanya bahawa Jais mempunyai kuasa untuk melakukan serbuan itu, Nik Abduh bagaimanapun berkata, “ia undang-undang sudah lama, sepatutnya kita perlu mengambil pendekatan selesaikan secara berdialog.”

“Semua pihak berkuasa perlu mengikut undang-undang yang ada termasuk Jais, ia hanya undang-undang tapi dalam isu yang membabitkan agama ini lebih baik selesaikan konflik ini dengan cara perbincangan.

“Dengan cara pertemuan dan perbincangan ia boleh diselesaikan,” katanya sambil menambah, mahu menunggu hasil laporan Jais sebelum mengeluarkan sebarang komen lain.

Beliau juga menyerahkan kepada PAS Selangor untuk selesaikan perkara itu. Semalam PAS Selangor berkata akan memanggil Hasan berhubung dakwaan ada usaha mahu memurtadkan orang Islam dalam program anjuran Harapan Komuniti itu.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan untuk menghadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat menyelesaikan perkara itu. Beliau berkata langkah itu akan diambil sebaik sahaja menerima laporan Jais, yang turut akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor. (IH)


DAP wrote:
Bishop Paul decries vilification of Christians
Terence Netto | Aug 6, 11 7:36pm 
Malaysiakini

Catholic Bishop Dr Paul Tan Chee Ing said today he was not surprised that “hard upon accusations by Jais of Christians proselytising Muslims comes unsubstantiated print media stories seemingly validating those claims.”

“Need we be surprised?” asked the head of the Catholic Church in the Melaka-Johor diocese, who is concurrently president of the Catholic Bishops Conference of Malaysia.

“It’s depressing – this continuing trial of Malaysian Christians by innuendo and insinuation,” sighed the Jesuit-trained prelate in comments to Malaysiakini on the stories in today’s editions of the Berita Harian and Harian Metro that quote a couple of Muslims claiming that they have been targeted by Christian groups as potential converts.

“I’m not surprised the stories in those papers do not have anything more than hearsay to back them,” said the bishop.

“Those papers are owned by the powers-that-be who only recently elected to establish diplomatic ties with the Vatican.

“I don’t know whether to laugh out in scorn or cry out in pain at their duplicity and the naivety of those who help them think that publicly expressed good intentions are a sufficient proof of sincerity.”

Use the power of your vote

The prelate advised Christians to press for proof by Jais (Selangor Islamic Affairs Department) that Christians are targeting Muslims for conversion, and that if such proof is not proffered soon, to act on what that implied at the next general election.

“Only through the ballot box can we bring this continuing vilification of Christians in Malaysians to a shuddering halt.

“Christians should press for proof and, if and when, it is unavailable, express clearly their disgust at the next general election,” said Bishop Paul Tan.

“The days of Christians in Malaysia being supine objects of the machinations of duplicitous politicians are over,” he thundered
. - Webside Lim Kit Siang


Kenyataan Dato' Dr Hassan Ali:
KENYATAAN AKHBAR DATO’ DR HASAN BIN MOHAMED ALI EXCO HAL EHWAL ISLAM, ADAT-ADAT MELAYU, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM
Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama berdasarkan hasil maklumat yang diterima. Maklumat tersebut menyatakan terdapatnya kehadiran orang Islam di dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut.

Anggota Penguatkuasaan JAIS bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di premis terbabit walaupun dihalang oleh pihak penganjur. Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir 1 jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai.

Di dalam majlis tersebut juga, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam, di mana ucapannya ada diselitkan dengan perkataan Quran dan ‘pray’.

Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

Pegawai penguatkuasa JAIS dan polis mendapati ada percubaan dikalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang oleh penguatkuasa JAIS.

Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadiri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat. Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan. Mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk siasatan lanjut.


Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terlibat boleh didakwa dibawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Selain daripada itu terdapat bukti-bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Siasatan lanjut bagi kedua-dua kesalahan ini akan diteruskan.

PEJABAT EXCO HAL EHWAL ISLAM, ADAT-ADAT MELAYU, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM, TINGKAT 2, BANGUNAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Posted by Uwais Qarny

komen balas seorang penyokong tegar:
Tidak dinafikan golongan kafir sememangnya tidak menyenangi Islam, malah 'jengkal ke jengkal, hasta ke hasta, hatta ke lubang biawak kita akan ikut' disebabkan kelalaian pihak pemerintah yang engkar pada perintah-perintah dan hukum-hukum Islam.

Namun perlu juga kita berwaspada kebarangkalian pihak tertentu yang tidak senang dengan perkembangan kekukuhan hubungan antara parti-parti yang dianggap ekstrime di dalam Pakatan Rakyat, membuat isu bertujuan memecah-belahkan Pakatan Rakyat.

Di telinga bukan Islam, musuh Pakatan Rakyat yang amat munafik akan menghembus kata-kata bahawa PAS berkasar dengan agama Kristian. 
Di telinga orang Melayu, musuh Pakatan Rakyat yang sememangnya munafik besar kini akan menghembus kata-kata bahawa PAS terlalu berlembut dengan penganut Kristian yang cuba memurtadkan orang Islam, malah DAP akan dikatakan dalang pemurtadan - PAS kuda tunggangan DAP. 
Jadi berhati-hatilah. Pelik, jika Himpunan Bersih 2.0, polis boleh berkasar dengan peserta, kenapa di dalam kes ini polis tiba-tiba ikut prosedur? Sejak bila polis ikut prosedur?
Pelarian dari ISU berat ini oleh seorang bloger: Kemana arah Dr MAZA hendak bawa? Relakah Dr MAZA mengiakan "kemurtadan" ini? Semakin mengelirukan pandangan Ulama Minda Tajdid ini.
Saya belum ingin mengulas tentang ‘serangan’ atau serbuan JAIS ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya seperti yang disiarkan oleh berita beberapa hari ini di sudut tindakan ‘serangan’ itu. Cumanya, seperti mana yang kita ketahui bahawa tiada manusia yang bertamadun yang boleh menerima tindakan provokasi yang boleh mencetuskan permusuhan antara penganut agama tanpa alasan yang sah. Saya ingin menyentuh tentang orang-orang Islam yang hadir ke majlis tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka. Difahamkan bahawa orang-orang Islam yang hadir, terutama ibu-ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin. Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal. Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa ‘jatuh hati’ dan‘terhutang budi’. Di sini beberapa persoalan patut ditimbulkan;
Kes Gereja: Bahagian Agama JPM Baca Ini? kenyatan Dr MAZA ‘SERANGAN JAIS’ KE ATAS GEREJA: TANYA DIRI KITA DULU!
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

AMPANG 7 Ogos 11: myMetro melaporkan.. “Saya tiada pilihan melainkan menerima bantuan makanan dan wang daripada pihak gereja,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Nur, 40, yang mendakwa sering mendapat cemuhan segelintir pihak kerana mendapat bantuan daripada gereja untuk menyara kehidupannya sekeluarga.

Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia kini tidak dapat bekerja kerana menghidap pelbagai penyakit, terutama asma, kencing manis, darah tinggi dan buasir.

“Saya sedar tidak sepatutnya menerima bantuan daripada gereja, namun saya terdesak kerana memikirkan hidup anak yang mahu bersekolah dan makan. Oleh itu, saya terpaksa mengambil bantuan itu,” katanya ketika ditemui di rumah di Ampangan, di sini, semalam.

Nur yang pernah bekerja sebagai pembantu akaun mendakwa, dia terpaksa berhenti kerana masalah penyakit itu dan pernah beberapa kali pergi ke jabatan berkaitan, namun dicemuh umpama peminta sedekah.

“Saya sedih kerana pihak berkenaan yang sepatutnya membantu enggan melayan saya, sebaliknya saya ditolak ke sana sini hanya kerana bantuan berjumlah RM70.

“Yang membuatkan saya sedih adalah ketika mengenangkan nasib anak yang kadangkala tidak makan, malah yuran tuisyen dan sekolah mereka juga sudah lama tertunggak,” katanya yang reda dengan keadaan itu.

Menceritakan bagaimana dia berjumpa seorang pendakwah gereja, Nur mendakwa, dia disapa oleh wanita berkenaan April tahun lalu ketika dia kesedihan kerana permohonan untuk mendapatkan bantuan tidak berjaya.

“Dia (pendakwah gereja) kemudian menyarankan saya mendapatkan bantuan gereja milik mereka iaitu barang makanan berserta wang tunai.

“Saya tiada pilihan, malah hampir setahun saya menerima bantuan itu. Pihak gereja yang lebih inisiatif untuk tampil membantu nasib wanita seperti saya,” katanya.

Dakwanya, setiap bulan pihak gereja membawa keperluan harian ke rumahnya, malah selalu menghubunginya untuk bertanyakan jika mempunyai masalah lain.

“Saya dan anak turut ditawarkan untuk tinggal di asrama mereka, malah mereka berjanji untuk membantu menyelesaikan yuran tuisyen dan sekolah anak.

“Namun, sampai bila saya dan anak harus mengharapkan bantuan pihak gereja, sedangkan saya beragama Islam,” katanya.

Menurutnya, dia berharap ada sinar di penghujung hidupnya dan anaknya untuk mendapatkan bantuan daripada pihak tertentu.

“Jika mampu bekerja, saya akan cuba menyara hidup ini, namun Allah masih sayangkan kami apabila saya diuji dengan pelbagai ujian hidup,” katanya. kenyataan penuh sila baca sini.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inilah kelalaian BN dalam menangani masalah Islam di negara ini. Yang diamanahkan menjadi pagar makan padi. Bahagian agama tidak menjalankan hukum agama yang diamanahkan. Teluskan wang pemberian zakat di kalangan rakyat. Berapa untuk orang miskin, fakir..?

Komen terhadap kenyataan di atas:

komen 1
Ramai yang masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....!Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP yang anti-Islam terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! 
kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS. 
Jika UMNO itu jahil mentadbir negara maka sekarang inilah waktunya PAS membuktikan ianya lebih baik dari UMNO...bukannya sekadar ceramah dan tazkirah semata-mata. 
Cuba lihat PAS di Selangor , PPinang dan Kedah adakah dihormati!!!
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah Negara Islam yang berdaulat bukannya negara kebajikan seperti yang dikehendaki oleh DAP dan sekutunya!
komen 2 
Tegakkan islam sebenar, jangan jadi hipokrit dengan melaungkan islam tetapi hati dan tindakan bertentangan dengan islam.... jangan lacurkan agama kerana sedikit kuasa dan jangan terpedaya dengan musuh islam yang pandai menangguk di air keruh... apa pun liwat tetap dilaknat tuhan walau apa hujah pelaku dan penyokongnya

Tulisan yang lebih bertanggung jawab sebagai Muslim
Kontroversi gereja: PAS berdepan ujian terbaharu


PAS berdepan ujian terbaharu berhubung isu hubungan antara agama melibatkan Kristian ekoran kontroversi tercetus selepas siasatan Jabatan Agama Islam Selangor, Jais ke atas sebuah gereja Metodis di Damansara, Selangor minggu lalu.

Di peringkat dalaman, PAS Selangor menyaksikan pertembungan antara bekas pesuruhjaya, Datuk Dr Hasan Ali dengan timbalan pesuruhjaya yang dilantik semula selepas muktamar, Khalid Abdul Samad.

Di peringkat nasional, PAS berdepan kempen negatif terbaharu pesaing politiknya, terutama Umno sekiranya parti Islam itu menunjukkan pendirian rasmi yang boleh dilihat sebagai apologetik atau tunduk kepada tuntutan politik pilihan raya.

PAS telahpun berada dalam kedudukan defensif ekoran laporan-laporan media propembangkang yang memberi tafsiran sangat negatif terhadap tindakan ke atas majlis di gereja itu, perkembangan yang sangat menguji pragmatisme parti berasas agama itu.

PAS sejak selepas Pilihan Raya Umum ke-12 dikritik Umno sebagai tunduk kepada kepentingan politik pilihan raya untuk memenangi undi bukan Melayu dan kepada PKR dan DAP, dua lagi parti anggota Pakatan Rakyat.

Isu berkaitan Kristian semakin menjadi perhatian dalam politik negara kebelakangan ini, dan menjadi satu isu kritikal dalam pilihan raya Sarawak bulan April lalu.

Selain isu melibatkan Kristian, PAS juga dikritik secara berterusan oleh Umno berhubung isu penjualan arak, pusat hiburan, rumah urut dan pelbagai aktiviti maksiat di negeri-negeri ditadbir parti PR.

Terbaharu, PAS didakwa Umno sebagai tunduk kepada tekanan DAP di Kedah, berhubung sekatan operasi pusat hiburan pada bulan Ramadan.

Umno - yang menguasai kerajaan pusat tanpa sokongan kuat komponen bukan Melayu - walau bagaimanapun tidak memperlihatkan sikap yang jelas dalam isu-isu tersebut.

Parti utama gabungan Barisan Nasional itu turut bersikap pragmatik dengan pemimpin-pemimpin tertinggi mengelak daripada menyatakan pendirian jelas dalam isu terbabit.

Malah, Perdana Menteri Datuk Seri mohd Najib Abdul Razak mengadakan lawatan bertemu pemimpin agama Katolik dunia tidak lama dulu, sebagai satu usaha menarik sokongan Kristian dan minoriti agama menjelang pilihan raya umum.

Umno memperolehi peluang lebih luas untuk mengkritik PAS dalam isu berhubung kedudukan Islam selepas pilihan raya pada Mac 2008 apabila PAS dilihat sebagai berkompromi dalam hal-hal melibatkan hubungan antara agama dan kedudukan agama Islam.

Isu-isu melibatkan Kristian, seperti lawatan wakil rakyat PAS ke gereja, penggunaan kalimah Allah oleh Katolik dan pelbagai isu lain membuka peluang kepada Umno untuk meningkatkan kempen negatif terhadap PAS.

PAS memberi persetujuan bersyarat terhadap penggunaan kalimah Allah oleh Kristian, pendirian yang dilihat sebagai berkompromi oleh sesetengah pihak, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Muslim dan sekumpulan ilmuan agama Islam berpengaruh.

Kontroversi terbaharu melibatkan Jais, yang didakwa melibatkan usaha memurtadkan orang Muslim menjadi bahan terbaharu untuk Umno menyerang PAS dan menjejaskan kredibiliti parti itu yang bersaing dengan Umno untuk undi Melayu-Muslim.

PAS juga dilihat berdepan cabaran untuk mengekalkan imej lebih liberal atau "progresif" dalam menangani pelbagai isu sensitif, terutama ketika kepimpinan tertinggi parti dikuasai golongan yang dinilai sebagai progresif selepas pemilihan muktamar lalu.

Perkembangan melibatkan kontroversi gereja di Selangor itu menjadi cabaran terbaharu terhadap PAS menjelang pilihan raya umum akan datang. Cabaran ini, yang menyentuh politik dalaman dan nasional PAS, menambahkan lagi isu kritikal yang akan perlu ditangani dalam Pilihan Raya Umum ke-13. - sumber

Ulasan serang pembaca:
Hari ini adalah detik penentuan.. adakah Datuk Dr Hasan Ali Exco Selangor dari PAS akan tunduk kepada desakan pemerintah berhubung isu periksa gereja untuk bendung kes murtad ataupun meletak jawatan Exco Selangor dan PAS sebagaimana tindakan bekas Mufti Selangor Dato' Ishak Baharom yang meletak jawatan Mufti semasa era Dato' Seri Abu Hassan Omar dari UMNO berhubung isu 3 orang gadis melayu menyertai pertandingan ratu cantik pada 13 Jun 1997. Disepanjang zaman akan ada seorang pejuang yang mempertahankan kesucian agama Islam.

Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan.


Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Semua 12 mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di bahagian penguakuasaan Jais untuk siasatan lanjut.

Sebelum ini, paderi kanan gereja itu, Daniel Ho dalam satu kenyataan akhbar berkata majlis makan malam yang diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti, sebuah NGO malam semalam bertujuan menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan.

Menurutnya, majlis itu juga bagi meraikan usaha NGO berkenaan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dalam beberapa projek komuniti, termasuk kerja-kerja amal dengan wanita dan kanak-kanak, mangsa HIV/AIDS dan penyakit lain.


Bukti serbuan JAIS berasas

Beberapa individu beragama Islam yang menyertai aktiviti keagamaan di sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya, ketika pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan malam kelmarin, hanya sebahagian kecil yang berjaya dikesan, manakala sebahagian besar golongan itu dipercayai menyertainya secara sembunyi atau ‘bawah tanah’.



Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu dan golongan mualaf yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib.

Mereka menyertai kegiatan keagamaan berkenaan secara senyap-senyap di premis persendirian termasuk rumah kedai dan dewan komuniti, bukan saja di Lembah Klang, malah pergerakan ‘bawah tanah’ ini sudah berkembang di seluruh negara termasuk di Kelantan dan Terengganu.


Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian.

Katanya, pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka.


Nampaknya Dr. Hasan Ali berseorangan dalam menangani isu ini. Atas ketegasan mempertahankan tindakan JAIS, beliau kini diasak kiri dan kanan oleh para penentang beliau baik dari dalam mahupun juga dari luar parti PAS! MB Khalid mahukan JAIS menyiapkan lapuran tentang serbuan tersebut dan akan membawa perkara ini untuk pengetahuan Sultan Selangor manakala PAS Selangor melalui Khalid Samad sendiri menuntut penjelasan dari Dr. Hasan Ali.

Demi memartabatkan Islam dinegara ini, tindakan tegas JAIS haruslah dipuji. Samada JAIS berada di bawah kerajaan BN atau kerajaan PR, yang pentingnya mereka menguatkuasakan undang-undang Islam. Pegawai-pegawai JAIS ini menjalankan tugas mereka kerana Allah swt dan ketegasan Dr.Hasan Ali mempertahankan tindakan mereka atas prinsip berani kerana benar. Wallahuallam.
Suara Politik Taminsari


Kemelut ini bakal membuahkan sesuatu yang cukup melemaskan setiap warga. Kita nantikan perkembangan selanjutnya.


Serbu Gereja: Siasat 12 Islam Hadir - JAIS


Serbu Gereja: JAIS Pertahan Tindakan, Siasatan 12 Individu Islam Diteruskan

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mempertahankan tindakannya melakukan serbuan pada majlis makan malam Gereja Methodist Damansara Utama Rabu lalu. Pengarah JAIS, Marzuki Hussin berkata, pihaknya akan mengeluarkan laporan penuh mengenai serbuan tersebut selepas siasatan terhadap 12 orang Islam yang menghadiri majlis berkenaan selesai.

"Kita akan sediakan laporan nanti selepas siasatan selesai. Siasatan terhadap 12 orang berkenaan akan diteruskan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat.

Selain itu Marzuki berharap isu serbuan berkenaan tidak dipolemikkan kerana ia dibuat demi menjaga kepentingan umat Islam.

"Kita harap perkara ini tidak dikontroversikan, tiada sebarang tangkapan sebaliknya hanya pemeriksaan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai gesaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar JAIS mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung serbuan pihak berkuasa agama itu.

Abdul Khalid yang melahirkan kekesalannya berhubung insiden itu menyatakan kerajaan negeri memandang serius mengenai perkara itu dan mengulangi pendirian bahawa kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada perbincangan dan dialog mengenai keharmonian dan toleransi di kalangan rakyat pelbagai agama selain menghargai usaha meningkatkan kefahaman di antara satu sama lain.

Rabu lalu, penguat kuasa JAIS menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan. Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9 malam, kelihatan seseorang sedang berucap diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan cubaan memurtadkan umat Islam.

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. (Sumber mStar)


Kelangsungan krisis PAS Selangor 


"Menyertai program anjuran bukan Islam, tidak semestinya ia usaha untuk memurtadkan kita..Hadir dalam program itu tidak boleh jadikan kesimpulan untuk murtadkan" kata Khalid Samad
Tindakan Hassan Ali mempertahankan tindakan JAIS itu dijadikan alasan untuk mengheret beliau ke hadapan Jawatankuasa Perhubungan PAS Negeri Selangor. Khalid Samad, yang dibuang oleh Hassan Ali dalam kepimpinan PAS Selangor yang lepas telah mengambil peluang ini mempersoalkan tindakan Hassan Ali, dan menuntut beliau memberikan penjelasan.

Begitulah nasib Hassan Ali kini, tokoh yang dikompang keliling kampung merata negeri semasa menyertai PAS pada tahun 1998. Diwaktu PAS sudah ketandusan pemimpin, diwaktu PAS dahagakan suntikan para profesional, kemasukan Hassan Ali kedalam PAS pada tahun 1998 bagaikan orang mengantuk disorong bantal" oleh PAS. Hassan Ali, yang terkenal dengan peranan moderator Forum Perdana Ehwal Islam siaran RTM 1 dijulang sebagai hero oleh kaum PAS. Hari ini Hassan Ali ...

Hassan Ali dan JAIS berkemungkinan akan disuruh meminta maaf kepada pihak Methodist Church dan kaum kristian. Itulah yang terjadi semasa isu rampasan arak dahulu pun. Hassan Ali kena berma'af-ma'afan, sehingga jatuh maruah beliau sebagai pejuang Islam. Dan pihak MBSA, bukan sahaja disuruh meminta ma'af, malah dipaksa menyerahkan balik arak-arak yang dirampas kepada tokey-tokey arak. Begitulah murahnya harga Islam sekarang. - ZULNORDIN

(Gereja dan Kompleks Kristian Calvary setinggi 6 tingkat yang
 sedang dalam pembinaan dikatakan yang terbesar di Asia
)


"pilu" melihat nama Allah di gereja

???

 
Copyright 2009 fikris hamidi. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan